Follow Us @seri.mahani

Oct 19, 2017

Kueh Lopes Noxxa Mudah Sangat.

Actually teringin nak buat kueh kaswi. Tapi bila sampai kedai, boleh lak tukar nak buat kueh lopes. Lagipun emran suka, terus lah bertukar menunya!



Ok nih kali kedua mak try buat guna noxxa. Senang dan mudah sangat plus takde daun pisang dan juga daun pandan. So kiranya kueh lopes moden giler!pffttt

Bahan bahan:
2 cawan pulut susu
2 cawan air daun pandan (mak guna air biasa)
1 cawan santan
1 sudu air kapur
1 sudu garam
1 cawan gula merah/gula kabun
1/2 cawan gula putih
2 cawan air

Cara masak:

1. Rendam pulut dalam sejam atau lebih. Mak suka rendam lama (semalaman). Rendam dengan air kapur dan pewarna hijau (pandan).

2. Lepas rendam toskan air dan masukkan ke dalam periuk noxxa. Masukkan air pandan ataupun air biasa
 mengikut sukatan atas tuh. Pastuh tekan HP 3min.

3. Lepas dah masak, lepaskan wap dan buka penutup. Kacau pulut dan masukkan santan.

4. Tukar tombol arah steam, dan tekan steam 3min.

5. Sementara tuh boleh buat kuah gula. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau. Buh daun pandan bagi wangi. Bila semua dah larut boleh tutup api dan biarkan sejuk.

6. Selepas 3min, buka penutup periuk noxxa dan keluarkan pulut. Jangan biarkan lama lama dalam periuk tuh nanti jadi berkerak lak.

7. Pulut tadi masukkan ke dalam bekas leper dan tekan dengan senduk plastik sampai padat. Kalau ada daun pisang boleh jadikan lapik atas dan bawah.



8. Tekapla dengan apa2 bentuk bila nak makan. Gaul dengan kelapa supaya tak melekat. Then siram air gula. Tadaaaa dah boleh makan dah.



Selamat mencuba.💋