Follow Us @seri.mahani

Feb 18, 2017

TIPS Memilih Kolagen Yang Sesuai

Banyak kan produk2 kesihatan dan kecantikan sekarang. Kt internet ke, kt kedai ke...kt tv pn banyak giler produk2 camnih. Kadang tengok cam sama jek. Tak reti nak pilih yang mana bagus dan tak bagus sbb semua pn claim bagus bagus belaka.

Oklah utk membantu merungkaikan kecelaruan itu, harini mak kongsikan ngan korang TIPS untuk memilih kolagen dengan betul dan apa yang perlu kita tahu dalam memilih produk ini.

Sebelum tuh kena faham dulu pasal kolagen nih apa. Actually kolagen nih membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Secara ringkasnya kolagen adalah protein semulajadi terbentuk sendiri dalam badan kita yang memberikan struktur, firmness dan sokongan kepada badan dan bukan hanya pada kulit. Ia adalah tisu penghubung utama dalam badan kita yang membina kira-kira 25tisu otot



Namun malangnya, semakin kita meningkat dewasa kolagen dalam badan kita mula mengurang bila kita rasa ada kemunculan kedutan-kedutan di muka serta berasa sengal dan sakit di bahagian sendi. 

Sebabnya kolagen dalam badan kita nih mula berkurang apabila usia mula mencecah 25tahun dengan pengurangan 1.5% setiap tahun. Dengan kemerosotan kolagen semulajadi setiap tahun ditambah pula amalan diet yang tidak seimbang serta pencemaran telah mempercepatkan lagi proses penuaan sebelum usia.

Walaupun kolagen hakikatnya bukanlah hanya untuk keanjalan kulit semata, namun tanda-tanda penuaan sebelum usia pada wajah menjadikan produk seperti ini mula menarik perhatian ramai.


Apakah perkara-perkara penting yang perlu kita tahu dalam memilih kolagen?

No.1
Ada dua sumber utama penghasilan kolagen nih iaitu Bovine derived collagen dan Marine derived collagen. Kolagen yang dihasilkan daripada sumber marin (sumber laut dalam) adalah 60% lebih asli daripada Bovine kolagen (lembu). 

No.2
Kolagen terdiri daripada tidak kurang dari 28 jenis. Setiap jenis kolagen mempunyai fungsinya tersendiri. Contohnya kolagen jenis 2 adalah bagus untuk sendi. Manakala untuk kulit kita memerlukan kolagen jenis 4 dan jenis 7 untuk anti kedutan.

Kolagen yang ada di pasaran sekarang kebanyakkannya mengandungi kolagen jenis 2 untuk sendi dan jenis 3 dan 4 untuk meremajakan kulit. Pastikan ianya diadun bersama marin kolagen bagi mendapatkan kolagen yang berkualiti.

No.3
Rata-rata saiz kolagen di pasaran adalah diantara 2000 - 5000 dalton. Saiz kolagen yang lebih kecil adalah lebih bagus dari segi penyerapan yang optimum serta kesan yang lebih cepat. Namun penghasilan saiz kolagen yang kecil adalah lebih mahal dan secara tidak langsung menyebabkan kolagen yang mempunyai saiz yang kecil adalah agak mahal.

No.4
Pilih kolagen yang mengandungi emollient bagi mengekalkan kelembapan pada kulit.

No.5
Mengandungi antioksida yang tinggi bagi mengurangkan proses penuaan dan mengawal kulit dari sinaran UV.

No.6
Antara kandungannya mengandungi vitamin untuk menggalakkan proses sintesis dan pembentukan kolagen secara semulajadi.

No.7
Juga pastikan ia mengandungi gula amino untuk kesihatan sendi.

No.8


Pastikan setiap kolagen mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan tegangan pada kulit kerana fungsinya adalah untuk mengikat kolagen dengan serat yang elastin. 


Mengapa perlu memilih BBplus kolagen?
  • BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. 
  • Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. 
  • Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. 
  • Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. 
  • Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 

  • Bagaimana BBplus ni bertindak?

1. Memulih  - 
Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah


2. Membina -  
Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida  

3. Memperbaharui - 
Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru



Dos apakah yang efektif?

Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.


Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?

Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis


Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?

Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.


Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?

Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.


----------------------------

Bbplus adalah kolagen pertama yang mak amalkan. So far mmg sangat memberikan kesan yang sangat efektif ditambah dengan harganya yang berpatutan serta rasanya yang sedap seperti ribena dan pastinya tidak hanyir.


Harga pasaran untuk sekotak BBplus kolagen ni adalah RM216 yang mengandungi 20sachet. Recommended utk amik 3box utk kesan yang lebih ketara. Beli 5kotak anda akan dapat sekotak PERCUMA. Berbaloiiiii sangat!!

post signature