Follow Us @seri.mahani

Feb 24, 2018

Kfry Urban Korea IOI Putrajaya

12:20 PM 0 Comments

Finally dapat jugak merasa Korean Food nih. Actually kalau korang walk in kan, memang ramai gile orang queue. Tak kiralah weekend ke weekdays ke sama saja.

Tapi masa mak pergi nih malam minggu. Memang ramai jugaklah. Nak rasa punya pasal, sanggup mak beratur while others pergi solat Maghrib jap. Nasib tak lama sangat la, dalam lebih kurang 30min dah sampai ke depan dah. 



Actually mak dah try call untuk book tapi hotline busy sangat. Asyik engage. Mak tanya kat diorang, rupanya kalau nak senang booking je tru fb (messenger). Korang boleh je booking anytime dan paling lambat 2jam sebelum korang nak pergi makan. Haaa korang boleh je click KFRY nih nak book. Boleh terus order makanan yang korang nak juga sesiap. Selalunya macam bumbuk tuh cepat habis. Silalah order dulu ye sebelum datang nanti kempunan.



Walaupun tak biasa makan Korean Food, tapi sup Jjigae [tɕ͈iɡɛ] ni super sedap. Kena dengan tekak mak sebab dia masam masam pedas. Korang leh tambah maggie dan kuah for FREE. Tapi sekali tambah je la maggie tuh. Portion pun sangat besar. Seperiuk ni korang boleh makan up to 5orang dewasa. Harga pun affordable. Yang ni kalau tak silap mak dalam RM47++.



Yang ni mak tak ingat dah apa namanya. Tapi mak amik yang ada ikan bilis tuh. Sedap gak weh, bila makan korang akan rasa crunchy dan ade letup letup telur ikan dalam dia. Menu wajib order kekdahnya. Semua portion besar tau. So jangan tamak!


Kepak ayam goreng pedas manis manis ni pun sedap jugak. Haishh semua lah sedap. Adik mak cakap, paling sedap katanya. Dia pun yang habiskan separuh. Kepak ayam ni pun harga dalam RM20++ je.



Last sekali kami order mangoo bingsoo nih. Bapak besor dia punya bekas. Memang korang tak mampu nak habiskan sensorang diri. Rasa dia tak manis dan tak muak. 

Kami datang berempat masa nih. Total semua bil dalam RM137++ jek. Kiranya satu kepala less than RM40. Bagi mak sangat affordable, rasa yang sedap dan perut yang kenyang. Rasa cam nak pergi repeat saja lagi!

Actually Kfry yang pertama nih dibuka kat Holiday Villa, JB. Yang kedua dia IOI Mall, Putrajaya dan yang ketiga kat Batu Pahat.

Mak kalau dah suka, anak anak ngan apaknya sekali ku angkut untuk makan sama sampai suka. Hiksss
post signature

Feb 13, 2018

G8unity Power Up Seminar

9:54 AM 0 Comments

Dari Facebook, Instagram sampailah ke blog. Hari hari mak cakap pasal G8UNITY nih tau. Biar sampai lekat kat kepala korang. Hikhik

Actually mak bukan apa, tanak korang confuse dan terpedaya. Bila korang berniat nak memulakan bisnes ataupun ada orang berkongsi peluang bisnes bersama SHOM, benda pertama yang korang kena check adalah TEAM. Sebab di bawah SHOM ada beribu ribu team tau, ada yang still guna cara lama, ada yang fokus produk extra, ada yang fokus pada networking saja dan ada juga yang licik jadi scammer lak. Haihh tu pentingnya korang pilih team yang betul. 

Alhamdulillah dah masuk tahun ke5 mak buat bisnes nih. Setakat ni, inilah team terbaik yang mak kenal. Diajar serba serbi dari SELLING, NETWORKING dan juga SERVICING. Tiga aspek penting nih kena ada kalau kita nak bertahan lama buat bisnes nih.

So apa yang G8Unity sediakan adalah Unity Monthly Training yang diadakan setiap awal bulan di stokist B31, Bandar Baru Kelang. Selain tuh, MasterMind G8Unity jugak mengambil inisiatif untuk memberi ilmu lebih details kepada yang serius berniaga sejak dari mula. 

Pada 27hb Januari yang lepas, julung kalinya seminar Power Up bagi memberi pendedahan awal serta peranan setiap usahawan untuk maju dan bertapak dalam bidang perniagaan.


Seminar satu hari ini dihadiri lebih dari 200 usahawan dan diadakan di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Kemeriahan dan semangat terus membara apabila warna putih dan merah memenuhi ruang dewan sejak dari awal pagi lagi.



Semua peserta dihidangkan dengan sarapan pagi sebelum sesi dimulakan.


Seminar dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Ezam Shah. Bait bait doa yang cukup menyentuh hati semua peserta sehingga semuanya sunyi sepi hanya kedengaran esak dan sedu mengiringi. 




Sesi pertama dimulakan oleh CDM kamikaze iaitu CDM Salha Zain. Sebenarnya mak kagum sangat dengan CDM nih. Asalnya sorang rumah biasa biasa saja, tapi tengoklah sekarang. Aura yang beliau bawa mak rasa bergetar bila berada dekat dengannya. Berkongsi pengalaman dan takwim syarikat sepanjang tahun yang perlu diambil tahu oleh semua usahawan.

Pesannya lagi;
Everything begins inside your mind. With the right mindset you will succeed.


Kemudian sesi disambung oleh CDM Ija dengan topik Peranan Usahawan. Phewwwww tegas orangnya walaupun nampak lemah lembut. Bekas pegawai bank ini mengambil langkah drastik mengubah kerjaya demi kehidupan yang lebih baik. Dalam berniaga kita perlua tahu apa yang perlu kita utamakan.


Kemudian selepas lunch, sesi Penjenamaan Diri oleh my one and only CDM Mursyida Mohsin. Penjenamaan diri ni bukan hanya meliputi nak pakai cantik dan presentable saja, tetapi juga sikap, pereatakan dan pemikiran juga perlu di upgrade. 



Sesi terkahir adalah kata kata keramat dari CDM Hanis    Haizi. Serius setiap kali CDM Hanis ni pegang mic, perghhh rasa aura yang dilontarkan tuh tepat pada sasaran. Memang sesi yang ditunggu tunggu oleh semua orang.



Alhamdulillah majlis berjalan dengan amat sempurna. Pencapaian yang amat memberangsangkan. Dengan peningkatan 💯 sales pada bulan January 2018. Keep it up team. 



Kita lebarkan lagi sayap ke seluruh pelusuk alam ini!! 
 Haizi. post signature

Feb 5, 2018

UNITY Monthly Training

11:02 AM 0 Comments
Dah baca kan pasal G8UNITY sebelum nih. Jadi penggabungan ini tak lain tak bukan sebab nak melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berkualiti dan berkredibiliti.

Antara perkara utama yang dititikberatkan adalah ilmu. Ilmu basic dan advance nih diberi PERCUMA saja. Ilmu nih diambil dari pengalaman pengalaman lepas dari CDM CDM yang dah terbukti berjaya. Jadi pengalaman lepas nih dikongsikan dan di apply mengikut peredaran zaman. UP TO DATE. 



Unity business preview nih adalah kelas pertama yang diadakan. Sambutan luar jangka memang sangat sangat menggalakan. FULL HOUSE!





Semua usahawan dari semua pelusuk datang untuk menimba ilmu. Aura kebangkitan tuh sedang meresap masuk dan merebak ke seantero alam. Gituhhh

Jadi kepada sesiapa sahaja di luar sana yang mencari atau tercari cari peluang untuk mula berniaga ONLINE, G8Unity adalah platform terbaik untuk korang mulakan langkah. Mulakan saja sekarang. Boleh hubungi mak untuk maklumat lanjut. Mak sudi berkongsi dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk tahu.



Mak sangat yakin dengan barisan CDM yang hebat hebat ini yang bertungkus lumus dapat memberi banyak manfaat kepada kita semua. Muda dan berjaya.



post signature

Feb 2, 2018

Tangalooma Island

7:52 AM 0 Comments



Pernah dengar tak?

Haaa samalah macam mak, first time tau dengar nama pulau nih masa company announce. Terus tanya pakcik google, kat manalah exact location n apalah yang menarik sangat kat pulau nih.

Tangalooma Island ni terletak di Pulau Moreton kira kira 40km dari pesisiran pantai Brisbane. Daru airport Brisbane nak ke jeti dalam 15min macam tuh je tak jauh sangat. Dari jeti ke pulau tuh yang amik masa dalam 45minit camtuh dengan menaiki cruise.





Sebab excited sangat dan pemandangan yang cantik, memang tak sedar pun dah sampai ke Tangalooma Island Resort. Walaupun matahari kat atas kepala masa tuh, tak ingat apa dah. Sedar sedar sun burn sudah!



Cantik kan Pulau Moreton nih. 



Seelok je sampai, apalagi selfie terus la. Jernih giler air laut dia tuh haaa dengan langit yang biru memang kalau boleh nak tangkap gambar 24jam. Oh ye masa ni segala luggage kitorang tak amik tahu pun, diorang yang settlekan terus sampai bilik.





Asyik bergambar jeklah kitorang sementara nak tunggu lunch. 







Dahla bilik besar duk dua orang jek pulak tuh siap mengadap laut lagi. Memang menenangkan jiwa sungguh. Dah check in n get some refreshment terus je get ready untuk aktiviti petang pulak.





Aktiviti petang tuh adalah sand boarding. Pasir yang mak pijak tuh kan sejukkkkkk dan halus. Masa mak pergi nih bulan Ogos, so cuaca memang agak sejuk sebab nak peralihan ke winter kan. Dari resort tadi kami naik bumpy bas yang dah macam roller coaster dah tapi sangat enjoy. Lagipun kawasan ni adalah kawasan private, jadi memang takde orang lain pun selain kami. Lagi satu pasal harga memang mak tak tahu pape sebab kami pergi FREE kan, langsung mak tak amik tahu. 



Sempat jugakla mak melayan secawan min kaffe sambil melihat sunset. Pastuh get ready untuk bagi dolphin liar makan pulak.





Pada bulan Ogos/September ataupun musim sejuk, dolphin liar nih memang akan menghampiri pesisir pantai moreton nih. Memang banyak tau. Dapat jugak mak pengalaman bagi ikan nih makan walaupun takut kena gigit. Ikan ikan tuh duk berlegar legar je macam jinak dibela. Lepas bagi makan pastuh dia terus ke laut balik.

Tangalooma Island nih tak besar sangat kawasan dia. Ada jugak aktiviti lain yang korang boleh cuba. Tapi dua nih je antara tarikan paling menarik kat situ. 

Pasal makan pulak, disebabkan kami datang dengan company taja so bab makan memang tak risau langsung. Halalan toyiban. Dahle sedap lak tuh free flow. Sampai tak larat nak makan dah. 

Lepas makan balik bilik dan tidur. Tapi sejukkkkkk kat situ mak boleh rasa sampai ke tulang hitam. Tak tahan!! Oklah nanti mak sambung lagi cerita pasal cari whale kat tengah laut pulak tau. Stay tuned.







post signature