Follow Us @seri.mahani

Feb 24, 2018

Kfry Urban Korea IOI Putrajaya


Finally dapat jugak merasa Korean Food nih. Actually kalau korang walk in kan, memang ramai gile orang queue. Tak kiralah weekend ke weekdays ke sama saja.

Tapi masa mak pergi nih malam minggu. Memang ramai jugaklah. Nak rasa punya pasal, sanggup mak beratur while others pergi solat Maghrib jap. Nasib tak lama sangat la, dalam lebih kurang 30min dah sampai ke depan dah. 



Actually mak dah try call untuk book tapi hotline busy sangat. Asyik engage. Mak tanya kat diorang, rupanya kalau nak senang booking je tru fb (messenger). Korang boleh je booking anytime dan paling lambat 2jam sebelum korang nak pergi makan. Haaa korang boleh je click KFRY nih nak book. Boleh terus order makanan yang korang nak juga sesiap. Selalunya macam bumbuk tuh cepat habis. Silalah order dulu ye sebelum datang nanti kempunan.



Walaupun tak biasa makan Korean Food, tapi sup Jjigae [tɕ͈iɡɛ] ni super sedap. Kena dengan tekak mak sebab dia masam masam pedas. Korang leh tambah maggie dan kuah for FREE. Tapi sekali tambah je la maggie tuh. Portion pun sangat besar. Seperiuk ni korang boleh makan up to 5orang dewasa. Harga pun affordable. Yang ni kalau tak silap mak dalam RM47++.



Yang ni mak tak ingat dah apa namanya. Tapi mak amik yang ada ikan bilis tuh. Sedap gak weh, bila makan korang akan rasa crunchy dan ade letup letup telur ikan dalam dia. Menu wajib order kekdahnya. Semua portion besar tau. So jangan tamak!


Kepak ayam goreng pedas manis manis ni pun sedap jugak. Haishh semua lah sedap. Adik mak cakap, paling sedap katanya. Dia pun yang habiskan separuh. Kepak ayam ni pun harga dalam RM20++ je.



Last sekali kami order mangoo bingsoo nih. Bapak besor dia punya bekas. Memang korang tak mampu nak habiskan sensorang diri. Rasa dia tak manis dan tak muak. 

Kami datang berempat masa nih. Total semua bil dalam RM137++ jek. Kiranya satu kepala less than RM40. Bagi mak sangat affordable, rasa yang sedap dan perut yang kenyang. Rasa cam nak pergi repeat saja lagi!

Actually Kfry yang pertama nih dibuka kat Holiday Villa, JB. Yang kedua dia IOI Mall, Putrajaya dan yang ketiga kat Batu Pahat.

Mak kalau dah suka, anak anak ngan apaknya sekali ku angkut untuk makan sama sampai suka. Hiksss
post signature