Follow Us @seri.mahani

Jul 15, 2017

Miliki BMW318i dengan hanya RM1000 sahaja!

9:35 AM 0 Comments
Good news!!!

Bonanza25 buy n win start today..


Stand a chance to win amazing prizes especially our GRAND PRIZE - a BMW 318i - when you make any purchase of SHOM products from as low as RM1,000.

Hurry  and participate in our Bonanza 25 "Buy & Win" Lucky Draw Contest today, a campaign brought to you exclusively by SHOM in conjunction with our 25th Anniversary Celebration!

Note :
1) This contest do not have any form / borang to fill up

2) All entries will be generated through online system. You will be able to check your total entry in your system based on monthly basis

3) Company will draw the winners through tax invoice pool through online system. And winner name will be automatically appear on screen during MUT25

Call me for more details..
post signature

Jul 13, 2017

Jana Pendapatan n berpeluang bercuti PERCUMA ke Korea Selatan

9:48 AM 0 Comments
Actually Korea, bukanlah satu tempat idaman mak. Ntah nape mak tabermknat nak pergi. Tapi tuh sebelum company announce pakej percutian PERCUMA yang terbaru nih...bila tengok saja mula dah rasa tak keruan. InsyAllah percutian kali nih dijadualkan pada pertengahan Januari 2018.

Kepada yang lama dah teringin nak merasai musim salji di Korea, korang kena tengok 7 tempat yang kami lawati ini. Pastinya buat korang teruja untuk bercuti bersama kami.


Attraction 1;
Ski Resort, Seoul

Attraction 2;
Winter Sonata Shooting Place, Nami Island

Attraction 3;
MBC World. Korea's first halayu theme park.

Attraction 4;
Bukchon Hanok Village

Attraction 5;
Gyeongbok Palace

Attraction 6;
Seoul Sky Observation Deck

Attraction 7;
Gympo Hyundai Premium Outlet

Selain tuh, company dengan berbesar hati memberi bonus kepada semua qualifier utk melihat sendiri base camp yang dijadikan tempat pengambaran Descendents of the Sun yang mana telah dijadikan tarikan terbaru di Korea Selatan.

Semua orang layak untuk pergi tiada yang terkecuali. Cepatttt hubungi mak untuk pertanyaan lebih lanjut.
post signature

Jul 7, 2017

Bagaimana AIDILFITRI anda?

12:18 PM 0 Comments

Sejuk dingin pagi 1 Syawal itu masih terasa. Bau rendang dan kuah kacang di dapur mengharumkan seisi rumah. Bara api yang membakar lemang di laman rumah masih berasap.

Di dapur, para suri dah mula sibuk dengan juadah. Pinggan mangkuk kaca yang berlaga sesama sendiri membangunkan anak-anak kecil yang juga turut keriangan walaupun tak mengerti apa-apa. Bunyi deru enjin motorsikal para bapa dari surau selepas solat subuh menambahkan hiruk-pikuk pagi raya.

Dari jauh, sayup-sayup kedengaran suara takbir raya bergema dari corong-corong pembesar suara masjid dan surau. Sinar matahari mula memancarkan warna emasnya, seluruh bandar, desa dan kampung bagai terkena magiknya raya.

Anda berdiri di hadapan cermin. Memerhatikan diri sendiri dalam pakaian raya yang paling baru yang anda ada. Sedondon seisi keluarga. Anda mula terfikirkan rumah siapa yang hendak anda kunjungi pagi ini, berapa duit raya yang patut anda beri, apa topik yang bakal dibualkan, siapa yang mahu anda temui, siapa yang anda rasa mahu jauhi?

Eh! Ini ‘kan raya? Takkan masih nak ada sengketa?

Bukan sengketa, cuma malu nak jumpa dia. Sahabat lama yang jauh lebih berjaya. Setiap tahun, hidupnya ada banyak peningkatan. Sedangkan dulu, zaman sekolah tidaklah secerdik mana. Ketika kerja pun jawatannya biasa-biasa. Entah ‘lah macam mana dan bila, tiba-tiba dia mula mencipta kejayaan demi kejayaan. Dari bisnes kecil-kecilan dari rumah, kini dah ada cawangan seluruh Malaysia.

Anda intai-intai juga Facebooknya. Apa yang dikongsi semua perkara yang buatkan anda lagi rasa berjauh hati. Melancong ke sini sana, menunaikan umrah bersama keluarga setiap Ramadhan, aktiviti sedekahnya bersama kakitangan dan team bisnesnya. Anda? Masih macam itu juga. Terperuk di bucu pejabat anda buat kerja-kerja yang sama dari dulu sampai sekarang.

Bukan tak ada cita-cita, tapi tak tahu nak capainya macam mana. Bukan tak ingin berjaya tapi tak yakin diri sendiri layak atau tidak untuk berjaya. Bukan tak teringin nak pergi melancong sana sini dan nak beli itu ini serta nak sedekah sebanyaknya, tapi macam mana? Aku hanya kerja biasa-biasa.

Anda renung luar jendela. Jalan-jalan dah dipenuhi dengan mereka yang berduyun-duyun nak menunaikan solat sunat Aidilfitri. Takbir masih lagi lantang berbunyi. Jiran-jiran mula bertukar juadah. Di halaman rumah penuh dengan kereta-kereta perantau yang pulang ke desa.

Macam mana aku nak berjaya macam dia? Bisik hati kecil anda. Raya tahun depan, adakah aku masih berhari raya seperti ini, atau mampukah aku berhari raya dengan lebih baik lagi? Anda berteka-teki.

Bagaimana Aidilfitri anda tahun ini? Mahukah anda lakukan sesuatu tindakan supaya Aidilfitri dan kehidupan anda di tahun hadapan lebih besar ertinya? Atau anda rasa ‘OK je’ dengan raya anda sekarang, walaupun anda tak mampu nak bahagiakan semua orang termasuk ibu bapa dan keluarga sendiri.  Adakah anda mahu jadikan Ramadhan dan Aidilfitri tahun hadapan lebih berbeza dan lebih bermakna dengan tahap kehidupan anda yang jauh lebih baik dan jauh lebih selesa?

Adakah anda mahu capai impian dan hidup lebih berjaya seperti rakan yang anda cemburui dan rasa segan nak bertemu muka?

Tepuk dada tanya selera. Fikirkan dan buat tindakan.
post signature