Follow Us @seri.mahani

Feb 2, 2018

Tangalooma Island




Pernah dengar tak?

Haaa samalah macam mak, first time tau dengar nama pulau nih masa company announce. Terus tanya pakcik google, kat manalah exact location n apalah yang menarik sangat kat pulau nih.

Tangalooma Island ni terletak di Pulau Moreton kira kira 40km dari pesisiran pantai Brisbane. Daru airport Brisbane nak ke jeti dalam 15min macam tuh je tak jauh sangat. Dari jeti ke pulau tuh yang amik masa dalam 45minit camtuh dengan menaiki cruise.





Sebab excited sangat dan pemandangan yang cantik, memang tak sedar pun dah sampai ke Tangalooma Island Resort. Walaupun matahari kat atas kepala masa tuh, tak ingat apa dah. Sedar sedar sun burn sudah!



Cantik kan Pulau Moreton nih. 



Seelok je sampai, apalagi selfie terus la. Jernih giler air laut dia tuh haaa dengan langit yang biru memang kalau boleh nak tangkap gambar 24jam. Oh ye masa ni segala luggage kitorang tak amik tahu pun, diorang yang settlekan terus sampai bilik.





Asyik bergambar jeklah kitorang sementara nak tunggu lunch. 







Dahla bilik besar duk dua orang jek pulak tuh siap mengadap laut lagi. Memang menenangkan jiwa sungguh. Dah check in n get some refreshment terus je get ready untuk aktiviti petang pulak.





Aktiviti petang tuh adalah sand boarding. Pasir yang mak pijak tuh kan sejukkkkkk dan halus. Masa mak pergi nih bulan Ogos, so cuaca memang agak sejuk sebab nak peralihan ke winter kan. Dari resort tadi kami naik bumpy bas yang dah macam roller coaster dah tapi sangat enjoy. Lagipun kawasan ni adalah kawasan private, jadi memang takde orang lain pun selain kami. Lagi satu pasal harga memang mak tak tahu pape sebab kami pergi FREE kan, langsung mak tak amik tahu. 



Sempat jugakla mak melayan secawan min kaffe sambil melihat sunset. Pastuh get ready untuk bagi dolphin liar makan pulak.





Pada bulan Ogos/September ataupun musim sejuk, dolphin liar nih memang akan menghampiri pesisir pantai moreton nih. Memang banyak tau. Dapat jugak mak pengalaman bagi ikan nih makan walaupun takut kena gigit. Ikan ikan tuh duk berlegar legar je macam jinak dibela. Lepas bagi makan pastuh dia terus ke laut balik.

Tangalooma Island nih tak besar sangat kawasan dia. Ada jugak aktiviti lain yang korang boleh cuba. Tapi dua nih je antara tarikan paling menarik kat situ. 

Pasal makan pulak, disebabkan kami datang dengan company taja so bab makan memang tak risau langsung. Halalan toyiban. Dahle sedap lak tuh free flow. Sampai tak larat nak makan dah. 

Lepas makan balik bilik dan tidur. Tapi sejukkkkkk kat situ mak boleh rasa sampai ke tulang hitam. Tak tahan!! Oklah nanti mak sambung lagi cerita pasal cari whale kat tengah laut pulak tau. Stay tuned.







post signature