Follow Us @seri.mahani

Feb 13, 2018

G8unity Power Up Seminar


Dari Facebook, Instagram sampailah ke blog. Hari hari mak cakap pasal G8UNITY nih tau. Biar sampai lekat kat kepala korang. Hikhik

Actually mak bukan apa, tanak korang confuse dan terpedaya. Bila korang berniat nak memulakan bisnes ataupun ada orang berkongsi peluang bisnes bersama SHOM, benda pertama yang korang kena check adalah TEAM. Sebab di bawah SHOM ada beribu ribu team tau, ada yang still guna cara lama, ada yang fokus produk extra, ada yang fokus pada networking saja dan ada juga yang licik jadi scammer lak. Haihh tu pentingnya korang pilih team yang betul. 

Alhamdulillah dah masuk tahun ke5 mak buat bisnes nih. Setakat ni, inilah team terbaik yang mak kenal. Diajar serba serbi dari SELLING, NETWORKING dan juga SERVICING. Tiga aspek penting nih kena ada kalau kita nak bertahan lama buat bisnes nih.

So apa yang G8Unity sediakan adalah Unity Monthly Training yang diadakan setiap awal bulan di stokist B31, Bandar Baru Kelang. Selain tuh, MasterMind G8Unity jugak mengambil inisiatif untuk memberi ilmu lebih details kepada yang serius berniaga sejak dari mula. 

Pada 27hb Januari yang lepas, julung kalinya seminar Power Up bagi memberi pendedahan awal serta peranan setiap usahawan untuk maju dan bertapak dalam bidang perniagaan.


Seminar satu hari ini dihadiri lebih dari 200 usahawan dan diadakan di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Kemeriahan dan semangat terus membara apabila warna putih dan merah memenuhi ruang dewan sejak dari awal pagi lagi.



Semua peserta dihidangkan dengan sarapan pagi sebelum sesi dimulakan.


Seminar dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Ezam Shah. Bait bait doa yang cukup menyentuh hati semua peserta sehingga semuanya sunyi sepi hanya kedengaran esak dan sedu mengiringi. 




Sesi pertama dimulakan oleh CDM kamikaze iaitu CDM Salha Zain. Sebenarnya mak kagum sangat dengan CDM nih. Asalnya sorang rumah biasa biasa saja, tapi tengoklah sekarang. Aura yang beliau bawa mak rasa bergetar bila berada dekat dengannya. Berkongsi pengalaman dan takwim syarikat sepanjang tahun yang perlu diambil tahu oleh semua usahawan.

Pesannya lagi;
Everything begins inside your mind. With the right mindset you will succeed.


Kemudian sesi disambung oleh CDM Ija dengan topik Peranan Usahawan. Phewwwww tegas orangnya walaupun nampak lemah lembut. Bekas pegawai bank ini mengambil langkah drastik mengubah kerjaya demi kehidupan yang lebih baik. Dalam berniaga kita perlua tahu apa yang perlu kita utamakan.


Kemudian selepas lunch, sesi Penjenamaan Diri oleh my one and only CDM Mursyida Mohsin. Penjenamaan diri ni bukan hanya meliputi nak pakai cantik dan presentable saja, tetapi juga sikap, pereatakan dan pemikiran juga perlu di upgrade. 



Sesi terkahir adalah kata kata keramat dari CDM Hanis    Haizi. Serius setiap kali CDM Hanis ni pegang mic, perghhh rasa aura yang dilontarkan tuh tepat pada sasaran. Memang sesi yang ditunggu tunggu oleh semua orang.



Alhamdulillah majlis berjalan dengan amat sempurna. Pencapaian yang amat memberangsangkan. Dengan peningkatan 💯 sales pada bulan January 2018. Keep it up team. 



Kita lebarkan lagi sayap ke seluruh pelusuk alam ini!! 
 Haizi. post signature