Follow Us @seri.mahani

Nov 23, 2018

Petua buang angin.

Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami. Biasanya berpunca daripada pemakanan kita ataupunsistem penghadaman. Kita mesti pernah mengalami masalah ini dari bayi hingga dewasa tetapi bezanya sama ada ia mudah keluar atau tidak dari badan.

Sesetengah orang mudah kentut, senang sendawa, tetapi ada juga yang mengalami masalah penghadaman sehingga menyusahkan untuk melepaskan angin baik dengan cara sendawa atau kentut.

Selalunya yang mengalami masalah angin dalam badan, pasti akan merasai simptom seperti perut kembung, pening kepala, sakit sakit badan, badan lemah, terasa loya dan muntah. Perut kembung boleh berlaku disebabkan oleh angin yang disimpan di dalam usus disekat dan tidak berupaya untuk keluar. Masalah angin juga boleh berlaku dari cara kita makan. Makan dengan terlalu laju juga boleh mengakibatkan angin disebabkan makanan yang kita makan tidak dihadam dengan baik. 

Aktiviti seharian akan terganggu pada yang mengalami masalah angin ini pasti terganggu.

sini sy kongsikan petua hilangkan angin dalam badan yang boleh anda lakukan secara tradisional atau dengan senaman kerana angin dalam badan telah menjadi satu penyakit yang biasa dalam masyarakat.

1. MEMINUM AIR HALIA
Ini adalah petua buang angin yang paling mudah dan paling sering diamalkan oleh ramai orang. Tambahan pula minuman yang berasaskan halia kini sudah dipelbagaikan.

Minum air halia yang dicampur sedikit dengan lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman dan masalah angin banyak dalam badan.

2. MEMAKAN BAWANG PUTIH
Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mengusir angin dalam badan dengan cepat.

Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan beransur keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir

Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar secara perlahan-lahan.

Tapi paling mudah dan senang diamalkan, mak ambil garlic tablet nih setiap pagi. Takde berbau dan mudah nak dibawa kemana mana.



post signature

No comments:

Post a Comment