Follow Us @seri.mahani

Mar 23, 2015

Hebatnya berniaga online mengembara ke JB!

11:31 AM 0 Comments

JELAJAH KEMBARA "HEBAT BERNIAGA ONLINE" ke Selatan JOHOR BAHRU!


TARIKH: 28hb Mac 2015

HARI: Sabtu

JAM: 2pm-5pm

TEMPAT: Johor Bahru

 ..............................................................................................................

AMARAN KERAS!!



JANGAN HADIR jika:-

  • Saya dah Bebas Hutang!

  • Saya TIADA Hutang personal loan bank, TIADA Hutang kawan2, TIADA hutang Saudara Mara!

  • Saya dah tak Perlu Bayar Kereta!

  • Saya dah tak Perlu Bayar Rumah!

  • Saya dah tak Perlu Bayar PTPTN!

  • Saya dah tak Perlu Bayar Kad Kredit!

  • Duit simpanan ASB saya dah melimpah lebih RM200k!!

  • Saya dah tak Perlu bagi Mak Ayah Duit sbb Mak Ayah dah Kaya Raya!

  • Saya dah Banyak sangat Duit!

  • Saya memang tiada masalah Kewangan langsung!


...................................................................................................

Jika ANDA mempunyai ciri2 di atas, saya ucapkan Beribu ribu TAHNIAH & SYABAS kerana anda sudah BEBAS dari segalanya dan ANDA tak Perlu hadir ke Roadshow ini!

Tapiii, Jika ANDA tiada ciri2 diatas, ANDA WAJIB HADIR jika tidak ANDA akan termasuk ke kancah "Hidup Terdesak!!"



JAMINAN: JIKA HADIR, Rahsia Hebatnya Berniaga Online bakal terbongkar!!:-


  • Strategi Berbisa & Rahsia kekal Jutawan!!

  • Network Melebar dan Melabuh seluruh Malaysia mahupun Luar Negara!!

  • Rahsia Buat Duit Gempak dalam Networking Sangatlah Kacang!!

  • Poket Harian RM 500- RM 2000 SEHARI!!

  • Rahsia Strategi Jualan TERBONGKAR sehingga kucar kacir hidup sampai upah assistant tak menang tangan Order Masuk Melimpah limpah!!

  • Income Bulanan Cecah hingga 5-6 Angka Sebulan!!

  • KERETA Mewah percuma!!

  • Melancong 2x Setahun ke Luar Negara PERCUMA!!


Nota: 
**Pemimpin-pemimpin Hebat Networking Malaysia sendiri turun Padang kongsi Rahsia Kejayaan dengan para2 Usahawan secara LIVE!**

ANDA Berminat?? 
ANDA mahu sertai?? 
ANDA betul2 SERIOUS untuk Hadir??

Jadi, Jangan lepaskan Peluang HEBAT ini yg Hanya SETAHUN sekali diadakan di Selatan tanah Air..!! Bagaimana??



PENDAFTARAN Dibuka Sekarang..!!
Daftar 1 orang : RM 30

100 penyertaan PERTAMA,
Daftar 3 orang : MELAYAKKAN Anda membayar RM 10 sahaja penyertaan.



Fast Action! Fast Result!


Hubungi saya segera!!!

(Jangan Salahkan saya jika saya katakan MAAF! FULL seating.!!)

"TEMPAT ADALAH TERHAD!!"


***Jangan ambil mudah peluang ini. Bantu orang tersayang anda merubah tahap kehidupan, kewangan, kebahagiaan dan keberkatan mereka.

Jumpa ANDA di Puncak Kejayaan!!
"Genggam BARA API, biar sampai Jadi EMAS"!!

Kemanakah Jelajah Kembara Jutawan "Hebat Berniaga Online" selepas ini??

Nantikan Kemunculan kami di Pantai Timur..! Pantai Timur..!

post signature

Mar 17, 2015

Kisah Menggilap MUTIARA.

10:28 AM 0 Comments

Dah 3 hari berlalu tetapi bahangnya masih terasa sampai ke harini. Dan proses menggilap sebutir mutiara itu bukanlah mudah. Banyak proses yang dilakukan. Samada hasilnya adalah mutiara yang bersinar ataupun hanyalah karbon pensel tulis sahaja.

Alhamdulillah diberi peluang menghadiri Seminar Diamond Dolomite yang diadakan di Kuala Lumpur International Hotel pada Sabtu yang lepas (14 March 15) bermula seawal jam 9pg sehingga 11malam. Seminar ini diadakan cuma sekali setahun dan antara seminar yang dinanti-nanti oleh usahawan HaiO terutamanya di bawah naungan CDM Azlan Deraman dalam usaha menguatkan lagi barisan kepimpinan di peringkat Diamond.



Kelima-lima speaker di atas bukan calang-calang orang. Kesemuanya berpengalaman lebih 10tahun dan antara usahawan HaiO yang sangat berkaliber dengan sentuham-sentuhan emas dan ajaib mereka. Bukan hanya pandai berkata-kata, tetapi ilmu yang dikongsikan lahir dari pengalaman jatuh bangun dalam meniti perjalanan kejayaan sehingga ke hari ini. Rasa sangat-sangat bertuah berpeluang menghadiri seminar sehebat ini dan masa yang berlalu terasa sangat pantas tanpa sedikitpun sedar ianya sudah sampai ke hujung.



Majlis dipengerusikan oleh seorang icon SOHOnita yang tidak asing lagi iaitu CDM Salha Zain (TLC founder). Baru masuk usia 5tahun menjalankan biz nih namun pencapaian ibu muda 3 anak ini adalah sangat sangat memberi inspirasi terutamanya kepada usahawan generasi baru yang bergerak menjalankan perniagaan ini melalui ONLINE. Dari seorang surirumah biasa-biasa sahaja, beliau bangkit dan bertindak demi mengubah nasib keluarganya.



Speaker pertama ini berjaya membuatkan satu dewan menitiskan air mata bukan perjalanan kisahnya menyiapkan 2,000,000 sales Premium Beautiful dalam tempoh cuma 7 bulan..fuhhhhhhhh beliau sangat luar biasa..dalam tempoh iti juga dia menjalankan perniagaan ini tanpa mempunyai sebarang kenderaan sendiri. Semuanya menggunakan pengangkutan awam. Seorang bekas jururawat yang dulunya bertugas di HKL. CDM Zura Mustapha, ure such an amazing women!! Beliau tahu apa yang dia cari, takde alasan untuk berkata tidak dan hasilnya income pertama sahaja mencecah RM16,000. Satu sahaja yang beliau pegang, 

"Sesungguhnya kau tinggalkan ahli waris dalam keadaan berharta itu adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka meminta-minta ke sana sini." Hadis Riwayat Muslim



Speaker yang kedua iaitu CDM Ramzi telah membuktikan biz ini bukan hanya untuk kaum hawa sahaja. Beliau yang memulakan biz ini sebelum membawanya isterinya bersama-sama. Bayangkan seorang lelaki boleh menjual korset Premium Beautiful dan pakar untuk setiap inchi produk, jadi apa lagi alasan kita untuk tidak merebut peluang yang sama. Kejayaan dah memang lama terbukti di depan mata. Terasa diri ini begitu kerdil dengan ilmuNya..begitu banyak alasan yang dicipta sendiri ntah untuk apa..kurang sabar dengan ujianNya..tidak bersyukur dengan rahmatNya...hmmmm banyaknya diri ini cela!!



Speaker ketiga iaitu bekas seorang guru sejarah yang memulakan perniagaan ini hanya untuk memakai Premium Beautiful secara PERCUMA dan mencari sekadar RM500 sebulan bagi menampung perbelanjaan keluarga..asalkan cukup untuk selesaikan hutang yang ada katanya. Tapi jodoh, rezeki, ajal dan maut Allah yang tentukan. Siapa kita untuk menidakkannya. Yang berusaha pasti dapat ganjaranya, cuma masa membezakan. Berkat usaha dan kesabaran hanya dalam tempoh setahun lebih, CDM Azlini Sulaiman ini yang lebih dikenali dengan CDM out station (berulang dari Kuantan - Kuala Lumpur) setiap minggu, pendapatannya kini hampir mencecah RM70,000 - RM100,000 sebulan. Orangnya lembut tapi berbisa. Sentuhan emasnya berjaya melahirkan begitu ramai CDM yang ratanya adalah berpusat luar dari Lembah Kelang. 



Speaker yang keempat ini memang tak asing lagi bagi PS sendiri. Bonda CDM Hamisah Alias. Seorang bekas guru pendidikan khas yang begitu lembut tutur bahasanya. Bila bersembang terasa diri seperti anak kecil yang mengada perlukan perhatian. Tapi jiwa dan semangatnya kental sekeras kelikir. Merangkak dari bawah perlahan-lahan namun menyengat hingga sekarang. Walaupun usia dah menjangkau 40-an tapi semangatnya membara seolah anak muda. Tak pernah kenal erti jemu dalam membimbing rakan-rakan keluar dari kepompong selesa untuk sama merasa pencen muda dan berjaya. Syukur ditakdirkan bertemu dengan insan sebaik ini yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu tanpa mengira masa dan siapa.



Speaker terakhir untuk konklusi seminar, orang yang memang tidak asing lagi yang bertanggungjawab dalam menyatukan usahawan-usahawan di bawah bumbung Dolomite untuk memberikan nafas baru iaitu CDM Haji Azlan Deraman. Pertama kali berjumpa, orangnya sangat humble, lagaknya seperti orang kebanyakkan biasa biasa sahaja tanpa perlu berprotokol itu dan ini tapi setiap butir yang dikatakan adalah ilmu yang berguna. Beliau sangat-sangat berterima kasih kepada syarikat yang banyak memberi peluang serta platform untuk beliau bermula serta mambantu beribu orang di luar sana. Seorang bekas jurutera di sebuah syarikat terkemuka, mula menjalankan perniagaan HaiO bagi membantu isterinya CDM Siti Rohana dari segi pelan dan strategy. Bermula hanya mendapat income RM29 sahaja itupun dah cukup banyak baginya dulu tetapi sekarang beliau adalah salah seorang multimillionaire dan icon networking negara. Sikapnya yang cukup bersahaja serta tunduk setara tanpa rasa gah membuatkan dirinya disenangi ramai. Satu saja pesannya...apa apapn JALAN TERUS!!!!!


Barisan speaker speaker yang dipilih khas.

Mutiara mutiara Dolomite yang bergabung di bawah satu bumbung.

Mutiara-mutiara generasi baru di bawah kepimpinan CikCida bersama bonda Hamisah Alias.




Saya hanyalah orang biasa..
Yang mahu jadi luar biasa..
Bukan untuk diri saya..
Semuanya untuk MEREKA.


post signature

Mar 11, 2015

Tapi............

11:47 AM 0 Comments

Sindrom "Tapi"..... 

Ya! Anda bosan dengan hidup sekarang tapi........ Masih teruskan dengan kehidupan tersebut.

Ya! Anda mahu ubah hidup anda tapi...... Anda masih duduk ditakuk yang sama tidak bertindak mencari jalan merubahnya.

Ya! Anda benci hidup dengan masalah kewangan tapi ...... anda masih teruskan tambah masalah tersebut.

Ya! Anda tidak bahagia dengan apa yang sedang anda lakukan tapi..... Anda masih terus lakukan perkara yang sama! 

Ya! Anda benci dengan dosa yang anda sedang lakukan tapi.... Anda masih terus ulangi dosa yang sama! 

Ya! Anda tahu anda mesti kaya dan berjaya supaya anda boleh menyumbang lebih banyak serta menebus diri anda untuk kejayaan dunia dan akhirat tapi...... Anda pilih untuk rasa selesalah sangat! 

Ya! Anda tahu anda ada banyak impian yang perlu dicapai tapi ...... Anda tidak berikan komitmen untuk mencapainya! 

Ya! Anda tahu yang anda tidak ada ilmu untuk meningkatkan tahap kehidupan dan kewangan anda tapi ...... Anda tidak komited untuk belajar dari mereka yang telah terbukti berjaya! 

Ya! Anda tahu apa yang ditulis ini semua benar tapi..... Anda tetap teruskan baca, tidak berkongsi dan tidak nekad untuk bertindak! 

Semua impian adalah gagal jika tidak ada kuasa tindakan! 

Tapi.....??

Teruskanlah bertapi kerana malaikat izrail hadir nanti tanpa TAPI dan bertindak tanpa nanti. 

post signature

Mar 5, 2015

MLM PENIPU.

10:35 AM 0 Comments

Berkesempatan berbicara dengan seorang sahabat. 

Hebatnya sahabat ni, dia dah pernah 'join' lebih dari 10 pelan syarikat MLM (multi-level marketing). Kenapa saya katakan beliau hebat? Sebab beliau tak pernah serik dan berhati kental. Kalau saya mungkin tak sekuat beliau kot.

Pengalaman beliau menyertai belbagai syarikat MLM membuatkan beliau lebih matang dalam memahami apa sebenarnya MLM ni. Senang cerita orangnya sangat berpengalaman dlm industri ini.

Persoalan yang biasa kita dgr betul ke MLM ni skim tipu, kayakan orang atas, rugi, bankrap dan sebagainya beliau kongsikan dgn saya.

Berikut adalah beberapa persoalan dan tips yg dikongsikan beliau, semoga perkongsian ini dpt memberi kefahaman kepada kita semua tentang MLM.
 


.............................................

Apa sebenarnya masalah MLM ni? Ramai sangat yang anti dan merasakan MLM ni satu igauan ngeri bila dengar?
 


MLM tidak pernah bermasalah tapi yang sebenarnya bermasalah adalah orang/manusia/makhluk yg bernyawa yang menjalankannya. 


Kenapa saya katakn begitu? 
MLM adalah salah satu kaedah pemasaran yang 'genuine'. Menggunakan sistem pemasaran bertingkat untuk meningkatkan dan mengembangkan liputan produk untuk sampai kepada 'end customers' dengan lebih mudah dan luas. Senang cerita MLM memudahkan produk utk sampai kepada pelanggan dari pelbagai lapisan dan membantu memaksimakan keuntungan menerusi sistem pemasarannya.
 

Masalah utama yang diciptakan oleh 'makhluk yang bernyawa' dlm MLM ni adalah bila mereka memanipulasi sistem sebenar MLM untuk tujuan keuntungan peribadi. Lebih mudah difahami bila ada segelintir yang mewujudkan sistem baru utk memaksimakan keuntungan dgn cara yang mudah dan cepat tapi menggunakan MLM sebagi 'topeng' mereka.

Ok agak berbelit. Kita simple kan, diorg ni cipta skim 'cepat kaya' dan declare sistem diorg ni adalah MLM. Realiti yang sebenarnya bercanggah dgn skim MLM sebenar.
 



.......................................................
 

Apa 'modus operandi' mereka ni? 
 
 

Kebanyakan syarikat2 ni akan mengatakan mereka adalah MLM dan akan memohon lesen utk didaftarkan sebagai syarikat MLM. Apa yg mereka lakukan sebenarnya bercanggah dgn sistem sebenar.

Mereka akan mewujudkan produk sebagai syarat untuk menutup agenda utama mereka. Realitinya produk mereka hanya sekadar 'ada' untuk kepentingan lain. Syarikat2 ini akan memulakan kempen pemasaran mereka dgn mewujudkan beberapa 'role model' yang berjaya. Mereka ini akan dijadikan proksi untuk memupuk kepercayaan org terhadap syarikat mereka.

Kehebatan syarikat2 adalah kerana mereka mempunyai dana yg besar (kebanyakannya dana dari luar negara) yg digunakan utk membayar proksi dan kempen pemasaran. Lagi hebat bila watak2 atau role model yg diwujudkan ini akan diberikan kereta mewah (luar biasa mewah), wang dan akan diubah menjadi org yg hebat dlm masa yang singkat.

Bila watak2 ini berjaya diwujudkan, kepercayaan org luar akan cepat tercipta. Lagi mudah bila proksi yg ciptaan ini dari golongan yg mempunyai follower seperti public figure dan sebagainya. Dengan mudah mereka boleh mencipta keuntungan berbilion hasil daripada watak dan cerita yg dicipta.
 




...........................................
 

Kenapa org mudah percaya dengan mereka?
Simple. 
Dengan menggunakan kaedah melahirkn impian dan dijadikan ia satu kenyataan dlm masa yg singkat.
 


Manusia sangat suka kepada sesuatu yang mudah dan memberikan pulangan yang besar. Senang cerita kalau ade skim yg boleh tidur hari2 dan duit masuk je hari2, maka berlumba-lumbalah umat manusia berebut untuk buat. Proksi yg diwujudkan adalah tarikan untuk menarik org lain untuk turut sama berimpian utk mencapai kejayaan yg sama. Bila wujud rasa keinginan yg kuat, mudah la mereka ni menarik mangsa2. Konsep yg sama macam mana penjebak burung gunakan untuk memikat burung.





...............................................
 

Macam mana nak kenal mereka2 ini dan syarikat2 skim penipu yang bertopengkan MLM?


1. Kaji syarikat mereka. Macam mana syarikat ini boleh wujud. Berapa lama syarikat ini dah wujud. Berapa ramai usahawan yg berjaya yg telah dilahirkan.

Kebanyakan syarikat2 ini wujud tak sampai setahun atau kurang dari 5 tahun. Ada yg menggunakan nama syarikat antarabangsa yg sedang membuka pasaran di malaysia. Ada juga yg claim sebagai subsidiari kepada sesuatu syarikat.

Kebiasaannya usahawan yang betul2 berjaya tak ramai. Kurang dari 100 org yang. Mungkin ada dlm 10 atau 20 org yg mempunyai 'sport car'. Mereka akan mengatakan kita adalah next usahawan yg berjaya yg bakal mempunyai sport car.
 


2. Kaji leaders atau model2 yang berjaya. Siapa mereka sebelum ini. Berapa lama mereka melakukan perniagaan ini. Berapa lama tempoh utk berjaya?

Kebiasaannya model mereka lahir kurang dari 1 tahun. Tiba2 keluar sebagai jutawan dan bawak sport car. Secara logik nya jutawan kurang dari 1 tahun agak mustahil bila syarikat yg ditubuhkan juga berusia kurang setahun.

Lagi best dan kalau rajin cuba siasat total income tax yg dibayar setahun sebagai seorg jutawan. Cuba juga cek 'no pendaftaran' sportcar mereka atas nama siapa (banyak online sistem yg boleh digunakn utk semak pemilik sebenar kereta dgn hanya menggunakan no pendaftaran kereta dan ic). Kebanyakan proksi2 ini diberikan kereta utk digunakan mengaburi mata prospek. Sebenarnya kereta2 tersebut bukan hak milik mereka. Ada yang disewakan khas atau diberi pinjam dlm sesuatu tempoh.



3. Periksa dgn SSM, KPDNKK tentang status syarikat tersebut. Apa perniagaan dan industri syarikat ini. Boleh juga panjang kan siasatan kepada jakim dan sirim utk status produk yg dikeluarkan. Kadangkala syarikat ini tidak menitikberatkan soal qualiti produk dan status produk.
 


4. Fahami sistem atau pelan pemasaran mereka. Kebanyakkan syarikat2 ini tidak memberatkan usahawan utk menjual produk. Produk hanya dibeli sekali dan selebihnya lebih memfokuskan kepada networking. Jangan terkejut jika mereka sebenarnya tidak pernah tahu tentang produk dan susah utk nk explain tentang produk. Tiada latihan tentang produk secara khusus diberikan.
 


5. Siasat siapa pengerusi, board of director atau founder syarikat. Berhati-hati jika mereka semua adalah org asing dan bukan dari malaysia. Jika mereka berpangkat dDatuk atau Tan Sri, cuba periksa adakah pangkat mereka tu valid. Banyak cara yg boleh digunakan untuk mengetahui kesahihan nya.
 




.....................................



Fakta 1
Percaya tak kebanyakan syarikat skim cepat kaya yg bertopengkan MLM akan wujud dan hilang dlm sekelip mata. Mereka akan wujud tak lebih dari 5 tahun dan kemudian hilang. Leaders atau pelopor syarikat akan hilang entah kemana. Ada yg ckp mereka2 ini ada lah sindiket yg beroperasi secara melopat-lompat dari satu negara ke negara yg lain.
 


Fakta 2

Proksi2 yang diwujudkan oleh syarikat ini juga tidak bertahan lama. Kebanyakan mereka akan melalui kehidupn biasa dam mungkin lebih susah selepas syarikat2 ini hilang. Anda mungkin pernah mengenali mereka2 ini.

Fuhhh memang seram bila dgr cerita tentang mereka ni. Ramai yg dh jadi mangsa dan percayalah masih banyk syarikat2 yg seumpama ini yg sedang bergerak aktif sekarang. 




.............................................

Tips memilih syarikat MLM yang sebenar


1. Kaji latar belakang syarikat.
Berapa lama tempoh wujud, berapa ramai usahawan berjaya yang dilahirkan, kedudukan kewangan dan status syarikat di bank negara (boleh juga cek saham syarikat di BSKL). Syarikat MLM yang kukuh selalunya boleh bertahan lebih dari 10 tahun. Mereka mampu mengekal kan preatasi dan tidak pernah mengalami masalah dengan sistem pemasaran mereka. Jika sesebuah syarikat itu bermasalah, sudah pasti ia tidak akan dpt bertahan lama dan akan diaarah untuk tidak terus menjalankan perniagaan oleh kerajaan dan lesen mereka digantung. 



2. Buat pemeriksaan dgn SSM dan KPDNKK.  

Cari syarikat MLM yang mendapat pengiktirafan dari KPDNKK (bermaksud diiktiraf kerajaan dan menjalankan perniagaan mengikut garis panduan), lihat pencapaian dan anugerah yang pernah diterima oleh syarikat. (Penganugerahn tidak sebarangan akan diberikan jika syarikat itu tidak kukuh dan beretika).



3. Lihat kepada produk dan pelan pemasaran. 

Syarikat MLM yang genuine menitikberatkan produk yang dikeluarkan. Kualiti dan keselamatan produk menjadi perkara utama mereka. Mereka akan mendapatkan pengiktirafan dari SIRIM, KKM, JAKIM dan badan2 berkaitan untuk menastikan produk mereka berkualiti. Agen2 dan usahawan akan lebih memfokuskan kepada produk dan mereka mempunyai ilmu produk yang lengkap. Senang cerita mereka pakar dlm menerangkan tentang produk yang dijual.
 


4. Lihat kejayaan usahawan2 mereka.
 

Cuba lihat tempoh berniaga dan pencapaian mereka. Kaji dari mana mereka muncul dan bermula. Selalunya kejayaan mereka adalah logik dalm tempoh yang boleh diterima akal. Mereka akan meningkat naik secara berperingkat dan tidak akan terus keluar sebagai jutawan segera. Kejayaan dicipta dgn usaha berterusan bukan dgn dengan sekelip mata (magic).
 


5. Kejayaan usahawan dalam syarikat MLM tidak terhad. 

Semua usahawan mempunyai peluang yg sama untuk mencapai pangkat tertinggi dlm sesuatu tempoh. Pemberian bonus atau komisyen adalah logik berdasarkan sales bulanan dan kumpulan. Mampu menerangkan dgn jelas bagaimana bonus dia keluarkan dan pengiraan sebenar.
 




..........................................

Kalau diikutkan banyak lagi yang nak dikongsikan. Tapi cukup dulu untuk perkongsian kali ini. Objektif utama untuk kita semua berhati2 dan sedar dgn biz MLM yang kita sedang lakukan. Adakah ia nya MLM sebenar atau hanya satu skim 'Angan-angan' untuk cepat kaya.

Tiada jalan yang singkat untuk berjaya. Semuanya memerlukan usaha yang berterusan dan semangat yang tinggi. Realitinya tiada yang mustahil. Bertindak dan buat pilihan dengan bijak.

Saya sedia membantu anda untuk memahami dengan lebih jelas tentang MLM jika ia masih menjadi beban untuk anda fahami..

Sekadar perkongsian dari seorang sahabat
.


post signature