Follow Us @seri.mahani

Feb 9, 2016

Apa Bestnya Vietnam??


Nih kali kedua mak jejakkan kaki ke tanah Ho Chi Minh City. Last was masa preggy Emran, tapi setahun book tiket okehhh dari tak mengandung sampaila mengandung anak no2. hikkkkk eh ye laaa nak merasa gak bercuti-cuti oversea. Tapi kalini mak pergi ditaja sepenuhnya oleh SHOM. Mau tak best, bukan kena bayar sesen pn kan. Tambahan lak pergi ramai-ramai dengan rombongan Cik Kiah memang syiok habissss.


Alhamdulillah untuk percutian PERCUMA kali nih mak berjaya bawak dua orang anak didik terbang sama untuk merasa sendiri seperti VVIP. Semua ditaja kan, pergi bawak diri jek. Tahniah Dilaf dan Yani yang dapat qualify first trip ke Vietnam nih. Pasnih mak nak bawak lebih ramai qualifier untuk merasai sendiri bestnya bercuti dengan PIN dan SHOM nih.

Tapi kalau korang perasan kan, HCMC nih adalah destinasi tumpuan rakyat Malaysia juga tau. Ada yang datang balik hari je. Jadi best sangat ke sampai peniaga-peniaga sana fasih berbahasa Melayu dan RM pun boleh digunakan kat sana tau. Nampak naw ramai pengunjung dari Malaysia ye dok?
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ok apa bestnya ehhh...tempek dulu gambar sebelum mak tayang apa yang menarik kat HCMC tuh sampaikan kitorang nih macam tak reti reti nak balik dah...huhu
 


Haaaa nindiaaaa salah satu dari kegilaan rakyat Malaysia yang datang ke HCMC adalah memborong tudung. Cakap je fesyen macamana korang nak, semua ada dan harga jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Memang bukan setakat rambang biji mata, terus rabak jadinya. Ni hari pertama kejadian tau, akibatnya setiap hari kitorang berulang ke kedai yang sama sampai ke sudah. Dari tanak beli pape, end up beli sekodi okeh!!!


Ni lah yang menjadi lubuk rezeki rakyat Malaysia kat sini...KAIN COTTON VIETNAM. Korang kalau nak beli kain cotton yang cantik-cantik dan murah kan boleh pergi jengah page KAINOHKAIN ataupun AUDRABELLA WARDROBE...memang boleh sesak poket dibuatnya bila tengok kain-kain yang diorang jual. Tapi masa kami pergi haritu, currency Malaysia jatuh jadi harga kain cotton agak mahal (naik RM5-RM10) setiap pasang. Kalau nak beli dua 3pasang better beli je online dari pemborong kain nih, jauh lebih murah.


Selain kain cotton dan tudung, banyak juga lace yang dijual memang jauhhhhhhh lebih murah dari Malaysia. Mak nih tak pandai tengok kain lace, jadinya tak bernafsu sangat. Tengok macamtu jek..prada lace la nest bird la..hikksss


Tapi lace yang camnih lawa jugak kan an an an?? Nasib masa tuh mak punya pendinding kuat, jadinya takde berlaku impulsive buying dek mengikut hawa nafsu semata...ekekkekekke..oh yeeee semua semua nih kitorang bersiaran dari market Cho Ben Tanh tu. Tak jauh pun dari hotel yang kami duduk. Pantang ada masa lapang confirm ke sini la kami merayap sampaila hari terakhir. Memang semuanya membuat lontaran tanpa henti kot masa cuti-cuti FREE nih.

Oklah nanti mak cerita lagi apa bestnya tempat-tempat yang mak pergi okeh. Till then!!!muahhhhs

post signature