Mar 17, 2015

Kisah Menggilap MUTIARA.


Dah 3 hari berlalu tetapi bahangnya masih terasa sampai ke harini. Dan proses menggilap sebutir mutiara itu bukanlah mudah. Banyak proses yang dilakukan. Samada hasilnya adalah mutiara yang bersinar ataupun hanyalah karbon pensel tulis sahaja.

Alhamdulillah diberi peluang menghadiri Seminar Diamond Dolomite yang diadakan di Kuala Lumpur International Hotel pada Sabtu yang lepas (14 March 15) bermula seawal jam 9pg sehingga 11malam. Seminar ini diadakan cuma sekali setahun dan antara seminar yang dinanti-nanti oleh usahawan HaiO terutamanya di bawah naungan CDM Azlan Deraman dalam usaha menguatkan lagi barisan kepimpinan di peringkat Diamond.



Kelima-lima speaker di atas bukan calang-calang orang. Kesemuanya berpengalaman lebih 10tahun dan antara usahawan HaiO yang sangat berkaliber dengan sentuham-sentuhan emas dan ajaib mereka. Bukan hanya pandai berkata-kata, tetapi ilmu yang dikongsikan lahir dari pengalaman jatuh bangun dalam meniti perjalanan kejayaan sehingga ke hari ini. Rasa sangat-sangat bertuah berpeluang menghadiri seminar sehebat ini dan masa yang berlalu terasa sangat pantas tanpa sedikitpun sedar ianya sudah sampai ke hujung.



Majlis dipengerusikan oleh seorang icon SOHOnita yang tidak asing lagi iaitu CDM Salha Zain (TLC founder). Baru masuk usia 5tahun menjalankan biz nih namun pencapaian ibu muda 3 anak ini adalah sangat sangat memberi inspirasi terutamanya kepada usahawan generasi baru yang bergerak menjalankan perniagaan ini melalui ONLINE. Dari seorang surirumah biasa-biasa sahaja, beliau bangkit dan bertindak demi mengubah nasib keluarganya.



Speaker pertama ini berjaya membuatkan satu dewan menitiskan air mata bukan perjalanan kisahnya menyiapkan 2,000,000 sales Premium Beautiful dalam tempoh cuma 7 bulan..fuhhhhhhhh beliau sangat luar biasa..dalam tempoh iti juga dia menjalankan perniagaan ini tanpa mempunyai sebarang kenderaan sendiri. Semuanya menggunakan pengangkutan awam. Seorang bekas jururawat yang dulunya bertugas di HKL. CDM Zura Mustapha, ure such an amazing women!! Beliau tahu apa yang dia cari, takde alasan untuk berkata tidak dan hasilnya income pertama sahaja mencecah RM16,000. Satu sahaja yang beliau pegang, 

"Sesungguhnya kau tinggalkan ahli waris dalam keadaan berharta itu adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka meminta-minta ke sana sini." Hadis Riwayat Muslim



Speaker yang kedua iaitu CDM Ramzi telah membuktikan biz ini bukan hanya untuk kaum hawa sahaja. Beliau yang memulakan biz ini sebelum membawanya isterinya bersama-sama. Bayangkan seorang lelaki boleh menjual korset Premium Beautiful dan pakar untuk setiap inchi produk, jadi apa lagi alasan kita untuk tidak merebut peluang yang sama. Kejayaan dah memang lama terbukti di depan mata. Terasa diri ini begitu kerdil dengan ilmuNya..begitu banyak alasan yang dicipta sendiri ntah untuk apa..kurang sabar dengan ujianNya..tidak bersyukur dengan rahmatNya...hmmmm banyaknya diri ini cela!!



Speaker ketiga iaitu bekas seorang guru sejarah yang memulakan perniagaan ini hanya untuk memakai Premium Beautiful secara PERCUMA dan mencari sekadar RM500 sebulan bagi menampung perbelanjaan keluarga..asalkan cukup untuk selesaikan hutang yang ada katanya. Tapi jodoh, rezeki, ajal dan maut Allah yang tentukan. Siapa kita untuk menidakkannya. Yang berusaha pasti dapat ganjaranya, cuma masa membezakan. Berkat usaha dan kesabaran hanya dalam tempoh setahun lebih, CDM Azlini Sulaiman ini yang lebih dikenali dengan CDM out station (berulang dari Kuantan - Kuala Lumpur) setiap minggu, pendapatannya kini hampir mencecah RM70,000 - RM100,000 sebulan. Orangnya lembut tapi berbisa. Sentuhan emasnya berjaya melahirkan begitu ramai CDM yang ratanya adalah berpusat luar dari Lembah Kelang. 



Speaker yang keempat ini memang tak asing lagi bagi PS sendiri. Bonda CDM Hamisah Alias. Seorang bekas guru pendidikan khas yang begitu lembut tutur bahasanya. Bila bersembang terasa diri seperti anak kecil yang mengada perlukan perhatian. Tapi jiwa dan semangatnya kental sekeras kelikir. Merangkak dari bawah perlahan-lahan namun menyengat hingga sekarang. Walaupun usia dah menjangkau 40-an tapi semangatnya membara seolah anak muda. Tak pernah kenal erti jemu dalam membimbing rakan-rakan keluar dari kepompong selesa untuk sama merasa pencen muda dan berjaya. Syukur ditakdirkan bertemu dengan insan sebaik ini yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu tanpa mengira masa dan siapa.



Speaker terakhir untuk konklusi seminar, orang yang memang tidak asing lagi yang bertanggungjawab dalam menyatukan usahawan-usahawan di bawah bumbung Dolomite untuk memberikan nafas baru iaitu CDM Haji Azlan Deraman. Pertama kali berjumpa, orangnya sangat humble, lagaknya seperti orang kebanyakkan biasa biasa sahaja tanpa perlu berprotokol itu dan ini tapi setiap butir yang dikatakan adalah ilmu yang berguna. Beliau sangat-sangat berterima kasih kepada syarikat yang banyak memberi peluang serta platform untuk beliau bermula serta mambantu beribu orang di luar sana. Seorang bekas jurutera di sebuah syarikat terkemuka, mula menjalankan perniagaan HaiO bagi membantu isterinya CDM Siti Rohana dari segi pelan dan strategy. Bermula hanya mendapat income RM29 sahaja itupun dah cukup banyak baginya dulu tetapi sekarang beliau adalah salah seorang multimillionaire dan icon networking negara. Sikapnya yang cukup bersahaja serta tunduk setara tanpa rasa gah membuatkan dirinya disenangi ramai. Satu saja pesannya...apa apapn JALAN TERUS!!!!!


Barisan speaker speaker yang dipilih khas.

Mutiara mutiara Dolomite yang bergabung di bawah satu bumbung.

Mutiara-mutiara generasi baru di bawah kepimpinan CikCida bersama bonda Hamisah Alias.




Saya hanyalah orang biasa..
Yang mahu jadi luar biasa..
Bukan untuk diri saya..
Semuanya untuk MEREKA.


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...