Follow Us @seri.mahani

Oct 6, 2017

Cara mudah masak laksa yang sedap!

Lama rasanya tak melaksa. Eh mak mmg hantu laksa tau. Mak belajar buat laksa masa umur 13tahun lagi. Sebab suka kan, kadang makan kat kedai tak kena dengan tekak tuh yang gigih masak sendiri.

Lagipun bahan2 yang digunakan sangat sikit dan mudah didapati.

Antara bahan2 adalah;

Ikan Selayang/Sardin
Laksa Kering
Bawang Besar
Cili Kisar
Daun Kesum/Cenohom
Bunga Kantan
Asam Keping


Sekali bawang besar abis daaaa..guna saja bawak merah. Takde hal. Lagi banyak bawang lagi sedap tau laksa. Yang tuh bunga kantan ye. Jangan tersilap dengan bunga kiambang lak. Tingat member mak cakap bunga kantan tuh ade dlm kolam!!😝 bunga kesum ataupn cenohom tuh ikutla banyak mana korang nak letak. Mak suka letak banyak2, bg wangi.

Nih ikan selayang. Mak panggil ikan sardin. Dulu mak siap bergaduh ngan orang kedai Aceh. Hiksss mana mak tahu namanya ikan selayang 🙈. Tuh asam keping mak import dari kampung. Memang beli banyak2 dari kampung sebab diorg buat sendiri. Dahla banyak murah lak tuh. 

Paling penting ni haaaa laksa kering! Mak mmg tak suka sangat laksa basah. Nnt kuah dan laksa tak berkawan baik sangat kt dlm mangkuk. Hiksss. Sejak duk JB nih, banyak lak jenis laksa kering ada. Semua mak try so far ok je. Masa pilih tu jgn amik yg dh hancur nnt rebus makin hancur. Amik yang maintain keras seketul gituh. Sampai je rumah terus rendam sekejap bg kembang.

Cara2 nak masak!

1. Memula rendam laksa kering tuh bagi kembang. Dalam sejam tuh dh kembang elok dah. 

2. Sambil tunggu laksa kembang boleh rebus dulu ikan tuh dengan asam keping. Air agak2 lepas paras ikan ok dah. Sebab nanti nak guna air tuh utk masak kuah laksa.



3. Rebus sampai masak. Kemudian biarkan sejuk sekejap. Dah boleh rebus laksa lak. Mak suka rebus laksa sekali dengan tulur. Jimat masa kekdahnya.


4. Bila ikan dah sejuk sikit, boleh mulakan acara mengisar semua bahan. Kisar bawang besar, cili kering..pastuh isi ikan..pastuh tulang ikan (nih kena tapis). Masukkan semua dalam periuk. Cili kisar tuh ikutla tahap kepedasan korang. Pastuh masukkan daun kesum dengan bunga kantan. Hidupkan api. Kemudian perasakan dengan garam (garam basar lg sedap). 


5. Tadaaaaa dh siap! Mak suka masak lama sikit dengan api kecil supaya kuahnya jadi pekat. So ikut koranglah nak lama mana. Dah boleh makan dah!



Nak sedap cam biasa buh timun, bawang n cili padi! Slurpppppp 😋