Follow Us @seri.mahani

Sep 26, 2017

Lemper, kueh jawa yang semakin dilupakan.

Sambungan kisah kenduri kahwin adik mak haritu..

Since pakcik mak nak sponsor kenduri malam tuh, sebagai acara bersama2 keluarga dan saudara mara mak memberi cadangan untuk membawa kembali suasana "gejobos" seperti di kampung.

Kalau dulunya di kampung, sehari sebelum kenduri orang kampung akan datang berkumpul dan bergotong royong untuk masak bersama. Antara aktiviti yang sering dilakukan bersama adalah membuat kueh tradisional Jawa iaitu LEMPER dan koci.

Entry kali ni mak cite pasal lemper dulu ok. Lemper ni diperbuat dari pulut yang berintikan sambal kelapa. Haaa sambal tuh diimport dari kampung terus. Senang dan sedap. Terasa Jawanya tuh..hikks

Bahan utama adalah;

1. Pulut yang telah dimasak.
2. Inti kelapa.
3. Daun pisang (ada dua bahagian)
4. Lidi









Cara cara nak membuatnya;

1. Kepal sedikit pulut dan letak inti kelapa didalamnya.

2. Gulung dengan daun kelapa yang bersaiz kecil berbentuk 4segi tepat.

3. Kemudian bungkus dengan daun pisang yang lebih besar.

4. Kemaskan dibahagian tepi pada kedua2 belah dengan menggunakan lidi supaya ianya tegak. *nampak cam mudah tp part ni la susah sket camne nak bagi sisi tepi tuh tegak instead of baring. 

5. Tadaaaaaa dh siap untuk dikukus dan dimakan !





Haaaa yang ni lah mak cakap kalau tepi dia tuh baring maknanya tak jadilah lemper..yang tegak tuh la lemper namanya !!!



Semangat tau buat..tapi mak sempat makan seketul je kot haritu. Tengok sekali lagi dah licin!! Tapi takpe saje nak kenalkan pada anak2 supaya satu hari nanti diorang takkan lupa makanan2 orang lama nih..

Oklah nnt mak sambung lagi ok...