Follow Us @seri.mahani

Jul 4, 2019

Anak, maafkan kami!

Anak, maafkan kami yang tak sempurna.

Bukan sengaja kami nak tinggalkan kamu merata. Allah saja yang tahu betapa berbelahnya hati dalam mencari rezeki dan menjaga amanah yang Allah beri.

Kalaulah kamu tahu apa yang ada dalam hati, takkan sesaat pun kami nak biar kamu terlepas pergi. Lillahi, dari umur sehari dalam perut sampailah sebesar2nya kamu itulah dunia kami. 

Berperang dengan perasaan, lelahnya menghadap rutin, berkejar dalam kesibukan, semuanya demi kamu. 

Maafkan kami yang tak sempurna.

Syurgamu.

—————

‎أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ  وَدَا ئِعُهُ

"Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang takkan pernah menyia-nyiakan apa yang di dalam jagaan-Nya"

Buat ibu bapa yg tinggalkan anak dengan pengasuh, boleh amalkn doa ini. Ini doa yg Almarhum Tuan Guru Ust Dr. Haron Din ajar dahulu. 

Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada  Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau.

Moga anak kita terpelihara dari sebarang bencana.



No comments:

Post a Comment