Follow Us @seri.mahani

Oct 17, 2017

Mencari SEMANGAT yang hilang.


Hidup dengan TUJUAN.

Cerita nih panjang. Tapi mak rasa nak kongsikan pada semua, moga ada antara kita yang sedang ampuh jiwanya terkesan dengan kisah benar ini.

Ini kisah luar biasa seorang pemuda bernama Terry Fox. Seawal usia 18thn, Terry mendapati dirinya mengidap kanser. Di diagnosis dengan osteosarkoma iaitu sejenis kanser yang cergas dan agresif serta sering menyerang kaki dan tangan. Dan mungkin akan merebak ke organ2 utama yang lain.

Terry hanya mempunyai dua pilihan samada putus harapan (berserah) dan menunggu mati ataupun mencari sesuatu yang bermakna untuk hidup.

Semasa Terry terbaring di katil hospital, Terry memilih untuk membuat sesuatu yang bermakna untuk dia terus hidup dari meratapi kesakitan yang dia alami. Terry mengimpikan untuk berlari merentas Kanada bagi mengumpul dana untuk mengkaji penyakit kanser bagi membantu insan lain yang senasib dengannya.

Pada hari itu, dia tekad dengan apa yang dia mahu. Meletakkan sepenuhnya komitmen dalam hidupnya untuk memerangi kanser, Terry terus membentuk visi supaya tujuannya tercapai.

Matlamat larian berkaki satu Terry diberi nama MARATHON OF HOPE bagi mengumpul USD1juta bagi penyelidikan kanser. Jumlah akhir yang terry kumpul adalah USD24.17juta.

Terry mendapati tujuan yang begitu besar menaikkan semangatnya dari segi fizikal dan mental pada setiap hari. Kuasa yang berpunca dari tujuan ini membawa dirinya ke tahap prestasi yang luar biasa. Walaupun Terry hanya memiliki satu kaki yang sihat dan kaki palsu. 

Sejak 12 April 1980, Terry berlari sejauh 26batu hampir pada setiap hari, yang merangkumi jumlah 3,339 batu dalam masa 143hari. Pencapaian yang sangat menakjubkan!! Apabila Terry berbuat demikian, beliau telah memberikan harapan kepada beribu2 orang di seluruh dunia.

Lalu kita pun bertanya pada diri,
Apakah yang aku lakukan dengan hidup ini? Apakah erti kerja/bisnes aku ini? Apakah yang akan aku tinggalkan pabila hidup berakhir nanti?"
Soalan yang penting bukan?
Itulah tujuan hidup kita..untuk mati. 

mokseri,
suka tulis panjang panjang.