Follow Us @seri.mahani

Oct 18, 2017

4 Petua Kecilkan Pori Muka

Haishhh masalah sungguh ni. Lagi lagi nak bermekap. Kena tempek cc cream la foundation berlapis lapis bagi nampak sekata. Dia punya lobang punya besar, sebatu boleh nampak.

Sebab harini mak rajin kan, mak nak share petua mudah giler sebab barang barang ni ada je kat dapur kita. Korang boleh try anytime. Sambil masak kari pn boleh buat!



✅ Guna Ais Kiub

Nih mungkin ramai dah pernah dengar kan. Paling bagus guna ais buat sendiri (lagi elok guna air yang bertapis). Oles muka dengan kiub ais selama 10-15saat ataupun sampai ais tu cair terutama kt bahagian yang ada masalah. Seeloknya buat selepas cuci muka pagi dan malam. Boleh juga buat sebelum apply mekap. Korang akan rasa kulit jadi lembut dan pori tadi dah mengecil. Kalau yang pakai mekap tuh, mekap senang nk blend dan tahan lama.



✅Guna baking soda.

Haaa bukan setakat buat kek je. Untuk muka pn boleh. Campur satu suda baking soda tu dengan air. Buat cam nak bancuh bedak sejuk/masker. Pastuh tempek kt muka atau kawasan yang liang pori terbuka. Biarkan kering selama 5-10min sebelum bilas dengan air suam. Alaaa buat macam masker tuh. Selain mengecilkan roma, korang boleh menghilangkan whitehead dan jugak melawan jerawat muncul di muka.



✅Guna Putih Telur + jus oren/lemon

Yang nih pun famous jugak. Jadikan masker muka. Gunakan 2biji putih telur mentah campur dengan 1/4jus oren/lemon. Sapu dekat muka dan biarkan selama 15min sebelum dibilas dengan air suam. Petua yang nih kalau korang amalkan selalu boleh memutihkan kulit jugak.



✅Yang last gunakan pencuci muka yang kurang berbuih..takde buih langsung lagi bagus. 

Nih nasihat dari pakar kulit tau! So yang mak dah try adalah Infinence hydrating duo mousse dan juga cetaphil gentle cleanser. Memang tak berbuih pn. Memula memang macam tak biasa tapi bila lepas bilas jek memang muka rasa suci murni jek. So dedua nih boleh cuci daily mekap tuh dengan efisyen sekali. Fragrance FREE dan paling penting tak menutupi liang roma. Cuci bersih sampai ke liang liang gitu.

Menarik tak?
Ajaklah kenkawan tuh cuba sekali. 💋