Follow Us @seri.mahani

Mar 5, 2018

9 Checklist Barang Wajib Ada Semasa Berpantang

Selepas proses kehamilan yang panjang dan proses kelahiran yang menakjubkan, inilah masa yang ditunggu tunggu oleh para ibu untuk berehat bagi proses membaik pulih kesihatan dalaman dan luaran.

Tempoh berpantang ini adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan kita tidak akan terjejas pada masa akan datang. Untuk ibu yang berpantang anak sulong, kat sini mak nak kongsikan 9 benda yang korang wajib ada semasa berpantang. Checklist nih korang boleh mula sediakan seeloknya selepas trimester yang kedua.

1. Pam susu

Bagi mak ini adalah wajib samada korang tak berniat pun nak fully breastfeed. Yang tak fully breastfeed korang boleh cari yang manual mahupun silicon tuh. Nih sangat sangat diperlukan semasa di hospital juga semasa anak terpaksa ditahan akibat jaundis. Selain tu nak elak dari bengkak susu semasa pantang. Bengkak susu ni boleh buat kita demam urat dan jugak bentan. Dengan adanya pam susu ni boleh bantu korang untuk pam susu dimana saja.

2. Baju t shirt yang selesa dan kain batik

Yang nih keperluan asas. Walaupun korang memang sejenis tak reti pakai kain batik, masa dalam pantang seminggu pertama tuh pakai kain batikla paling senang lagipun nak urut ke hape memang guna kain batiklah. Baju janganla ketat sangat. Biarla yang boleh buat kita warm.

3. Nursing bra, t shirt nursing, singlet nursing


Yang nih tujuannya nak memudahkan ibu ibu menyusu anak tanpa mendedahkan badan. Kang kalu main selak je pengsan orang yang tengok. Lagipun tak elok la kan duk tayang kat orang. Prepare la 2-3helai dah cukup dah. Ada jugak singley yang siap skali dengan bra. Haa yang nih sangat recommended weh. Senang nak letak breast pad nanti.

4. Disposable panties

Nih haaa panties pakai buang. Wehh masa seminggu pertama lepas bersalin tuh kan, darah nifas memang sangatlah melambak. Dari duk pening duk fikir nak basuh panties kan guna saja yang nih. Senang sangat. Banyak je jual kat watson/guardian. Beli je banyak banyak pun takpe. Ada yang cotton dan sangat selesa dipakai.

5. Tuala wanita



Ada hospital yang bagi modes ni, tapi seeloknya kita prepare siap siap tuala wanita yang kita biasa pakai dan selesa. Kalu mak memang suggest korang pakai je bio seleza. Memang korang akan rasa kering je sepanjang hari, takde bau, menampung darah supaya tak bocor. Paling penting anti bakteria dan elak jangkitan pada luka episotomi tuh. Beli sekotak yang mixed tuh memang cukup untuk sepanjang tempoh berpantang.

6. Set berpantang

Set berpantang nih ikut preference masing masing. Tapi sediakan siap siap awal sebelum sarat. Tanyala pada kakak kakak ataupun mak korang untuk pilih yang mana sesuai. Mak guna set berpantang NR nih. Bagus dan sangat melawas. Badan pun tak letih. Mak tambah dengan minyak mustajab untuk disapu pada satu badan dan kepala. Standby pilis dan minyak angin jugak tau. Yang tuh takde dalam set berpantang selalunya.

7. Bengkung

Ibu selepas bersalin akan mengalami regangan pada tulang pelviks. Salah satu kesan regangan tuh menyebabkan ibu selepas bersalin nih akan mengalami sakit belakang. Jadi pemakaian bengkung sangatlah penting dalam tempoh ni sehingga 6bulan selepas kelahiran.

Terpulang korang nak guna bengkung cemana pun. Tapi dari pengalaman mak dam customer, ramai yang memilih untuk berpantang dengan Premium Beautiful. Sesuai untuk yang bersalin czer jugak. 

PB ni mudah dipakai dan selesa. Nak pakai 24jam pun tak jadi masalah. Bila pakai tuh segala sakit sakit badan tuh tak terasa n badan kita akan rasa warm je. Paling best masa menyusukan anak, tak sakit pinggang. Bengkung pun tak berkalih kalau kita bergerak. Mostly yang guna PB masa pantang nih cakap, rasa cam bukan dalam pantang rasanya sebab badan rasa cargas. Mak bidan pun suka sebab badan kita tak masuk angin dan batu merian cepat je masuk. Jangan terkejut kalu mak bidan pun promot PB. Bonus susu pun meriahhh!

8. Stokin.

Haaa jangan nak ngelat ye. Beli sesiap berhelai helai. Kaki kena jaga jangan bagi sejuk. Lepas mandi kena terus pakai sepanjang hari.

9. Tungku

Nih kena ada. Tak kesahla korang nak guna yang elektrik ataupun yang tradisional. Guna batu sungai pun best. Sedap weh bertungku masa pantang. Rasa cam badan kita nih kena tuam tuam gituh. Selalunya yang camnih ada jual kat hardware. Ni confirm tahan lama boleh pakai sampai anak no10. Hiks

Oklah itu je dari mak bidan terjun. Moga bermanfaat untuk semua orang. 
post signature