Follow Us @seri.mahani

Feb 9, 2015

A child in me; Gold Coast Part 3.


Cerita kat Gold Coast ni memang tak habis habis lagi..makan tahun baru nak siap..hiksss.. 

Oklah harini nak sambung hari ketiga di Gold Coast, kami ahli ahli rombongan cik kiah dah keluar seawal 8 pagi dah nak menuju destinasi berikutnya iaitu Movie World. Kemain awal kan sebabnya company dah chartered Movie World tuh 2jam awal...haaa amik diorg bukak dua jam awal semata mata nak bagi kitorang masuk dulu dan bersuka ria sebelum crowd lain masuk. Rasa macam anak raja gitu.


Seawal pagi kami dah terpacak kat situ menunggu diorang bukak pintu utama. Ada bendera Malaysia tau bangga jap.


Sebelum masuk.cam biasalah amik gambor dulu kat pintu masuk..iolls memang selalu lari dari tema sebenar dan juga memek muka yang ntah pape bila menangkap gambo..haishhhh.


Masuk je dalam Movie World tuh kami disambut dengan karakter kartun-kartun dari Warner Bros ni haa...semua mengalahkan budak budak weh nak bergambor sakan. Kalau ada anak ni confirm malu malu nak pergi tangkap gambor takpun suruh anak je bergambor dengan diorang.


Lepas sambut kitorang kat main entrance diorang nih temankan kitorang breakfast kat dalam tuh. Sambil makan sambil tangkap gambor..haa ikutle nak makan nak bergambor ke mana-mana pun boleh sebab takde orang lain dalam tuh kitorang jek. 

Marilyn Monroe pun ada..rasa cam nak suruh dia pakai PB jek..hikkks oppss

 Lepas breakfast terus beratur nak tengok show 4D...haaaa kanak kanak kannn tapi tak sengeri yang 9D masa kat Surfers Paradise tuh..yang nih biasa biasa jek..jerit memanja saja..LOL

Lepas tuh kitorang dibawa masuk tengok Stunt Driver nih..actually diorang tak bukak lagi yang nih untuk public masa tuh..so bangga sebab dapat rasmikan dulu..ngehhhh memang aksi aksi ngeri motorsikal dan kereta sangatlah seperti dalam tv action movie gitu!





Sempat posing sebelum masing-masing buat haluan sendiri.


Kat dalam tuh memang banyak betul indoor games yang sangat mencabar jantung dan perasaan. PS masuk yang pertama nih je sebab diorang cakap untuk budak-budak. Bila dah masuk dah takleh nak keluar dah sebab orang dah mula beratur kat penuh kat belakang. Fuhhhhhhh ngeri betul nak diceritakan. Nak menangis pun ada. Dalam tuh gelap wehhhhhh...Tuhan je tahu macam nak tercabut jantung rasanya. Siap reverse, turun la, mengundur la..haishhhh memang tak naik dah la lepas tuh...kitorang sambung main bumper car jek..barula happening!!

 Sementara nak menunggu perarakan kartun kartun..lepak kat padang dalam tuh..redup jek dalam tuh leh duduk tanpa risau sebab memang bersih. Kat tepi tepi tuh semuanya kedai kedai jual souvenir..haa pilih saja dan bayar.


Oklah habis jugak cerita hari ketiga kat Gold Coast ni..sebenarnya banyak lagi nak cerita. Tapi cukuplah takat nih ye dakkkk..Yang penting kita enjoyyyyyy!!

post signature