Follow Us @seri.mahani

Dec 29, 2015

Antara KEPERLUAN dan KEHENDAK.




***Cerita sebenar dan benar..

Heboh dekat wall FB bila Awani mengetengahkan isu '2 kerja'.. masing-masing ada pendapat dan kefahaman sendiri.

Bukan perkara yang baru dan bukan sesuatu yang pelik bila ada dikalangan kita melakukan lebih dari satu kerja hari ini. Cuma persoalannya adakah extra kerja yang dilakukan itu satu kehendak (suka-suka) atau keperluan (wajib)?



***************

Kisah benar dari PIN Founder yg diceritakan oleh CDM Azizul Razman

Masih ingat lagi masa tahun 2010. Masa tu kami masih baru-baru nak kenal kehidupan. Seronok bila bekerja masuk opis hari2, hujung bulan dapat gaji..

RM2,000 (belum tolak apa2 lagi). Tu gaji kami masa tu. Banyak giler rasa bila setiap bulan masuk jumlah tu dlm bank. Maklumlah baru2 nak hidup takda apa2 komitmen. Just untuk makan pakai sendiri je. Takda nak sara org lain. Memang cukup dgn pendapatan banyak tu.

Tapi kami masih ingat walau pun masa tu duit Alhamdulillah cukup (konon nya dh rasa besar) kami masih mencari peluang utk buat 'pendapatan sampingan'..macam-macam kami cuba dari jual baju, tudung, minyak wangi hinggalah masuk skim-skim yg ntah apa2.. (haha kelakar pula bila ingat masa tu)

Kenapa nak extra income. Kata gaji dh cukup?

Jawapan dia sebab kami nak penuhi 'KEHENDAK' kami. Masa tu berangan nak pakai kereta, nak beli rumah, nak pergi melancong, nak shopping banyak-banyak dan lain-lain lagi. Maksudnya keperluan harian kami mmg cukup utk makan pakai tapi kalau nak rasa lebih, kami cari jalan buat income extra..

Tapi itu dulu........cerita 5thn lepas.

Berbalik pada situasi hari ini. Kalau pendapatan kami masih sama, mungkin banyak yang kami terpaksa korbankan utk kehidupan hari ini. Bukan tak boleh hidup, tapi ada bende yang perlu dikorbankan atau dikurangkan termasuklah impian untuk memenuhi KEHENDAK kami.

Bila tengok rakan-rakan sekeliling yang melakukan lebih dari satu kerja hari ini, terdetik persoalan adakah mereka melakukan extra kerja utk menampung 'KEHENDAK' mereka atau dah masuk ke fasa utk menampung KEPERLUAN?

Apa maksudnya? Bila kita bercakap tentang menampung keperluan, ia adalah satu perbelanjaan yang 'wajib' dan perlu dibelanjakan setiap bulan. Kalau kita tak penuhi, mungkin akan mengganggu sistem kehidupan normal kita dan keluarga. Sebagai contoh makanan, rumah, pengangkutan, sekolah dll.

TAKUT bila situasi sesetengah dari kita terpaksa melakukan lebih dari satu kerja sebab 'gaji' bulanan x cukup utk tampung keperluan asas keluarga. Dgn kata lain 'terpaksa' buat lebih dari satu kerja untuk HIDUP.

Syukur bila sebahagian dari kita masih lagi mampu berfikir dan berusaha untuk mencari jalan untuk melengkapkan keperluan diri dan keluarga dan tidak hanya mengharap sesuatu yang tetap sahaja setiap bulan (walaupun yang tetap dah negatif)

Tapi masih ramai yang masih berasa selesa untuk kekal dgn rutin harian tanpa mencari jalan penyelesaian walaupun perbelanjaan keperluan dh berada di tahap bahaya. Tak risau ke satu hari nanti kita x mampu nk bercakap tentang 'kehendak' bila 'keperluan' kita pun masih tak cukup


*****************

Kesimpulannya tak perlu terlalu ego dan sombong untuk tidak melakukan kerja extra atau mencari peluang menambahkan income jika 'keperluan' kita dan keluarga berada di tahap yang membimbangkan setiap bulan.

Tak perlu bercakap tentang 'kehendak' lagi sekarang sekiran nya kita masih 'malas' dan x melakukan apa yang perlu utk melengkapkan keperluan kita.

**sekadar perkongsian utk kita fikir-fikirkan bersama. Di mana tahap keperluan dan kehendak kita.. 😊
post signature