Follow Us @seri.mahani

Oct 5, 2017

Bagaimana hamil dengan PCOS?

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku dari ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
Wanita yang mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) lazimnya mengalami kesukaran hamil.
Bagaimanapun, ada juga wanita yang mempunyai sindrom ini berupaya hamil secara semula jadi tanpa bantuan rawatan kesuburan.
PCOS adalah keadaan dimana kilang telur atau ovari seseorang wanita menjadi bengkak disebabkan benih terperangkap di dalamnya dan tidak boleh menetas pada waktu subur.
Keadaan ini membuatkan ovari yang membengkak itu menyebabkan berlaku masalah kesuburan dan gangguan kitaran haid.
Ramai dalam kalangan penghidap PCOS mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu panjang. Ada pula yang mengalami perdarahan haid yang sangat banyak atau berpanjangan.
Punca sebenar berlakunya PCOS tidak dapat dikenal pasti namun genetik mungkin salah satu faktornya.
“PCOS cenderung berlaku dalam kalangan ahli keluarga. Seseorang wanita itu mempunyai peluang tinggi mengalaminya jika ada wanita lain dalam keluarganya mengalami masalah haid tidak teratur atau kencing manis.
“PCOS juga dikatakan boleh diwarisi sama ada daripada sebelah ibu atau keluarga bapa,” Menurut pakar kesuburan Sunfert International Fertility Centre Dr Eeson Sinthamone.
Masalah kegemukan atau berat badan berlebihan tidak ketinggalan turut menjadi puncanya dan ada mengalami masalah tumbuh rambut yang lebat pada kaki, dada serta bahagian muka.
“Biasanya PCOS disahkan apabila wanita mengalami sekurang-kurangnya dua daripada petanda atau masalah iaitu anovulasi, sista dan hiper-androgenisma.
“Anovulasi ialah keadaan apabila masalah telur tidak keluar langsung, diikuti oligo-ovulasi iaitu telur yang jarang keluar.
“Hiper-androgenisma pula ialah masalah berlebihan hormon lelaki hingga menyebabkan tumbuh bulu roma seakan-akan ‘bermisai’, selain kulit kasar dan berminyak teruk seperti keadaan kulit lelaki.
“Selain itu, ada juga yang mengalami masalah bilangan folikel kecil seakan-akan sista di dalam ovari, biasanya bersaiz lapan milimeter malah ada yang lebih kecil."


Jika sudah lama berumah tangga tetapi belum dikurniakan cahaya mata? Usah mudah menuding jari mengatakan si isteri mandul kerana ia kadangkala berpunca daripada masalah hormon. Kenalpasti masalah supaya kita cari jalan penyelesaianya.
Kpd wanita2 yg menderita dgn masalah PCOS nih, jgn buat senyap jek tau..amik langkah awal utk pencegahan.
Antaranya;
1. Dapatkan rawatan dan nasihat doktor!
2. Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.
3. Boleh dicegah dengan menyarung korset FIR kami yg berkualiti tinggi bagi membantu melancarkan perjalanan darah yg membantu menstabilkan hormon.