Follow Us @seri.mahani

Oct 22, 2017

Resipi Kueh Kaswi

Ada yang panggil kapur apung eh..mak panggil kaswi. Cuma mak selalu confuse dengan kueh lompang sebab kalernya sama. Hiksss setelah dikaji rupanya beza kat tepung je. Kalau kueh lompang guna tepung beras.

Tapi harini mak nak share cemana pestime mak buat kueh kaswi n menjadi. Yahooooo!



Bahan bahan;
1ketul besar gula kabung/2 keping gula melaka
2cawan gula perang/1 1/2cawan gula biasa
7cawan air

2cawan tepung gandum
1cawan tepung ubi
1sudu air kapur
1sudu garam
Kelapa parut

Cara memasak;
  1.  Buat air gula terlebih dulu. Masak semua gula dengan air sampai mendidih dan biarkan sampai sedikit pekat. 
  2. Kemudian tutup api dan biarkan sampai suam.
  3. Boleh panaskan periuk pengukus dengan api besar.
  4. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi.
  5. Masukkan ke dalam air gula yang telah suam tadi. Kacau hingga sebati.
  6. Dah sebati masukkan garam dan juga air kapur.
  7. Tapis bancuhan tadi ke dalam jag. Ade tepung yang berketul2 tuh boleh penyet2kan atas tapis tuh. Nanti adunan jadi cantik.
  8. Bila air pengukus dah menggelegak, tuang bancuhan tadi ke dalam dulang di dalam periuk pengukus.
  9. Biarkan sejam atau lebih sampai masak dengan api besar.
  10. Sesekala boleh lap penutup pengukus untung elak air menitik. Nak senang balut penutup dengan tuala.
  11. Dah masak, biarkan sejuk. Dah sejuk boleh potong kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah ditambah sedikit garam.
  12. Boleh makan dah.
Selamat mencuba!