Follow Us @seri.mahani

Oct 16, 2017

Ibu Hanim No.1 Leadership Guru In Malaysia



Alhamdulillah Ahad lepas mak berpeluang bersemuka dengan seorang GURU hebat nih di program BAHTERA edisi selatan. Beliau adalah Datuk Faridah Hanim Haron atau lebih mesra dengan nama Ibu Hanim.

Namanya mula meniti dari bibir ke bibir selepas beliau tekad untuk resign 24jam di usia emas dari kerja sebagai seorang penasihat korporat di Petronas.

Mula keluar je suara memang seorang ibu yang mempunyai aura luar biasa. Mulanya mak nak join sesi pagi saja. Tak sangka pulak sebenarnya beliau ada membuat bengkel khas untuk "build high performance team".

Elmu FREE kan. Takkan nak disia siakan!


Selepas sesi 1jam lebih yang telah membuka mata dan kepala bagaimana nak menghadapi dunia yang beredar begitu pantas. Pengenalan dan penerangan tentang dunia VUCA yang sangat details. Rasa macam beban atas kepala hilang!! Aah 


Sesi petang bermula pada pukul 2pm. Memang full house sampai ada yang sanggup duduk atas tangga. Bermula dengan sesi mengenal personaliti diri serta bagaimana nak membina satu team impian. Topik yang agak berat nih banyak merungkai masalah bila bekerja secara berkumpulan dan juga mengenali sikap orang lain.

Best sebab Ibu tak lokek berkongsi tentang bagaimana mudahnya menjadi seorang influencer marketer dengan cara yang betul!!

Nanti mak kongsikan lagi ye.

Sekarang rasa lebih bersemangat sebab mak nampak apa hala tuju bisnes nih. Dan paling penting MATLAMAT mak adalah untuk memandaikan lebih ramai ibu2 berniaga ONLINE semakin mudah!!

Terima kasih Allah atas peluang dan kesempatan ini. Moga dapat kongsikan elmu ini dengan lebih ramai lagi orang di luar sana. Nak tahu boleh je PM mak terus ok. 

seri.PINpreneur.com 💋