Follow Us @seri.mahani

Oct 9, 2017

Perluke buat MAMOGRAM?




Mammogram adalah hasil prosedur diagnostik mammografi yang berupa gambar, di mana payudara mendapatkan paparan radiasi dalam dosis kecil untuk menghasilkannya. Mammogram tidak jauh bezanya dengan x-ray atau rontgen.

Siapa yang memerlukan MAMMOGRAM?
  1. Wanita yang berumur 40tahun dan keatas.
  2. Wanita yang berumur 35tahun ke atas yang mempunyai sejarah keluarga/saudara mara mengidap breast cancer. 
  3. Wanita yang dinasihatkan doktor untuk menjalankan mammogram.
  4. Wanita yang mempunyai rekod masalah lampau.

Mengapa wanita memerlukan MAMMOGRAM?
Mammogram dapat mengesan kanser payudara pada peringkat awal iaitu sebelum ketumbuhan dapat dirasai oleh payudara. Ia juga berkesan meneliti kesihatan am payudara.

Bagaimana MAMMOGRAM dilakukan?
Mammogram dilakukan oleh juru X-ray wanita. Ia mengambil masa selama 10minit - 30minit. Bahagian dada perlu didedahkan. Kemudian payudara akan diletakkan di antara dua plat yang terdapat pada mesin. Selepas itu dedahan pada sinar-X akan dibuat. 2 kepinh filem sinar-X akan diambil bagi setiap sebelah payudara untuk melalui sudut yang berlainan. Pemeriksaan mammogram adalah selamat kerana radiasinya adalah di tahap yang sangat rendah.

Dimana nak buat pemeriksaan MAMMOGRAM?
Di pusat2 kesihatan/hospital kerajaan mahupun swasta yang menawarkan pemeriksaan mammogram.
Klinik Nur Sejahtera LPPKN.


Berapa BAYARAN yang dikenakan?
Untuk 40tahun ke atas pemeriksaan adalah PERCUMA di semua hospital kerajaan. Boleh juga memohon subsidi dari LPPKN serta pusat2 kesihatan yang menawarkan perkhidmatan percuma. 

Ini adalah salah satu usaha kita untuk menyelawatkan nyawa yang tiada galang gantinya.

"Early detection saves lives"