Follow Us @seri.mahani

Jun 18, 2015

Ramadhan Legacy Apps.


Assalamualaikum.

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua pembaca pembaca yang setia yang beragama Islam. Cepat je kan masa berlalu. sedar tak sedar Ramadhan dah bertamu lagi.



Since today adalah hari pertama berpuasa, malam tadi duk godek godek handphone apa yang boleh dimanfaatkan. Yelah dah memang takleh pisah kan dengan telefon korang tuh, apakata jadikan bulan puasa nih ianya memberi manfaat dari kita tengok perkara-perkara yang menguruskan pahala puasa kita. Terima kasih kepada this young group from Scotland yang mencipta aplikasi ni.





Tak kira korang guna handphone apa, boleh je download apps nih di telefon masing masing.



Apa yang bestnya??


  • Apps nih suruh kita tetapkan 3 goal yang kita nak capai sepanjang Ramadhan ni. Tak kisahla apa. kalau kita tahu nak tetapkan goal kita boleh pilih je dari apa yang diorang senaraikan whic is sangat2 helpful. Apps nih akan bantu kita untuk track record sejauh mana kita nak capai goal tadi.



  • Ada daily planner untuk track ibadah wajib yang kita lakukan setiap hari seperti solat dan puasa juga ibadah sunat yang lain seperti berapa page baca AlQuran.


  • Ada provide journal juga. Boleh tulis apa apa sahaja yang kita nak tulis at that moment yang boleh kita muhasabah nanti.

  • Like other social media yang lain, apps nih membolehkan kita berinteraksi dengan 10000 muslim di seluruh dunia yang menggunakan aplikasi ini.


  • Selain tu ada 'knowledge library' yang disediakan dalam bentuk pdf  mostly tentang ramadhan yang boleh kita jadikan bahan bacaan sepanjang ramadhan.

  • Tapi paling best ada doa, hadith dan ayat setiap hari.setiap hari kita akan dapat yang baru!!



Mari ajak semua kawan-kawan siapa sahaja download apps nih..kalau kita tak mampu nak letak handphone sekejap dari tangan jadikan ianya bermanfaat dan tempat untuk kita tingkatkan serta mengimarahkan lagi bulan mulia ini.

 

post signature