Follow Us @seri.mahani

May 15, 2019

Raya tahun ni nak yang macamana?

Raya nih lah yang paling ditunggu2 sekali. Hari meraikan kemenangan. Tapi sejak takde mak bapak nih rasa nak beraya memang hilang, tak sama dah macam dulu dengan hiruk pikuknya. Allah rindunyaaa. Untungnya siapa yang ada, hargailah selagi mereka bernyawa.

Untuk surirumah yang takde kerjaya macam kaka ni takdelah apa sangat. Takde pun orang nak tanya kerja apa, kenai dak si polan bin si poilan pangkat beso. Kadang rasa terhina juga, orang meniaga cam kaka nih memang takde sape la peduli melainkan datang beraya pakai keta beso. Haaa kenalah sedor diri. Setakat keta biasa2 tuh takde sape pun endah balik ke tidok!

Jadinya kaka tetap terus berusaha bukan semata nak tunjuk satu hari nanti aku pun boleh pakai kereta besar nunnn gah dijalanraya. Tapi untuk merasa selesa dan membahagiakan orang lain.

Walaupun takde mak bapak, kami tetap berkumpul di kampung seperti biasa. Setiap kali raya begitulah kami. Takde sorg pun lokek sumbang tenaga dan juga duit. Kadang dapat duit raya jugak tau! Haha syiok. Dapat telekung, tudung, meriah je rasa. Jadi takkanlah asyik nak terima jek kan. Setiap kali raya mesti tekad nak bagi lebih kat semua family terutamanya. Ada yang yatim juga.

Jadi raya yang bagaimana tuh pilihan kita. Samada nak berkunjung saudara mara dengan biasa biasa atau memberi lebih dari biasa itu bezanya.

Korang doakan kaka dapat RM10,000 sehari sebelum raya nih ya. Dapatla kaka bagi kat anak sedara lebih dari biasa.. (sini gelap nak hujan, mana tahu ada doa antara korang Allah angkat dan makbulkan!)

Aamin.

p/s nih gambo raya tahun lepas!



No comments:

Post a Comment