Follow Us @seri.mahani

Sep 25, 2017

Team Sohibul Bait

Selepas hujung minggu yang sangat HECTIC..

Pernah dengar tak Sohibul Bait tuh apa?
Sohibut bait tuh tuan rumah yang mengadakan kenduri walimatul urus dalam bahasa jawanya.

Selepas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, kami bersepakat untuk mengadakannya di Dengkil. Alhamdulillah saudara mara sebelah arwah mak dan ayah semuanya datang. Hampir separuh orang kampung pun datang dari jauh meraikan kedua mempelai.

Paling tak sangka kami menjangkakan jemputan yang hadir seramai 1500 orang, namun rezeki adik mak..jemputan yang hadirnya mencecah hampir 4,000 orang. Dari pukul 11pagi hingga 6ptg jemputan datang bertali arus, terpaksa  catering masak 4kali. Fuhhhh bagai nak tercabut skru dalam badan nih haaa.. tapi Alhamdulillah semuanya berjalan sangat lancar dan dipermudahkan.

Nanti mak review pasal Yuhanis Catering eh. Memang servis dan makanan yang disediakan TIPTOP. Siap bertambah2 lagi tetamu makan. Takde yang membazir. Yang sedihnya mak tak sempat pn nak makan. Tengok semua dah licinnnn.

Oklah harini nak cerita pendek dulu..nanti mak sambung lagi pasal persiapan sebelum majlis kenduri. Penyediaan kueh mueh tradisional orang Jawa yang jarang jarang dijumpai lagi sewaktu majlis kahwin seperti koci dan lemper.

Btw selamat pengantin baru pak chik. Semua doa yang baik2 untuk korang berdua. Pesan arwah mak kami dah tunaikan sebaiknya. Ok habuk masuk mata....adioss


post signature