Mar 11, 2015

Tapi............


Sindrom "Tapi"..... 

Ya! Anda bosan dengan hidup sekarang tapi........ Masih teruskan dengan kehidupan tersebut.

Ya! Anda mahu ubah hidup anda tapi...... Anda masih duduk ditakuk yang sama tidak bertindak mencari jalan merubahnya.

Ya! Anda benci hidup dengan masalah kewangan tapi ...... anda masih teruskan tambah masalah tersebut.

Ya! Anda tidak bahagia dengan apa yang sedang anda lakukan tapi..... Anda masih terus lakukan perkara yang sama! 

Ya! Anda benci dengan dosa yang anda sedang lakukan tapi.... Anda masih terus ulangi dosa yang sama! 

Ya! Anda tahu anda mesti kaya dan berjaya supaya anda boleh menyumbang lebih banyak serta menebus diri anda untuk kejayaan dunia dan akhirat tapi...... Anda pilih untuk rasa selesalah sangat! 

Ya! Anda tahu anda ada banyak impian yang perlu dicapai tapi ...... Anda tidak berikan komitmen untuk mencapainya! 

Ya! Anda tahu yang anda tidak ada ilmu untuk meningkatkan tahap kehidupan dan kewangan anda tapi ...... Anda tidak komited untuk belajar dari mereka yang telah terbukti berjaya! 

Ya! Anda tahu apa yang ditulis ini semua benar tapi..... Anda tetap teruskan baca, tidak berkongsi dan tidak nekad untuk bertindak! 

Semua impian adalah gagal jika tidak ada kuasa tindakan! 

Tapi.....??

Teruskanlah bertapi kerana malaikat izrail hadir nanti tanpa TAPI dan bertindak tanpa nanti. 

post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...