Follow Us @seri.mahani

May 14, 2019

Pneumonia dan penapis udara, apa relevannya?

Ingat lagi dulu masa Elman tak sampai setahun. Masa tu kaka masih bekerja, nak tak nak kena hantar Elman kat pusat asuhan kanak kanak. Tempat asuhan ni paham-paham la, budaknya ramai.



Bila dah ramai-ramai tu, akan ada yang tak sihat. Bila tak sihat, akan ada yang berjangkit. Kesannya, Elman memang kerap demam, batuk atau selsema. Selalunya, kalau Elman tak sihat, kaka akan mintak cuti supaya dapat beri perhatian penuh dan nak elakkan demam tu berjangkit ke budak lain. Ye lah sian nanti yang lain pulak kena.

Walaupun ada sikit rasa ralat sebab ada ibu bapa yang tak kesah hantar jugak anak walaupun tak sihat, tapi kaka faham dengan keadaan masa tu. Mungkin faktor tekanan dan keadaan tempat kerja, ada ibu bapa yang tak boleh nak tinggal kerja untuk cuti jaga anak yang tak sihat.

Tapi masalah ni memang tak selesai sebab kanak-kanak sangat mudah berjangkit. Tambah-tambah pulak sekarang ni, macam-macam penyakit baru dan bahaya yang muncul. Dengan golongan anti-vax lagi. Influenza H1N1 lah, Merscov lah, HFMD, rotavirus lah. Yang baru baru nih apa ntah nama lupa pulak. Pelik-pelik. Dan lebih menggerunkan, ada antara jangkitan ni boleh menyebabkan radang paru-paru atau pneumonia yang boleh membawa kepada kematian.

Yaaa selepas dua bulan duduk di pusat asuhan, Elman terkena radang paru paru (pneumonia). Masa tuh umur dia tak sampai setahun lagi. Memang ingat lagi detik tuh, tiba2 demam panas mendadak hampir 40deg. Kena tahan wad dan doktor sahkan ada radang di bahagian paru paru.

Boleh bayangkan tak kalau ada sorang kanak-kanak yang dijangkiti virus influenza ni, yang ibu bapanya pun tak sedar anaknya dijangkiti, pergi ke pusat asuhan dan duduk ramai-ramai. Virus dalam batuk dan bersin budak tu dengan mudah merebak kepada budak-budak lain. Nauzubillah mintak dijauhkan.

Lebih parah lagi, budak lain yang tak sedar dijangkiti, balik rumah, terus main-main, kiss-kiss dengan adiknya yang masih baby. Untuk makluman, baby di bawah 6 bulan sangat mudah dijangkiti sebab antibodi baby belum kuat. Dan lebih malang, baby bawah 6 bulan dilarang untuk dapatkan suntikan virus influenza.

Ini antara sebab kenapa baby yang masih kecil diserang radang paru-paru hingga menyebabkan kematian. Sebab virus influenza tu dah serang paru-paru baby dan paru-paru baby dah mula berair kesan daripada serangan virus tu.

Kaka tulis nih pun dari pengalaman kawan kawan dan ibu bapa kanak kanak yang menjadi mangsa.

Benar, untuk elakkan serangan virus ni kepada kanak-kanak kita boleh berikan vaksin. Setiap 6 bulan jangka tahan vaksin tu dalam badan. Tapi yang saya fokuskan kat sini ancaman virus ni terhadap baby di bawah 6 bulan yang belum kuat, mudah berjangkit dan tak dibenarkan pengambilan vaksin.

Untuk kawal ibu bapa lain supaya tak hantar anak ke pusat asuhan sekiranya anak tak sihat, bukan bawah kawalan kita. Nak pastikan semua kanak-kanak tu dapatkan vaksin anti influenza pun bukan bawah kawalan kita sebab vaksin tu mahal dan tiada dalam subsidi kerajaan.

Apa yang kita dapat kawal ialah kualiti udara dalam rumah kita dan dalam pusat asuhan. Sebab virus ni boleh merebak melalui udara bila kita batuk atau bersin.

Cadangan kaka, dapatkan penapis udara yang berkualiti, yang ada fungsi menapis virus dan bakteria yang cekap. Tak semua penapis udara mempunyai fungsi yang sama. Jadi pastikan memilih dengan betul dan diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan.

Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko jangkitan tu bila kita mampu mengawal kualiti udara dalam rumah kita.

Jadi untuk sebarang pertanyaan dan rundingan bagi memilih penapis udara ada standard seperti CUCKOO boleh tekan link dibawah, insyAllah kaka sedia membantu.

Yang rajin menulis,
Kaka Cuckoo

http://cuckoosini.wasap.my

No comments:

Post a Comment