Apr 6, 2015

Smartphone; berniaga gaya kami!


Assalamualaikum.
Selamat hari isnin semua. Semoga harini bangun-bangun pagi kita dah niat untuk lakukan apa saja yang terbaik untuk hari ini. Harini PS bukan nak cakap pasal kerja ataupun hari Isnin..ngeeee walaupun dulu bila tibanya hari isnin, urat urat macam mengeras taknak pergi kerja. Tak tahulah kenapa tak bermotivasi langsung, bangun pagi mesti secuba daya nak create alasan untuk tidak pergi kerja huhu. Itu dulula sekarang tak dah. Setiap hari bangun pagi mesti dengan semangat yang baru. Mesti ada saja benda nak buat untuk penuhi satu hari tuh dengan sebaik-baiknya.


Ok berbalik soal kerja tadi, dulu zaman PS kerja penggunaan smartphone masih lagi rendah. Tak ramai pun pakai dan ada yang pakai tapi tidak melanggan pelan data pun, end up guna macam telefon bimbit biasa je lah. Zaman berubah dengan pantas. Penggunaa smartphone semakin berleluasa bermula pada tahun 2010 dan sekarang lambakan smartphone mampu milik menjadikannya antara pilihan utama. Namun penggunaan smartphone yang tidak dikawal banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Applikasi serta penggunaannya yang mudah hanya menggunakan skrin menyebabkan kanak-kanak mudah terdedah dan mahir menggunakannya. 


Tetapi tahukah anda hanya menggunakan SMARTPHONE sahaja anda boleh menjana pendapatan UNLIMITED!! (ok bukan skim cepat kaya mahupun money game,harini buat biz esok jadi jutawan!) Smartphone hanya medium perantara dalam memasarkan serta berkomunikasi dengan pelanggan. Applikasi percuma seperti FACEBOOK, INSTAGRAM dan juga BLOG adalah medium terpenting dalam kaedah pemasaran yang kami gunakan dan ianya terbukti berkesan. Selain itu penggunaan smartphone adalah lebih mudah dan bersifat mobile yang boleh dibawa kemana-mana. Ramai juga online seller menggelar handphone sebagai ATM mereka. Yelah dari mana-mana pun boleh buat transaksi belian tanpa perlu keluar.



--------------------------------------------------------------------



Hanya bermodal RM50 sebagai syarat untuk menjadi ahli Sahajidah HaiO, anda telah layak untuk berniaga bersama kami. Namun teknik dan strategi pemasaran untuk setiap ahli Sahajidah HaiO adalah berbeza mengikut kumpulan masing masing. Tapi Professional Intelligent Network (PIN) adalah antara perintis yang menggunakan kaedah pemasaran 100% secara ONLINE.



Bergerak secara berkumpulan adalah lebih mudah dan tersusun. Setiap bulan PIN akan merangka aktiviti untuk menaik taraf serta memperbaiki skill setiap dari ahli kumpulan bagi meningkatkan lagi kebolehan dalam menakluki pasaran global. Selain daripada kelas PERCUMA yang diadakan sebulan sekali ini ahli kumpulan juga digalakkan unuk hadir ke kelas juga PERCUMA yang diadakan di Dolomite Avenue setiap hari Rabu malam di bawah naungan CDM Azlan Deraman bagi mengukuhkan lagi skill kepimpinan serta perkembangan kumpulan.




Walaupun modus operandi menggunakan ONLINE namun hands on training kerap dijalankan bagi memastikan setiap usahawan baru tidak tercicir dengan perkembangan semasa serta teknik penguasaan pemasaran yang betul. Dalam perniagaan ini kami mementingkan AFTER SALE SERVICES kepada pelanggan supaya reputasi serta kredibiliti profile perniagaan kami tidak terjejas. Sebab itu sebelum usahawan dibenarkan turun padang, ilmu yang lengkap perlu dibekalkan terlebih dahulu.



-------------------------------------------



Pencen muda!!yaa itulah hakikatnya. Hanya menggunakan smartphone secara berkesan sejak mula membabitkan diri dalam biz ini menjadikan impian mereka suatu kenyataan. 




This women just simply amazing for me. Dalam tempoh setahun setengah menjalankan perniaagaan ini CikCida metakkan jawatan sebagai salah seorang eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang ini. Dalam usia yang muda belum mencecah 30-an beliau membuktikan tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. 




Sekarang kedua-duanya PENCEN MUDA. Enjoying the rest of life by spending time with the loved ones and the cutie lil bambam Ahmad Adrian. Muda, kaya dan berjaya itulah berniaga gaya kami. Semua orang mempunyai peluang yang sama tetapi bayaran pengorbanan itu tidak sama. Sanggup berkorban insyAllah kejayaan pasti ada.





post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...