Follow Us @seri.mahani

Jun 10, 2016

Ikhtiar hamil.

8:00 AM 0 Comments

Bayangkan betapa ramai orang di sekeliling kita yang diuji Allah dengan kepayahan untuk mendapatkan zuriat. Malah ramai juga yang mengalami masalah untuk hamil kali kedua/berikutnya selepas keguguran, akibat hormon yang tak stabil, haid yang tak teratur, masalah keputihan dan bermacam lagi masalah lain yang menggangu proses kehamilan.

Disini mak hanya kongsikan salah satu ikhtiar untuk membantu anda untuk hamil berdasarkan dari pengetahuan dan pengalaman2 pengguna yang telah mencuba.

Alhamdulillah sesungguhnya rezeki tuh hanya Allah yang tentukan tetapi sebagai hambanya kita tak boleh untuk berputus asa untuk berusaha.

Salah satu cara paling mudah dan antara yang berkesan membantu anda untuk hamil dan hamil semula adalah dengan memakai corset PREMIUM BEAUTIFUL.


Bagaimana Premium Beautiful (PB) membantu anda untuk hamil?

1. PB mampu membantu si pemakai MELETAKKAN kedudukan dan MENAIKKAN rahim ke posisi sepatutnya dengan rekaan dan jahitannya yang unggul pda bahagian girdle. Jadi bila si pemakai menyarungkan PB, rahim akan berada pada kedudukan yang betul dan bersedia untuk proses kehamilan.

2. Terdapat Far Infra Red (FIR) di dalam setiap bebenang Premium Beautiful. FIR pada PB berfungsi untuk memecahkan molekul-molekul air di dlm badan menjadi lebih kecil dan mudah diserap. Molekul air yg lebih kecil membantu melancarkan perjalanan darah dalam sistem tubuh badan manusia. Bila tubuh badan sihat dan darah berjalan lancar, secara tidak langsung sistem HORMON dalam badan juga akan stabil.

3. Faktor berat badan juga menggangu proses kehamilan. Dengan pemakaian  PB yg berterusan membantu pemakai untuk MENGAWAL berat badan. InsyAllah bila berat badan dapt dikawal proses kehamilan lebih mudah.


Di bawah ni mak kongsikan antara POSITIVE FEEDBACK terkini yang berikhtiar menggunakan PB untuk hamil. Semoga post ini dapat membantu anda yang sedang mencari-cari alternatif untuk berikhtiar hamil.





Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh terus menghubungi mak di nombor telefon yang tertera di bawah. InsyAllah segala kemusykilan anda akan dibantu sehabis baik.

Pastikan anda menghubungi agen yang sah untuk mendapatkan korset ini.

Korset ini didatangkan dengan servis PERCUMA sepanjang hayat!!!

post signature

Slip Disc!

7:00 AM 0 Comments
Slip Disc??

Struktur tulang belakang manusia, terdapat 'jelly-like structure' yang dipanggil 'disc'.  Disc ini bertindak sebagai pelindung atau kusyen pad diantara tulang-tulang di bahagian tulang belakang. 

Slip Disc terjadi apabila disc yang menjadi kusyen antara tulang-tulang ini membengkak atau membenjol atau tersasar dari keadaan asalnya.

Disc yang membengkak ini akan menekan urat-urat saraf berhampiran. Kebiasaanya kesan slip disc akan mengakibatkan kebas-kebas dan sakit yang tidak terhingga dibahagian pinggul seterusnya ke kaki dan ke bawah.



How Slip Disc Happen?
  1. Improper lifting
  2. Duduk atau baring dalam keadaan postur badan yang tidak betul
  3. Membongkok terlalu lama
  4. Angkat beban yang terlalu berat
  5. Common 'sport injury' terutamanya bagi yang terlalu ghairah mengangkat berat di gym.

How to cure Slip Disc?

TIADA ubat untuk menghilangkan penyakit ini selama-lamanya. Cuma terdapat beberapa pendekatan bergantung pada severity slip disc itu sendiri.
  1. Ada kes yang memerlukan pembedahan.
  2. Fisio juga salah satu cara rawatan terbaik walaupun ianya memakan masa. Fisio bermula dengan rawatan cold pack pada peringkat permulaan diikuti dengan hot pack ditempat sakit. Rawatan diteruskan dengan senaman ringan bagi menguatkan otot-otot bahagian yang terlibat.
  3. Rawatan thermal seperti bersauna adalah digalakkan bagi mengurangkan sakit.
  4. Menggunakan lumbar corset ataupun corset premium beautiful (PB).
Tetapi slip disc boleh berulang jika kita melakukan perkara-perkara salah terhadap tulang belakang kita.


How PB helps Slip Disc?

PREMIUM BEAUTIFUL (PB) didatangkan dengan fabrik yang disulami cahaya infra merah jarak jauh (Far Infra red Rays) yang berfungsi mengatasi masalah sakit tulang belakang seperti bongkok, slip disc, sakit pinggang dan lenguh-lenguh serta sakit sendi. Suntikan Far Infra Red Rays (FIR) paling banyak dalam tetulang bengkung (waist nipper) untuk memberi rawatan thermal yang berterusan. PB juga dapat membantu mengekalkan badan dalam keadaan postur yang betul sepanjang hari. Secara tidak sedar kita akan sentiasa berada dalam keadaan postur yang betul dalam kegiatan seharian. Dengan pemakaian yang berterusan PB dapat membantu melindungi tulang belakang kita.

Dengan pemakaian PB, kita dapat mengoptimumkan penyerapan FIR ke dalam tubuh kita melalu 3 sumber iaitu daripada sinaran matahari, tubuh kita dan juga PB itu sendiri. FIR dari cahaya matahari kaya dengan vitamin D yang baik untuk kesihatan tulang. Ianya telah digunakan untuk mengatasi osteoporosis (tulang rapuh) dengan membina keseimbangan kalsium dalam tubuh. Secara tidak langsung dengan menigkatnya kadar penyerapan vitamin D dalam tubuh, dapat meningkatkan penyerapan kalsium. Ini membantu pembentukan dan pembaik pulihan tulang dan mencegah penyakit-penyakit tulang termasuk slip disc dan artritis.




Testimonial - PB works to help Slip Disc!


updated as of 10th June April 2016


1. Nora (PETRONAS RnD Engineer)

"Saya disahkan mengidap slip disc pada tahun 2008. Penyakit ini tidak merbahaya tetapi sangat-sangatlah menyiksakan kerana ianya menggangu kehidupan seharian kita. Kerana terlalu sakit saya disarankan oleh doktor untuk menjalani pembedahan di bahagian sakit, Tetapi kerana takut, saya rela menjakani rawatan fisio secara berterusan di hospital. Saya tahu kesan fisio adalah lambat tetapi saya teruskan juga kerana saya percaya pembedahan bukanlah penyelesaiannya. Jadi saya menjalani fisio selama 8 bulan. Saya juga tidak tahan dengan keadaan kerja dipejabat yang memerlukan saya duduk terlalu lama atau kerja penumpuan yang terlalu lama, jadi saya mengambil cuti selama setahun. Dalam masa setahun tersebut alhamdulillah sakit saya seperti sudah hilang dan saya kembali bekerja seperti biasa.

Malangnya selepas 3 bulan sakit datang semula. Saya terbaca tentang PB yang dikatakan boleh membantu mengurangkan sakit serta merawat Slip Disc dan sakit belakang. Pada mulanya ragu-ragu tetapi jika tidak cuba memang tak akan tahu. Alhamdulillah walaupun hanya sebulan memakainya sakit Slip disc saya memang hilang. Macam miracle! Tetapi saya bersyukur kerana ditemukan dengan PB. Selain itu saya juga terasa kesan positifnya yang lain seperti kurang rasa letih, kulit kurang berjerawat dan lenjadi lebih halus. Selain itu perut juga dah tak buncit! Thanks very much PB."

-------

2. Pn Chandran (patient of slip disc)

"Hi, I really thank you for the PB. I only wore it for 2 months or so, but I really can feel the difference. It is really amazing, GOD!! At first I almost gave up. It was very uncomfortable at first because any wrong movement or posture, I felt a little uneasy. Then the numb (kebas) sensation on the tigh to the toe area getting worse. I almost gave up, seriously. But that discomfort only last for a day. The next day, there was no more numb and I feel better although the pain is still there. I follow your advice to wear it every day and I continously wear it every day. And now, not only my back pain gone, I am also pregnant! (She is 34-35 this yr) I havent had a baby since my first was born and now she is 7 yrs old. What a shame I cannot wear it now, but I really thanks you and GOD for sending me this MIRACLE corset."

------- 
3. Zura

Zura adalah isteri kepada kawan suami. Baru berusia dalam 28thn dan bersaiz kecil orangnya. Selepas disahkan mengalami slip disc oleh Tropicana Medical Centre, beliau telah diberi surat cuti lebih dari sebulan. PS pun dapat tahu apabila suami kepada Zura menelefon suami PS bertanyakan tentang rawatan slip disc (PS pernah warded di DSH sbb sakit belakang) dan sangkanya PS dulu pernah mengidap masalah yang sama.
Mendengarkan kawan sendiri mengalami masalah ini, PS segera menghubungi Zura untuk berkongsi tentang keberkesanan Premium Beautiful. Dia sendiri telah banyak membaca mengenai keberkesanan Premium Beautiful cuma belum menemui mana-mana agent lagi. Hari pertama PS dan suami menziarahi Zura, tuhan saja tahu betapa luluh hati melihat kawan sekecil ini berjalan terbongkok-terbongkok menahan sakit. Anak yg pada ketika itu berusia setahun lebih juga tidak mampu untuk didukung. Hati seorang ibu kadang diangkatnya juga bila dah merengek.
Kebetulan saiznya ada dalam tangan PS. Jadi bolehlah dia terus memakai pada malam itu juga. Esoknya pagi-pagi lagi PS dah call zura tanya perkembangan. Alhamdulillah dia ckp dah lama tak berdiri tegak. Syukur sangat boleh berdiri macam biasa dan tidur dengan lena. Lega hati PS bila dengar komennya. Cuma keesokan hari healing process baru bermula dimana dia berasa sedikit kebas dari bahagian pinggang hingga ke paha. Tapi tidak mengambil masa yang lama.
Dan sekarang setelah beberapa bulan memakai PB secara konsisten, Zura dan boleh bekerja semula. Tidak ada perkara lain yang dapat menggembirakan hati ini apabila kita dapat mengembalikan kegembiraan orang lain. Di bawah ini adalah latest update dari Zura sendiri.


4. Untuk pesakit slip disc lelaki, PS sarankan penggunaan Waist Nipper (bengkung) secara konsisten. 7 tetulang memori yang disulam pada waist nipper adalah aspek penting dalam pemakaian Premium Beautiful. Kelebihan utama waist nipper ini adalah memberi sokongan pada tulang belakang serta mengekalkan postur badan pada kedudukan yang betul. Mungkin ramai yang meraguinya namun waist nipper (bengkung pada pinggang) Premium Beautiful ternyata dapat membantu merawat masalah slip disc dikalangan lelaki.

Di bawah ini PS sertakan beberapa testimonial daripada pengguna waist nipper yang mengidap slip disc di kalangan kaum lelaki.

This one taken from Razali Zain with his satisfied customer.

Nana looking for altenartives untuk mengubati masalah slip disc yang mengganggu kesihatan suaminya hampir setahun. Asyik berulang ke hospital dan mengambil cuti sakit. Nana kemudiannya menghubungi PS untuk mencuba menggunakan waist nipper bagi memulihkan kesihatan suaminya. Alhamdulillah pemakaian yang konsisten tidak sampai 2bulan akhirnya menampakkan kesan yang sangat positif. Last week nana whatsapp ps mengatakan suaminya hampir sembuh sepenuhnya dari slip disc.

Shafiq bekerja sebagai field engineer di sebuah syarikat perkapalan dan baru berumur 25tahun. Tempoh kerja yang lama serta kerja-kerja berat yang dilakukan akhirnya dia disahkan mengidap slip disc. Doktor mengarahkan dia untuk menjalani pembedahan bagi memulihkan slip disc yang dihadapinya. Namun dia berusaha mencari alternatif lain utk mengelak dari melakukan pembedahan. Alhamdulillah hampir sebulan lebih menggunakan waist nipper, masalah slip disc semakin pulih dan sekarang boleh bergerak bebas.

.
.
.
.

Sorry sangat lama tak update kat post nih. Actually banyak lagi testimoni2 pesakit Slip Disc yang berikhtiar menggunakan Premium Beautiful nih. Banyak sangat. Yang diatas nih few stories earlier. Yang latest banyak mak kongsikan di dlm facebook dan juga instagram. Untuk facebook boleh klik link nih seri mahani. 

Antara testimoni terbaru adalah dari seorang pengamal perubatan sendiri yang mengalami masalah slip disc semenjak pregnant. Boleh baca full story kat sini. 

For fast respond you may contact me via whatsapp/telegram or by call at my number 0163223094.

THANK YOU :) for read and spread this to help others. 


post signature

May 17, 2016

Adab BERGURU

10:33 AM 0 Comments

Sedikit perkongsian tentang adab dengan GURU.

BAGAIMANA ENGKAU MEMANDANG GURUMU?
Al Imam Ali bin Hasan al-Aththas mngatakan :
"Memperoleh ilmu, futuh dan cahaya (maksudnya terbukanya
hijab-hijab batinnya), adalah sesuai kadar adabmu bersama
gurumu. Kadar besarnya gurumu di hatimu, maka demikian
pula kadar besarnya dirimu di sisi Allah tanpa ragu".
(al Manhaj as Sawiy : 217)

Imam Nawawi ketika hendak belajar kepada gurunya, beliau
selalu bersedekah di perjalanan dan berdoa,
"Ya Allah, tutuplah dariku kekurangan guruku, hingga mataku
tidak melihat kekurangannya dan tidak seorangpun yang
menyampaikan kekurangan guruku kepadaku ".
(Lawaqih al Anwaar al Qudsiyyah : 155)

Beliau pernah mengatakan dalam kitab At Tahdzibnya :
"Durhaka kepada orang tua dosanya boleh hapus oleh taubat,
tapi durhaka kepada ustazmu tidak ada satupun yang
dapat menghapusnya ".

Habib Abdullah al Haddad mengatakan "Paling bahayanya
bagi seorang murid, adalah berubahnya hati gurunya kepadanya.
Seandainya seluruh wali dari timur dan barat ingin memperbaiki
keadaan si murid itu, niscaya tidak akan mampu kecuali gurunya
telah ridha kembali ". (Adaab Suluk al Murid : 54)

Seorang murid sedang menyapu madrasah gurunya, tiba-tiba
Nabi Khidhir mendatanginya. Murid itu tidak sedikitpun menoleh
dan mengajak bicara nabi Khidhir. Maka nabi Khidhir berkata,
"Tidakkah kau mengenalku ?

Murid itu menjawab,
"Ya, aku mengenalmu, engkau adalah Abul Abbas al Khidhir ".
Nabi Khidhir, " kenapa kamu tidak meminta sesuatu dariku ?".
Murid itu menjawab, " Guruku sudah cukup bagiku,
tidak tersisa satupun hajat kepadamu ".
(Kalam al Habib Idrus al Habsyi : 78)

Al Habib Abdullah al Haddad berkata, "Tidak sepatutnya
bagi penuntut ilmu mengatakan pada gurunya, "Perintahkan aku ini,
berikan aku ini !",kerana itu sama saja menuntut untuk dirinya.
Tapi sebaiknya dia seperti mayat di hadapan orang yg
memandikannya ". (Ghoyah al Qashd wa al Murad : 2/177)

Para ulama ahli hikmah mengatakan, " Barangsiapa yang
mengatakan "Kenapa ?" Kepada gurunya, maka dia tidak
akan bahagia selamanya". (Al Fataawa al Hadiitsiyyah : 56)

Para ulama hakikat mengatakan, " 70% ilmu itu diperoleh
sebab kuatnya hubungan ( batin, adab dan baik sangka )
antara murid dengan gurunya ".
Semoga kita semua termasuk murid yang baik dan mendapat
berkah dari guru kita.

SELAMAT HARI GURU.

post signature

May 8, 2016

Hebatnya Kamu WANITA

12:08 PM 0 Comments
Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Allah ???"    

Allah menjawab;
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"
"Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".    

 Malaikat menjawab dgn takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah menjawab,
"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari."

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Allah menjawab,
"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."
   
 "Untuk apa???", tanya malaikat.

 Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita."

Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki,
Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,
Dia mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.  

 Allah S.W.T berfirman:        
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
 Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,  namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya  untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

 "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
 Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

 "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

     "CINTANYA TANPA SYARAT".
Allahuakbar... specially dedicated kepada semua  wanita disana dan disini. Istimewanya seorang Ummi dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita.


post signature

Apr 18, 2016

Kesan ANTIBIOTIK semasa menyusukan anak!

1:40 PM 0 Comments
Masalah yang kerap berlaku kepada ibu yang menyusukan anak adalah ketika demam dan juga selesema. Ramai juga yang keliru dan risau anak yang disusukan akan berjangkit. Pengambilan ubat yang disarankan oleh doktor adalah digalakkan kerana ianya tidak memberi kesan kepada penyusuan.

Yang menjadi persoalan, apabila ibu2 ini diberikan antibiotik semasa demam mahupun selesema!
  • Antibiotik: Secara umumnya, antibiotik mempunyai potensi untuk mengubah kandungan flora dalam usus bayi dan mungkin boleh menyebabkan cirit-birit dan jangkitan kulat. Antibiotik dalam kumpulan penicillin, cephalosporin dan macrolide adalah dianggap selamat untuk ibu menyusu dan bayi. 

Untuk ibu2 yang risau tentang kesihatan anak tetapi dalam masa yang sama mengalami masalah kesihatan, disini mak kongsikan bagaimana untuk mendapatakn ANTIBIOTIK SEMULAJADI supaya mempercepatkan proses pemulihan serta tidak mengganggu anak yang menyusu!


................

Mesti ibu2 kat sini sangat familiar dengan BAWANG PUTIH. Bawang putih atau garlic bukan sahaja enak mnjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya ANTIBIOTIK yang dapat membunuh bakteria secara semulajadi. Padanlah pada zaman dahulu banyak petua menggunakan bawang putih bagi merawat banyak masalah kesihatan antaranya seperti kembung perut dan digunakan juga sebagai minyak urut. Selain itu, bawang putih dapat juga dapat melindungi daripada racun yang menyebabkan jangkitan.

Pengambilan  bawang putih segar ketika hamil dapat dapat mengurangkan risiko PRA-EKLAMPSIA iaitu kenaikan tekan darah dan kadar protein dalam urin. Tapi siapa la yang sanggup telan bawang putih mentah-mentah, kalau  pengemar bawang putih tu boleh mungkin. Tapi dengan adanya GARLIC HAI-O nih, anda boleh makan tanpa perlu risau rasa pahit dan mulut berbau.

Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema. Caranya hanya dengan mengambil pil garlic 2x sehari bersama air suam. Melalui  cara ini, ibu2  tidak perlu lagi risau untuk mengambil antibiotik dah!

Untuk  pengetahuan semua, bawang  putih merupakan ANTIBIOTIK SEMULAJADI dan selamat untuk ibu hamil atau pun ibu menyusu.

...............

BAGAIMANA GARLIC/BAWANG PUTIH MEMBANTU IBU HAMIL DAN IBU MENYUSU
  • ANTIBIOTIK YANG SELAMAT DAN SEMULAJADI - selamat untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit dari berjangkit seperti selsema,kulat,kuman,virus dan yis candida.
  • MENGHALANG ALERGI - meningkatkan  sistem imun badan seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asma, selsema, hepatitis
  • MEMPERTINGKATKAN SISTEM PENGHADAMAN - formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti  kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman
  • MERENDAHKAN TEKANAN DARAH TINGGI - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point
  • DETOKSIFIKASI - bawang putih mampu mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium iaitu logam toksik dari tubuh dengan pantas.
  • MENURUNKAN KOLESREROL - menurunkan kolesterol,LDL,trigliserid,dan kelikatan darah,mengurangkan bekuan darah,meningkatkan HDL,melindungi jantung dan menghalang strok serta penyakit koronari
  • MENCEGAH KANSER - membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser iaitu NITROSAMINE
  • MENSTABILKAN GLUKOS - menolong  menstabilkan glukos di dalam tubuh kita
  • ARTHRITIS - membantu mengurangkan bengkak-bengkak pada sendi serta sakit berkaitan akibat bengkak-bengkak tersebut.
  • MENGANDUNGI SPEARMINT - mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung

Kalau masih lagi was-was dengan pil GARLIC HAI-O ini bolehlah rujuk kepada doktor pakar kesihatan anda.

Diharap  dengan penerangan ini dapat membantu anda fungsi dan kebaikan tentang GARLIC HAI-O UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU.

Ibu2 juga boleh dapatkan pil ini dari agent2 HaiO yang SAH sahaja dengan harga RM44 (80biji) sebotol!!😍
post signature

Apr 15, 2016

Doktor pun SAKIT SLIP DISC.

1:00 PM 0 Comments

Doktor pun manusia juga. Sama macam kita. Takkanlah doktor terkecuali kan?

Oklah harini mak kongsikan kisah seorang DOKTOR yang diuji dengan masalah slip disc..those yang bermasalah yang sama, sakit belakang mahupun simptom2 awal severe backpain, do check it out..

Bila kita diuji dengan sakit.
betapa berharganya nikmat sihat.
Bila kita sihat, kita bantu orang lain untuk sihat juga..


........................................................

Hari ni menerima berita yg kurang enak untuk diri sendiri..
Berdilema sekejap..
Terjawablah persoalan..
18 bulan menderita sakit belakang.
Bermula sejak mengandung haritu.


Yes i had history of falling down during my pregnancy. 

Was that the cause? Yes or no. If yes, what structure is affected?
What treatment should i get?

I know there must be something causing the pain, but i am not sure what. Even all the doctors who have been seeing me so far plus the physiotherapists are not fully sure of what i am suffering of....


2 kali inject steroid + the painkillers.
Yet the pain never goes away.
Spine is really a complex structure.

We need MRI.
The MRI report came out today.
Oh masya Allah.

Diam, termenung, berfikir kat diri.
Ujian Allah datang dalam pelbagai cara kan?
Orang lain macamtu, kita macamni.
In sya Allah kita redha, sabar, usaha dan doa.

Bila direnungkan semula, la tahzan.
Sepatutnya, cukup bersyukur dah dengan apa yg Allah dah kurniakan selama ni.
Dulu nak angkat anak sendiri pun sakit, tak mampu.
Bayangkanlah anak menangis kita tak boleh angkat..

Only back pain sufferers will really understand.
Sebelum ni fully dependent pada pain killer & berjalan dengan antalgic gait ataupun tempang.
Sehingga ada beberapa orang speciallist yg tanya
"Kenapa you jalan macam ni? Are you in pain?"

Dah rasa sendiri berapa banyak painkiller yg kena makan dulu.
Alhamdulillah, sekarang boleh berfungsi dengan lebih baik.

When do i start seeing hope?
Kesakitan shuli, much much improve lepas shuli pakai Premium Beautiful pada siang hari.
Dan kemudian tidur di atas pelapik tilam BVSM malamnya.
Subhaanallah.
Sakit itu ibarat ditarik pergi sehingga kita boleh tidur lena.
Alhamdulillah.

Very good combination untuk relief kan sakit siang&malam.
In sya Allah akan terus istiqamah dengan produk kesihatan ni.
Cukuplah with the painkillers.
Shuli ikhtiar dengan cara ni, setakat mana yg boleh.
Mudah-mudahan everything will improve more and more.
To all back pain sufferers out there, i feel you. Don't lose hope.
Teruskan berusaha dan berdoa.

Yes i'm a doctor, but doctor is not God.
Doktor is a human being, who will have pain & disease like other human being.
And the painkiller is not cure.
The cure is out there, you have to look for it. With DOA.
And this, is the way i found.
Alhamdulillah.
post signature

Apr 4, 2016

CYST yang menghantui wanita!!

2:05 PM 0 Comments

[kisah benar ini mak ambil dari seorang customer yang mak perlu rahsiankan namanya]

Semalam dapat 1 stranger call from my blog reader. Dia bertanyakan PB. Dia bercerita sesuatu perkara yang buat mak rasa nak meletup!



........




"Kawan baik saya kak, dia baru buang cyst dia dalam rahim dia.. cyst dia sebesar kepala budak, perut membuncit mcm 7bulan! mmg takut tgk perut dia! memang kene buang secara pembedahanlah.

Selepas pembedahan dia nak sembuh cepat & nak cari sesuatu yg boleh stopkan pemberanakkan cyst2 tuh. Lagipun doktor dah pesan..mungkin cyst yg lain possible membesar semula ditakuti pembedahan lagi & lagi & lagi yg tak berkesudahan.

Jadi dia telah disarankan untuk guna PB sebagai healing & preventive action, dia terus pakai PB walaupun lps operation."

MasyaAllah!
Nak tahu apa yg berlaku selepas dia mengamalkan pemakaian PB secara konsisten????

Subhanallah!!!

* Luka pembedahan cepat sembuh, kulit2 bercantum rapi cepat dari kebiasaan, mmg 1 keajaiban.
* Kengiluan akibat pembedahan cepat hilang.
* Tiada sebarang pembesaran cyst berlaku.
* Cyst yg kecil2 completely mengecut! yg baru nak menjadi terus lenyap.
* Alhamdulillah sihat sampai sekarang, mmg xpercaya tgk perut sgt kemas.
* Kerisauan ttg cyst dah takde!

Alhamdullillah!!

Ini yg saya dengar dgn telinga sendiri. Seronok sangat jika kita dapat bantu org, add value to other people.

Allah Maha Penyembuh..yg penting ikhtiar!!

post signature

Mar 23, 2016

Tips menambah FOLLOWER di facebook!

10:35 PM 0 Comments

Assalamualaikum..

Post harini panjang sikit..harap yang termasuk bacalah sampai habis..mudah rupanya nak tambah follower nih..PERCUMA lak tuh!!

Nak tahu macamana sila teruskan membaca..😉
.
.
.
Haritu saya dh janji kan mcm mana nk popular di FB kan ?? Nk followers ramai kan ?? Ni sesuai untuk semua founder jutawan wannabe .

Jawapannya adalah minta pada Allah dan betulkan niat kita . Kita ni nk ramai followers sebab apa ? Supaya ramai like status kita ?? Atau supaya kita ni sng jual brg laku je ?? Supaya sng cari stokis ?? Salah tu !

Habis copywriting , story telling apa semua dan status bermanfaat tu mempengaruhi ke tak ?? Share tips pula perlu tak ?? Ya 4-4 ni perlu . Tapi dgn syarat ia kerana kita nk berdakwah . Nk ajak org lg dkt dgn Allah . Ini jalan mujahadah kita . Kita nakkan cinta dan redha Allah . Kita kena yakin Allah yg gerakkan hati org untuk follow kita .

Bila kita rasa ikut step 4-4 tu buat followers kita bertambah maka kita salah ! Keyakinan harus pada Allah . Pergi lah belajar dgn sifu mana pun , jika niat salah org tak kan follow anda . Kita ni sama lah mcm org musyrik kata Maulana Saad bila tak letak keyakinan pada Allah . Nanti saya akan terangkan lg apa Maulana Saad cakap .

Bila kita fikir kene banyakkan followers sebab sng kaut duit dan jual barang maka kita salah ! Jatuh musyrik juga ! Redha Allah tak akan ada dalam perniagaan kita . Sbb kita yakin followers beri kita duit padahal Allah beri kita kaya !

Bila kita letak "kaya" sebagai kiblat , itu yg terjadi copy paste status org dan rasa mcm status sendiri . Mentang2 org tu tak kesah status dia dicopy anda senang2 copy . Niat nya ?? Sebab nk org fikir itu ayat anda dan nak kaut untung lah ! Betol ? Jgn tipu . Lg 1 , tiruvasi dan olah status org lain . Dgn niat konon nak sebarkan ilmu baik dkt dgn Allah tpi dalam diam kita simpan niat nak ramai followers supaya sng buat duit . Aduhh ! Ini pun ciri org musyrik .

Bulan lepas followers saya 61,000 , sekarang 92,000 . Dalam masa 3 minggu sahaja . Apa saya buat ?? Anda boleh nampak dan tahu rasanya . Saya ajak anda kepada Allah . Saya betulkan niat supaya semua kena yakin pada Allah .

Adalah satu kerugian jika saya terus dgn kekhilafan lampau . Saya tak dpt manfaatkan followers saya dlm ni untuk saham akhirat saya . Saya gunakan anda untuk kaut pahala sbnrnya . Saya nk betolkan semua pemikiran jutawan wannabe ni.

Jgn sentap!!!
Buang semua yg busuk dalam hati tu .

Share jika anda rasa bermanfaat .
post signature

Mar 22, 2016

Doa untuk memperbaiki kehidupan di dunia dan akhirat.

6:51 PM 0 Comments

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang!!


ياَ حَيُّ ياَ قَيُّوْمُ

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri

بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Dengan rahmatMU aku memohon pertolongan

أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ

Perbaikilah untukku urusanku semuanya

 وَلاَ تَكِلْنِيْ اِلىَ نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ

Dan jangan Engkau ya Allah biarkan hidupku ditentukan oleh diriku walau kadar sekelip mata.

post signature

Siapa MUNAFIK sebenarnya?

1:31 PM 0 Comments

Kutipan tayangan mencecah hampir 16juta buat mak tertanya2 apa yang istimewanya cerita hantu nih yang ramai duk sebok nak pergi tengok. Mak nih jarang layan cerita seram2 tipikal nih cam lawak ntah pape pn ada, tapi kalini mak sangatlah beria dan teruja sangat nak pergi. Walaupun dalam hati ya Allah mampu ke tengok nih kang serammmm sangat cemana kan?

Seelok je habis appointment terus ajak kawan mak yang kebetulan ada kat area tuh untuk tengok sama-sama. Kurang-kuramg kalau takut sangat ada gak kawan. Kebetulan pulak hari bekerja terus beratur kat kaunter terus jek masuk wayang, takyah nak tunggu lama-lama. Sempat lagi tanya adik popcorn tuh seram ke idok???hahhaha nampak naw berani sangat!!

Apalahhhhhh yang best sangat cerita nih pn..mood suspend sbb masuk je wayang lengang tak ramai orang. Tengok time orang kerja memangla. Dengan skrin besar dan gelap phewwwwww memang boleh put into consideration mood keseraman tuh terus menjelma.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ntah dr mana dtgnya kekuatan berjaya tgk tanpa tangan di muka dan popcorn berterbangan..mungkin minda sudah bersedia barangkali..

Dr awal carik apa isi cerita..tp rupanya cerita ini pasal diri kita..buat diri berfikir sejauh mana kita beriman dgn rukun yg 6..sejauh mana kita menjaga iman dgn beramal 5 rukun itu.

Ntah byk sgt ayat2 sentap..balik je terus muhasabah diri..sampai ke saat ini rupanya banyak sangat ciri-ciri munafik itu ada dalam diri kita..kita pendosa yg sering membiarkan syaitan bermaharajalela memperdaya dgn bisikan halus..sikap was-was, pendendam, pemarah, buruk sangka, dengki, busuk hati, leka dengan dunia......😭😭

Bukan nak bg review,

tp kalau tgh buntu boleh tgk!!
kalau sedang carik jalan keluar dari kemelut diri pergilah tengok!!
kalau rasa diri sudah cukup baik dan hebat dari orang lain pergilah tengok!!

Sebab bila tgk sebenarnya tgh tgk diri kita yg berlakon..serammmm memikirkan untuk mengadap padaNya tanpa bersedia apa-apa!!

Bersediakah kita???


ALLAHU AKBAR...

post signature

Mar 18, 2016

9tips membina MINDA yang sihat.

12:33 PM 0 Comments

Salam Jumaat semua..harini mak nak apply tips no.3 yang mak kongsi pada post sblm nih..KONGSI BENDA BAIK..dapat je benda baik kongsikan pada orang lain..semoga kita dapat manfaatkan bersama!!


Cara-cara untuk membina MINDA yang sihat.


TIPS #1


 
 
TIPS #2
 
 
 
TIPS #3
 

 
TIPS #4
 
 
 
TIPS #5
 
 
 
TIPS #6
 
 
 
TIPS #7
 

 
TIPS #8
 
 
TIPS #9
 
 
post signature


Bagaimana menguatkan AURA?

10:20 AM 0 Comments

Semalam mak dah kongsikan apa itu aura dan bagaimana nak merawat aura dengan warna. Harini mak kongsikan macamana nak kuatkan aura yang dah kita bentuk tuh supaya menjadi magnet rezeki yang besar!!


Bagaimana cara utk kuatkan AURA tubuh kita dan besarkan MAGNET REZEKI?

1) Banyakkan beri salam pada orang or greet/wish pada orang. Orang barat sgt terkenal dgn budaya ini. Kalau keluar dr kedai dia mesti sebut "thank you, have a nice day". Rasa seronok je dgr. Mulut sentiasa ckp "tahniah" "well done" "proud of you" "thank you" dan paling penting doa kan orang selalu. Mulut kita kluarkan gelombang yg baik mmbentuk badan kita penuh dgn gelombang yg baik. Yang dah buat akan rasa lain dlm dirinya.


2) Kurang cerita aib/buruk or psl kejahatan orang. Perkara ini mmg effect pd aura badan. Ibarat pokok disembur racun. Sbb tu kita jual apa pun orang tak nak beli. Sifu kata "dalam byk sampah, orang boleh hidu bau busuk"


3) Suka kongsi perkara baik. Dapat je info yang baik suka SHARE kepada orang sekeliling. Bila Aura Kuat, susah nk jumpe penolakan. Jumpa je closing. Kekadang dpt rezeki terpijak. Entah siapa sms/whatsapp kita nk beli barang.  Best kan cmtu?


Mesti ramai yang cari TIPS nih kan tu sebab boleh baca sampai habis..😍😍 apakata kita terus apply jek semua tips nih..tak susah pn kan???


Mak doakan agar anda kaya dan berjaya..semoga bermanfaat!💋

post signature

Mar 17, 2016

Membentuk AURA hidup luar biasa.

5:38 PM 0 Comments

Kaitan AURA Dalam Pembentukan HIDUP LUAR BIASA.

Aura adalah MEDAN TENAGA ELEKTROMAGNETIK yang berputar mengelilingi badan kita. Medan tenaga ini mempunyai 7pintu tenaga, diwakili oleh warna-warna pelangi yang berada di badan kita dan lebih dikenali sebagai CHAKRA. 7 pintu chakra ini menerima segala tenaga-tenaga positif di sekeliling kita dan membantu kita membentuk keperibadian, rohani dan kehidupan kita.

Sekiranya pintu-pintu chakra ini tersumbat atau tertutup, kemungkinan kita mudah terjebak di dalam konflik atau masalah yang menjejaskan perkembangan kehidupan luar biasa. Sebab itu ramai mereka di luar sana berfikiran negatif, pemalas, hilang semangat, rezeki payah, stress dan pelbagai gangguan emosi, mental dan jiwa.


Bagaimana ingin merawat AURA?

  • Dengan mengamalkan amalan spiritual dalam checklist ini.
  • Pemakaian warna aura harian



Semoga bermanfaat!!!

Rujukan:
Checklist 30 hari pembersihan kolam jiwa.

post signature

SHOM Raikan Wanita!!

12:41 PM 0 Comments

Good day to everyone. Kindly remind our big day, SM/SSM  Recognition will be held on this Saturday, 19 March at IDCC, Shah Alam.

It's our (SHOM)  honored to handover 1000 roses to all beautiful women. This is the way we want to express our love and appreciation to all of our women entrepreneurs. At here, it's our pleasure to share you some beautiful quotes for you all to begin your day!

Hai-O, My choice for LIFE!!!

 
 


__________________

A gentle reminder from company. Our first award recognition for the year 2016 at new place!!!

Plus SHOM is giving away 1,000 roses for all the qualifiers!!!!!Mak is so excitedddddddddd!!


Thank You SHOM for the appreciation...





 
post signature

Feb 9, 2016

Apa Bestnya Vietnam??

2:27 PM 0 Comments

Nih kali kedua mak jejakkan kaki ke tanah Ho Chi Minh City. Last was masa preggy Emran, tapi setahun book tiket okehhh dari tak mengandung sampaila mengandung anak no2. hikkkkk eh ye laaa nak merasa gak bercuti-cuti oversea. Tapi kalini mak pergi ditaja sepenuhnya oleh SHOM. Mau tak best, bukan kena bayar sesen pn kan. Tambahan lak pergi ramai-ramai dengan rombongan Cik Kiah memang syiok habissss.


Alhamdulillah untuk percutian PERCUMA kali nih mak berjaya bawak dua orang anak didik terbang sama untuk merasa sendiri seperti VVIP. Semua ditaja kan, pergi bawak diri jek. Tahniah Dilaf dan Yani yang dapat qualify first trip ke Vietnam nih. Pasnih mak nak bawak lebih ramai qualifier untuk merasai sendiri bestnya bercuti dengan PIN dan SHOM nih.

Tapi kalau korang perasan kan, HCMC nih adalah destinasi tumpuan rakyat Malaysia juga tau. Ada yang datang balik hari je. Jadi best sangat ke sampai peniaga-peniaga sana fasih berbahasa Melayu dan RM pun boleh digunakan kat sana tau. Nampak naw ramai pengunjung dari Malaysia ye dok?
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ok apa bestnya ehhh...tempek dulu gambar sebelum mak tayang apa yang menarik kat HCMC tuh sampaikan kitorang nih macam tak reti reti nak balik dah...huhu
 


Haaaa nindiaaaa salah satu dari kegilaan rakyat Malaysia yang datang ke HCMC adalah memborong tudung. Cakap je fesyen macamana korang nak, semua ada dan harga jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Memang bukan setakat rambang biji mata, terus rabak jadinya. Ni hari pertama kejadian tau, akibatnya setiap hari kitorang berulang ke kedai yang sama sampai ke sudah. Dari tanak beli pape, end up beli sekodi okeh!!!


Ni lah yang menjadi lubuk rezeki rakyat Malaysia kat sini...KAIN COTTON VIETNAM. Korang kalau nak beli kain cotton yang cantik-cantik dan murah kan boleh pergi jengah page KAINOHKAIN ataupun AUDRABELLA WARDROBE...memang boleh sesak poket dibuatnya bila tengok kain-kain yang diorang jual. Tapi masa kami pergi haritu, currency Malaysia jatuh jadi harga kain cotton agak mahal (naik RM5-RM10) setiap pasang. Kalau nak beli dua 3pasang better beli je online dari pemborong kain nih, jauh lebih murah.


Selain kain cotton dan tudung, banyak juga lace yang dijual memang jauhhhhhhh lebih murah dari Malaysia. Mak nih tak pandai tengok kain lace, jadinya tak bernafsu sangat. Tengok macamtu jek..prada lace la nest bird la..hikksss


Tapi lace yang camnih lawa jugak kan an an an?? Nasib masa tuh mak punya pendinding kuat, jadinya takde berlaku impulsive buying dek mengikut hawa nafsu semata...ekekkekekke..oh yeeee semua semua nih kitorang bersiaran dari market Cho Ben Tanh tu. Tak jauh pun dari hotel yang kami duduk. Pantang ada masa lapang confirm ke sini la kami merayap sampaila hari terakhir. Memang semuanya membuat lontaran tanpa henti kot masa cuti-cuti FREE nih.

Oklah nanti mak cerita lagi apa bestnya tempat-tempat yang mak pergi okeh. Till then!!!muahhhhs

post signature

Feb 8, 2016

Leaving on a jet plane..

1:34 PM 0 Comments

ok 14 hari lagiiiiiii!!can you hear me bebeh....14 days to go.....Allah heksaitednya taktahu nak explain dah..takleh nak imagine yang mak berpeluang untuk jejakkan kaki ke negara Matahari Terbit tuh..Alhamdulillah syukur sangat sangat..mak ni orang kampung yang serba kekurangan tau, nak pergi jenjalan over the sea ni memang takde dalam list kehidupan pun..tapi dilahirkan susah tak bermakna selamanya kita memendam rasa untuk tidak merasa dan melihat sendiri keindahan yang Allah ciptakan untuk kita nikmati. Tidak bagi mak!! Selagi ada kudrat dan tenaga, mak akan kerah untuk kecapi apa sahaja yang mak nak sepanjang hidup ini. Tak larat nak putihkan mata wehhhhhhhh..di zaman-zaman IT ni lagilah mau merembes air mata darah tengok orang travel sana sini.




Last week dah dapat message dari HQ dan lead tour pun dah bagi full details itinerary sepanjang kat sana nanti. Mak of course sangat excited okei bila tengok aktiviti, memang kebabommmm syiok abis. Rupa-rupanya SHOM dah upgrade pakej percutian FREE kitorang nih tauu..bukan ke Osaka jek tapi  akan ke OSAKA, KYOTO dan KOBE... memang bertambah-tambah happy la sebab pergi 3 tempat sekaligus!!!!

Jadi group mak dijadualkan terbang pada 22hb Feb pada pukul 8.30 malam waktu tempatan menaiki Malaysia Airlines..yahoooo takde transit. Antara tempat tempat yang kitorang lawat antaranya:




Located halfway up Otowa Mountain in the eastern part of Kyoto City, Kiyomizu-dera is a historic temple that was established in 778, even before Kyoto became the capital of Japan. Since its foundation, the temple has burned down many times. Most of the current buildings were rebuilt by the third Shogun Tokugawa Iemitsu in the early Edo period (1631 to 1633).



Ada sesiapa nak kirim kimono ke???


 Gion Street


Haaaa yang nih pastinya tempat bergambar paling menarik sekali. Bukan senang nak sampai oiiiiiii haruslah bergambar sampai nak muntah. Kalau boleh di setiap bucu dan penjuru nak diabadikan sebagai kenangan serta sentapan mata korang gitewww!!:P




Yang nih la tempat paling ditunggu tunggu oleh semua orang dewasa..LOL..tunggu jek live update dari mak okeiiii ntah apa la yang mak naik nanti eh kat sana tuh!!wakakkakaaka

Tak sah kalau holiday FREE dengan SHOM nih tak pergi shopping..haaa amik dua hari berturut-turut tuh termasuk aktiviti bebas ikut suka nak beli apa sepanjang hari..


Shinsaibashi




Masa untuk membuat lontaran bertubi tubi secara berjamaah okeiii. Masa nih sorang sorang memang lupa diri. Ehhh kalau korang nak order barang, mak terima ye!!as usual boleh contact mak personally..mak memang suka belikan barang orang..ekekekkekekke

Jadi sepanjang percutian di Osaka - Kyoto - Kobe nih kitorang akan menginap di dua hotel nih..kalau mak pergi sendiri tak kot nak sewa hotel mahal-mahal macam nih kan..Alhamdulillah dapat juga peluang merasa bermalam di hotel hotel mewah secara PERCUMA..ya mak memang spesies jakun. Kan dah cakap tadi tak pernah, bila ada peluang camnih mak memang akan bersungguh untuk pergi jugak. Self reward dengan merehatkan diri dan bercuti-cuti dua kali setahun lak tuh. Am such a happy mompreneur! Thanks SHOM for treating us so well..memang VVIP treatment sungguh lah!


Imperial Hotel, Osaka



 Portopia Hotel, Kobe


Korang dapat rasa tak apa yang mak rasa nih....................haishh haishhhh semoga Allah permudahkan dan berikan kesihatan yang baik untuk menikmati percutian hebat yang ditaja penuh nih!!

Nanti mak sambung entry persiapan lak okehhhh!! 
 
post signature