Follow Us @seri.mahani

Oct 19, 2017

6 tips mudah kuruskan muka

Muka gemok! 

Sape ade masalah nih baik baca entry mak ni sampai habis. 😝 eh kadang tuh kan badan keding je tapi muka ngan badan tak berkadar terus. Macam lepas makan, nasi tuh naik ke muka..LOL

Ok petang nih mak nak share 6️⃣TIPs mudah nak kuruskan muka lak.

Tips 1️⃣

Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Tepuk lembut pipi 2-3min untuk melancarkan pengaliran darah di bahagian pipi! Mungkin darah tak bape lancar di bahagian tuh sebab jadi chubby..😚

Tips 2️⃣

Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yang boleh. Ulangi sebanyak 10kali. Korang buat dalam toilet ke takpun sambil sambil tengok tv. Ce rasa apa jadi bila kita menjelir, seluruh otot muka bergerak kan. Terutama di bahagian leher dan tulang pipi berasa tegang dan ketat.

Tips 3️⃣

Kebanyakan selebriti Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut MA ME MI MO MU sebanyak 10kali untuk menguatkan otot muka dan bibir. Cubalaaa bukannya susah pn. Cara nih buat muka kita bersenam dan memecahkan lemak pad muka terutama di bahagian dagu.

Tips 4️⃣

Tepuk dagu menggunakan belakang tangan setiap hari pagi/ptg/malam 40kali semasa mengadap cermin untuk mengurangkan dagu berlapis. Haaa sebelum tempek bedak tuh tampor dulu lemak tuh supaya tak bermaharajalela kat situ.

Tips 5️⃣

Kunyah chewing gum. Bagi otot otot mulut dan rahang bersenam. 

Tips 6️⃣

Nih paling senang banget. Sapu jek bio ever plus kt rahang sampai belakang telinga. Terus muka tegang dan darah berjalan lancar. Sapu nak bagi tegang muka, tapi kulit muka pn jadi licin dan halus.

Mak nak try jugaklah tips tips nih. Mudah sangat! Nak pisahkan muka dan leher yang semakin nak bersambung nih!