Follow Us @seri.mahani

Feb 11, 2015

2 years back in Kota Kinabalu.


I want everything put in here..my so called life diaries..hope one day both of my sons will read through all my journey and how they growing up and where they have been before..

2 tahun yang lepas..masa tuh Emran baru nak masuk setahun..my sister insist nak booking tiket flight murah Air Asia pergi KK..haha masa tuh Emran baru jek lahir, nama pun tak letak lagi..sebab nak tempah tiket terpaksa la buh nama siap-siap even masa tuh still undecided nak buh nama apa.


Nak dijadikan cerita almaklumlah setahun tempah tiket kan, kitorang separate 3flights..adik n husband naik earlier flight..myself n kakak naik flight yg nih and husband flight esoknya..ahahahahah memang kelakor kalau nak diingatkan..dah lah flight kitorang terpaksa patah balik..ada kerosakan teknikal katanya..so apa yang jadi sekarang dulu pn pernah jadi cumanya dulu tak heboh sangat macam sekarang..penerbangan yang patutnya amik masa 3jam tuh dah jadi berjam2 lamanya sbb nak landing balik - tukar flight - end up jd 6-7jam gitu!!

Ayahde, Elman and Amsyar.
Bila dah lewat tuh, sampai je kt KK adik dgn husband dia dh tunggu dah..lama gila diorg tunggu..kuikuikui..destinasi seterusnya kitorang terus menuju ke Kundasang. Sepatutnya kan sampai lebih awal jadi takdelah kegelapan, tapi nak buat camane kita mampu merancang. Perjalanan tetap diteruskan. Agak susah rupanya nak carik makanan kat KK nih. Dalam perjalanan menuju ke Kundasang kitorang singgah je satu restoren tuh..Alhamdulillah nasiblah menyelerakan dan boleh diterima tekak. Lepas makan kitorang beli barang makanan sikit untuk dibawa naik ke Kundasang.

Paling mencabar adalah perjalanan naik ke Kundasang. Cuaca dah makin gelap, sorang pun tak biasa jalan kat sana tapi kitorang redah je bertemankan kabus malam. Sangatlah thrill dan adventure. Alhamdulillah setelah beberapa kali uturn dan bertanya akhirnya samapi gak ke rumah penginapan kitorang betul-betul kt lereng gunung. Fuhhhh sejuk ya amat..heater pn tak boleh nak panaskan air..sangat sejuk!


Sampai je malam tuh terus unpack barang dan start buat bbq. Semua barang dah diorang sediakan. Chalet nama apa pn dah lupa dah. Tapi besar and sesuai untuk satu family sebab bilik pn interconnected. Ada beranda yang luas untuk BBQ. 


Siang hari bila hari dah cerah barulah nampak rupanya kawasan chalet tuh menuruni bukit perghhh begitu curam. Kami kena naik tangga sebab van yang kitorang sewa tuh tak pikap nak bawak semua orang bersama barang..huhuhu..seetlah berhempas pulas akhirnya naik gak van tuh ke atas..destinasi berikutnya adalah berjalan sekitar kundasang. Tengok Gunung Kinabalu dan pergi ke Kundasang Diary Farm.


Memang best tangkap gambar kat situ..rasa macam New Zealand lak..hikkkk.. Lepas berjalan jalan kat atas tuh barulah kami turun ke bawah sebab nak cari makan. Kat atas tuh taktahu nak makan kat ner. Turun pun kitorang pergi makan kat tempat yang sama sebelum naik ke Kundasang tuh..sebab kat situ jek tahu and sedap. lepas makan terus straight pergi airport then pergi check in hotel kat KK betul-betul area dekat dengan Pasar Philiphines tuh. Jadi aktiviti malam tuh adalah meronda ronda kat Pasar Filipina tuh.


Destinasi esoknya adalah aktiviti pantai. Kitorang decide pergi satu pantai jek instead of island hoping takut tak puas nanti. 


Kitorang pilih Sapi Island.


Lepas mandi main pasir snorkeling semua haaa ni lah hasilnya. Tidur dalam buaian di tepi pantai. Kat Pulau Sapi nih ramai gak pelancong luar. Diorang ada sediakan pakej seafood buffet jugak kepada sesiapa yang berminat.


Oklah dah habis pun cerita dua tahun lepas. fuhhh dua tahun baru siap entry nih.. kalau ikutkan memang tak puas rasa nak repeat jek lagi pergi KK.


Those ade tempat-tempat makan or penginapan yang best nk dikongsikan jangan malu malu nak komen ok.

Nanti PS sambung cerita cerita berjalan ke tempat lain pulak.

Ke korang nak jadi part of my story??
Jom Bangkok!!!confirm korang adalah sebahagian daripada cerita kenangan dalam hidup PS.

post signature