Follow Us @seri.mahani

Sep 20, 2017

Kasut Travel Yang Sedap Dipakai.

Setiap kali travel setiap kali tu lah beli kasut..kaki mak ni sejenis yang tak bape lasak cam mak. Kalu salah pilih kasut, mmg mak sanggup je berkaki ayam. Macam masa kt Jepun hrtu mak pakai boot yang bertumit skit. Kat Jepun, kebanyakkan tempat yang kitorang pergi memang kena berjalan agak jauh dari tempat bas parking. Struktur jalan pun berbatu batu tuh yang jadi kaki makin bertambah sakit.

Serik dah pakai boot, masa pergi Italy bulan 3 lepas mak memang survey kasut yang betul betul sesuai supaya kaki mak tak meragam lagi. Tak best tau kalau kaki sakit masa travel. Boleh jadi kemurungan gitu.

Jadi, masa pergi Italy tuh ingat nak beli kasut Adidas sneakers biasa tuh. Tapi bila tanya seller, diorg cakap kasut tuh kalau nak jalan sekejap2 bergaya bolehla. Kalau nak travel memang sakit kaki. Diorang suggest untuk pakai kasut yang tapaknya tebal sikit. Yang ada macam gabus peti ais katanya. Contoh macam Adidas Boost tuh.



Seriously memang sedap gila dan selesa dipakai walaupun mak berjalan ntah berapa km pn. Tumit tak sakit langsung. Kaki pun tak bengkak sakit bila balik hotel. Memang tak menyesal langsung beli.

Tapi masa mak pergi Italy haritu terpedaya gak tengok banyak kasut Geox. Bagus katanya kasut nih sbb tapaknya mmg support kaki then ade lubang udara yang buat kaki tak berbau kepam. 99€ harganya.



Memula pakai tuh tak selesa sgt lg, tp bila dh 2-3x pakai haaa barulah sedap. Tp mak suka lg pakai kasut Adidas tuh.

So kalau korang travel yang banyak berjalan kan, mak recommend pakai kasut Adidas macam tuh. Cari tapak yang tebal macam ade gabus peti ais tuh. Memang korang leh maraton berpuluh km tanpa sakit kaki.

post signature