Follow Us @seri.mahani

Oct 20, 2017

Menu sedap ikan masin.

Takde idea eh nak masak apa petang nih?

Nah mak bagi korang menu turun temurun ntah apa nama pn taktahu. Ikan masin dimasak bersama air asam jawa sesedap rasa mak bagi nama!!

Bahan-bahan;
2 ekor ikan masin (rendam dgn air garam dulu bg kurang masin)
1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
3 biji cili padi (ikut pedas korang le)
Halia
Minyak masak
Pati asam jawa



Cara nak masak;
1. Memula goreng separuh masuk ikan masin tuh. Jangan garing sangat nanti keras.
2. Dah half cook tuh boleh keluarkan then goreng semua bahan2 yang ada kecuali asam jawa. 
3. Bila semua dah seia sekata, masukkan balik ikan masin tadi.
4. Pastuh masukkan air asam jawa. 
5. Biarkan sekejap sampai kuah menjadi pekat.
6. Tadaaaa dah siap pn.



Korang boleh guna ikan duri masin takpun ikan talang pn sedap. Kalu takde boleh guna ikan jaket/cencaru masin. Potong kecik2 baru sedap.

Selamat mencuba.