Follow Us @seri.mahani

Sep 29, 2017

Kerabu thai kerang yang sedap dan mudah

Siapa hantu kerang cam mak??baik ngaku cepat.. tapi tu lah skrg kerang bapak mahal mengalahkan ayam. Sekilo beli semalam RM9.90. Dulu rasa bape ringgit jek tau. Eksyen skrg tau kerang. Dah naik takhta.

Setiap kali nampak kerang jek mesti keterujaan mak tu lebih sket. Maklumlah bila jarang dapat tuh, sekali jumpa memang rasa nak kauk amik banyak2. 😝😝

Dulu mak selalu masak rebus je then cicah ngan kicap dan cili.

Tapi since haritu mak nampak Yatie Kitchen rajin duk share resipi kerabu kerang Thai tuh kan. Terus semangat mak cuba. Btw ni 3rd time mak try..mmg kalu sekali hadap jek tak pandang dah kiri kanan.



Tips nak bagi kerang tak kecut rupanya senang jek. Korang masak air sampai mendidih baru masukkan kerang yang telah dibasuh bersih. Kacau kerang dalam air panas tuh sekejap sampai terbuka then terus tutup api. Ceduk keluar semua kerang tuh dan rendamkan dengan ais batu. So nanti kerang tuh takdelah mengecut kalau terebus lama sangat! Pastu boleh dah kopek sebelah.. (jgn tanya kenapa...mak tanak menderhaka pada resipi !!😝)

Bahan bahan :

Cili padi (ikut pedas)
Bawang putih 2-3 ulas takyah kopek kulit

Dua dua nih tumbuk kasar. Mak selalu tumbuk dengan garam terus. Senang nanti takyah masukkan garam dah.

Pastuh masukkan dua sudu air asam jawa dan sesudu sos ikan thai tuh.

Perah limau nipis/kasturi.

Potong tomato atau guna je tomato cherry.

Potong daun ketumbar.

Gaulkan semua dan perasakan dengan garam.

Ok dah boleh makan dah !!

Senang kan?? Haaa dah gi carik kerang dulu. Baru leh buat. Dah siap tag lah mak tau...😘