Follow Us @seri.mahani

Oct 2, 2017

Perluke berbengkung semasa pantang?

Semasa ibu mengandung, perubahan fizikal akan berlaku untuk menampung keperluan bayi yang sedang membesar di dalam rahim dan juga kerana perubahan hormon. 

Pakar sakit puan memanggil keadaan ini sebagai ‘Diastasis Recti’ iaitu di mana dinding abdomen terpisah dan berkembang selepas bersalin.

Begitu juga dengan tulang punggung yang akan terpisah jauh untuk memberikan ruang kepada bayi untuk membesar di dalam rahim ibu. 

Semasa dalam pantang, selepas bersalin sehingga 8 minggu pertama, tulang punggung masih lembut. Ini kerana hormon Relaxin yang membantu proses pengembangan tulang punggung semasa mengandung dan melahirkan masih hadir. 




Hormon Relaksin (relaxin)

Ketika mengandung, secara fisiologinya. Badan kita akan merembeskan sejenis hormon bernama 'Relaxin' dengan lebih tinggi terutamanya pada minggu ke 14 dan penghujung kandungan.

Apa fungsi Relaxin ni?

1. Meningkatkan kadar pengepaman darah oleh jantung (Cardiac output)
2. Mengembangkan salur darah ke buah pinggang
3. Melancarkan perjalanan darah melalui arteri
4. Merehatkan urat ligament pada bahagian pelvis
5. Melembutkan & meregangkan bahagian pubic symphysis.

Ni semua penting untuk memastikan kandungan membesar dengan sihat dan juga sebagai persediaan untuk proses kelahiran. Kepala bayi nak lalu kat terowong sempit, kenalah lembut-lembutkan terowong dan kembang-kembangkan bahagian tersebut supaya mudah nak lalu.

Selepas bersalin..hormon relaxin masih lagi ada sehingga 8minggu pertama. Iaitu sewaktu tempoh kita berpantang. Tuh sebab semasa tempoh berpantang, kena jaga elok2..berpantang dengan betul, jadi lebih cepat proses pemulihan berlaku.

Kalau tak dijaga elok, berkemungkinan kita akan kembanglah sampai ke tua. Sebab tu lah, ramai yang badan tip top masa anak dara. Lepas beranak je terus bloob mengembang!

Wanita selepas bersalin akan mengalami banyak regangan, terutama pada tulang pelviks. Jadi salah satu cara yang berkesan dan diperturun zaman berzaman dari nenek moyang kita dulu adalah dengan memakai bengkung. 

Pemakaian bengkung secara konsisten selama 6 bulan berturut2 akan membantu tulang pelviks kembali ke bentuk asal. Salah satu kesan dari regangan tulang pelviks tu boleh menyebabkan wanita selepas bersalin mengalami sakit belakang. 

Jadi pemakaian bengkung sangat2 lah penting ketika berpantang dan hendaklah dipakai secara berterusan selama 6 bulan untuk mencapai kesihatan yang optimum. 

Hanya dengan berbengkung sahaja yang dapat membuat bentuk fizikal badan dan  tulang pinggul kembali rapat dan terbentuk cantik seperti sebelum mengandung.  

Maka tak hairan lah kenapa mak2 kita sangat2 pentingkan berbengkung selepas bersalin kan. 

Jadi kpd ibu2 yang nak bersalin tuh mahupun dah bersalin dengan cara apa sekalipun, mak is strongly recommend korang guna bengkung Premium Beautiful yang sangat sangat membantu korang semasa dalam pantang mahupun selepas pantang. InsyAllah segala penyakit yang nak dtg menyerang tu akan segera terhindar.