Follow Us @seri.mahani

Feb 27, 2015

Tinggal 24jam lagi..Premium Beautiful dengan HARGA BORONG!!

2:48 PM 0 Comments





**24 JAM SAHAJA!! (TAK PERNAH DIBUAT ORANG)


Tak nak cakap banyak..


Untuk tempoh masa TERHAD je ni!!









Kalau berhajat nak,



1. Cepat pasang badan
2. Kempiskan lelemak tepu di badan
3. Badan bak model victoria secret
4. Kagumkan para suami (dapat pahala ni)
5. Buat jiran sebelah terbeliak biji mata
6. Berhenti beli seluar XXXL
7. Hilangkan penderitaan wanita..
8. Macam-macam lagi lah


 

.............................................
 

Dapat kan 'PREMIUM BEAUTIFUL' pada harga BORONG!

Tak payah nak beli BORONG pun uolls..akak bagi harga BORONG terus!

Lagi BEST kalau rasa Harga BORONG tu tak menarik, meh sini laju-laju PM saya..akak bagi CASHBACK!!
Ye CASHBACK atau dalam bahasa kebangsaan PULANGAN TUNAI..

Mana pernah dibuat orang uolls.. main bagi pilih-pilih pulak. Harga dah la mengaum dapat lagi hadiah weii (sangat misteri yang bernilai RM522 untuk yang bertuah sajaaaa..uolls selalu bertuah ke idokk?)

 

24 Jam je.. 24 jam je.. 24 jam je..

 

Tak payah tunggu lagi.. PM je laju-laju untuk dapat kan harga dan promosi yang mengaum ni. Serius tak rugi pun. Bukan kene bayar pun kalau nk PM.

Details akak ade kat bawah tu haaa..PM jek..misscalled pn boleh..


 

PENTING!!

*Dah jangan buang masa.. 24 JAM SAHAJA!

*Promo habis/tamat - 12.01pm 28/02/2015 (rugi ko nyah kalau tak sempat)


 
 
post signature

Feb 15, 2015

The Fabulous PIN!!

1:04 PM 0 Comments

Ingat tak kelas PIN Social Media yang PS update last month??Ok boleh klik SINI if nak refresh balik..
Setiap aktiviti untuk Professional Intelligent Network (PIN) kami telah susun rapi pada awal tahun haritu.

Alhamdulillah everything goes well. Memang sangat happening and happy. Daripada projek manager, MUA, hijab stylist and of course food...everything superb.

Congrats team for the awesome effort and support.

   
 

 

 

 

 

 

As a marketing kind of person, ketrampilan juga memainkan peranan penting untuk memberi keyakinan terutamanya kepada pelanggan dan juga client. Sesi kali ni bertujuan untuk mendedahkan ahli PIN asas mekap serta menjaga penampilan.


First slot adalah mengenali alatan asas mekap MUA comei lotei Suzie. Rajin duk melayan kami yang ala-ala jakun tak pernah bermekap ni haa..macam-macam soalan pn ada..hahah.. Thanks jugak sebab recommend few brands yang bagus dan sesuai untuk daily use dan jugak event siang dan juga malam.


Next session adalah hijab tutorial oleh si kecil manis Candy Sofia. Antara deretan model yang menggayakan beberapa jenis belitan tudung sesuai untuk beberapa majlais mahupun santai.



Gambar atas tuh semua bermuka togel lagi sebelum di tata rias..tengok gambar atas nih semua dah transform macam-macam gaya pn ada.




Lepas je conteng-conteng muka, belit2 tudung semua...terus get ready untuk ke Bangkok pulak. Syida kongsi tips macamana nak qualify trip ke Bangkok dengan mudah. Work in a team ni memang best. Semua bersemangat. Kelas yang cukup padat dengan ilmu-ilmu yang baru..phewwww berbaloi2!

Sila jangan muntah layan gambar-gambar kami selepas make over ok!! Sebenarnya beraksi depan kamera nih memang paling payah bagi PS..susah btol nak buat muka photogenik..hikkks
 


Best kan kan kan??buat biz nih syokkk banyak benda baru boleh belajar setiap hari..dan paling best team yang memang happening dan sekepala..memang havoc habis..


Cant wait for the next training session..confirm lagi havoccccc!!

Till then.
post signature

Feb 13, 2015

dan Kelantan menangis lagi...

11:24 AM 0 Comments


12 Februari 2015 9.45malam.

Walaupun tidak mengenali beliau, namanya cukup sinonim dengan pemimpin berjiwa rakyat yang hidup dalam kesederhanaan dan sentiasa meletakkan Allah adalah segalanya dihadapan.

Jika ada yang belum mengenali beliau, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang cukup menarik ini. Semoga ianya menjadi manfaat kepada kita yang masih tinggal ini.


----------------------------------------------------------------------------------------


Biodata YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir : 1931
Tempat Lahir : Kampung Pulau Melaka, Kelantan.


PENGAJIAN

1. Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2. Universiti Deoband India
3. Universiti Lahore Pakistan
4. Universiti Al-Azhar
5. Sarjana Muda Bahasa Arab
6. Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan intitusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato' Muhammad Nur Ibrahim (bekas mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di deoban, India untuk mendalami ilmu fekah, usul fekah, tafsir al-quran, hadis dan lain lain.

Ketika di India, beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957, beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajarandi Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (MA) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama dua tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair pada Februari 1962.


PERKHIDMATAN

Pada 1962 beliau membuka sebuah sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengan Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma'had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.


BIDANG POLITIK

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.


PENDAKWAH

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap:
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistimewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.


PENGHARGAAN

1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.


PERKAHWINAN

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki. Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.


AHLI PARLIMEN YANG KOMITED

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.


AlFatihah.

post signature

Feb 11, 2015

2 years back in Kota Kinabalu.

12:03 PM 0 Comments

I want everything put in here..my so called life diaries..hope one day both of my sons will read through all my journey and how they growing up and where they have been before..

2 tahun yang lepas..masa tuh Emran baru nak masuk setahun..my sister insist nak booking tiket flight murah Air Asia pergi KK..haha masa tuh Emran baru jek lahir, nama pun tak letak lagi..sebab nak tempah tiket terpaksa la buh nama siap-siap even masa tuh still undecided nak buh nama apa.


Nak dijadikan cerita almaklumlah setahun tempah tiket kan, kitorang separate 3flights..adik n husband naik earlier flight..myself n kakak naik flight yg nih and husband flight esoknya..ahahahahah memang kelakor kalau nak diingatkan..dah lah flight kitorang terpaksa patah balik..ada kerosakan teknikal katanya..so apa yang jadi sekarang dulu pn pernah jadi cumanya dulu tak heboh sangat macam sekarang..penerbangan yang patutnya amik masa 3jam tuh dah jadi berjam2 lamanya sbb nak landing balik - tukar flight - end up jd 6-7jam gitu!!

Ayahde, Elman and Amsyar.
Bila dah lewat tuh, sampai je kt KK adik dgn husband dia dh tunggu dah..lama gila diorg tunggu..kuikuikui..destinasi seterusnya kitorang terus menuju ke Kundasang. Sepatutnya kan sampai lebih awal jadi takdelah kegelapan, tapi nak buat camane kita mampu merancang. Perjalanan tetap diteruskan. Agak susah rupanya nak carik makanan kat KK nih. Dalam perjalanan menuju ke Kundasang kitorang singgah je satu restoren tuh..Alhamdulillah nasiblah menyelerakan dan boleh diterima tekak. Lepas makan kitorang beli barang makanan sikit untuk dibawa naik ke Kundasang.

Paling mencabar adalah perjalanan naik ke Kundasang. Cuaca dah makin gelap, sorang pun tak biasa jalan kat sana tapi kitorang redah je bertemankan kabus malam. Sangatlah thrill dan adventure. Alhamdulillah setelah beberapa kali uturn dan bertanya akhirnya samapi gak ke rumah penginapan kitorang betul-betul kt lereng gunung. Fuhhhh sejuk ya amat..heater pn tak boleh nak panaskan air..sangat sejuk!


Sampai je malam tuh terus unpack barang dan start buat bbq. Semua barang dah diorang sediakan. Chalet nama apa pn dah lupa dah. Tapi besar and sesuai untuk satu family sebab bilik pn interconnected. Ada beranda yang luas untuk BBQ. 


Siang hari bila hari dah cerah barulah nampak rupanya kawasan chalet tuh menuruni bukit perghhh begitu curam. Kami kena naik tangga sebab van yang kitorang sewa tuh tak pikap nak bawak semua orang bersama barang..huhuhu..seetlah berhempas pulas akhirnya naik gak van tuh ke atas..destinasi berikutnya adalah berjalan sekitar kundasang. Tengok Gunung Kinabalu dan pergi ke Kundasang Diary Farm.


Memang best tangkap gambar kat situ..rasa macam New Zealand lak..hikkkk.. Lepas berjalan jalan kat atas tuh barulah kami turun ke bawah sebab nak cari makan. Kat atas tuh taktahu nak makan kat ner. Turun pun kitorang pergi makan kat tempat yang sama sebelum naik ke Kundasang tuh..sebab kat situ jek tahu and sedap. lepas makan terus straight pergi airport then pergi check in hotel kat KK betul-betul area dekat dengan Pasar Philiphines tuh. Jadi aktiviti malam tuh adalah meronda ronda kat Pasar Filipina tuh.


Destinasi esoknya adalah aktiviti pantai. Kitorang decide pergi satu pantai jek instead of island hoping takut tak puas nanti. 


Kitorang pilih Sapi Island.


Lepas mandi main pasir snorkeling semua haaa ni lah hasilnya. Tidur dalam buaian di tepi pantai. Kat Pulau Sapi nih ramai gak pelancong luar. Diorang ada sediakan pakej seafood buffet jugak kepada sesiapa yang berminat.


Oklah dah habis pun cerita dua tahun lepas. fuhhh dua tahun baru siap entry nih.. kalau ikutkan memang tak puas rasa nak repeat jek lagi pergi KK.


Those ade tempat-tempat makan or penginapan yang best nk dikongsikan jangan malu malu nak komen ok.

Nanti PS sambung cerita cerita berjalan ke tempat lain pulak.

Ke korang nak jadi part of my story??
Jom Bangkok!!!confirm korang adalah sebahagian daripada cerita kenangan dalam hidup PS.

post signature

Feb 9, 2015

A child in me; Gold Coast Part 3.

2:32 PM 0 Comments

Cerita kat Gold Coast ni memang tak habis habis lagi..makan tahun baru nak siap..hiksss.. 

Oklah harini nak sambung hari ketiga di Gold Coast, kami ahli ahli rombongan cik kiah dah keluar seawal 8 pagi dah nak menuju destinasi berikutnya iaitu Movie World. Kemain awal kan sebabnya company dah chartered Movie World tuh 2jam awal...haaa amik diorg bukak dua jam awal semata mata nak bagi kitorang masuk dulu dan bersuka ria sebelum crowd lain masuk. Rasa macam anak raja gitu.


Seawal pagi kami dah terpacak kat situ menunggu diorang bukak pintu utama. Ada bendera Malaysia tau bangga jap.


Sebelum masuk.cam biasalah amik gambor dulu kat pintu masuk..iolls memang selalu lari dari tema sebenar dan juga memek muka yang ntah pape bila menangkap gambo..haishhhh.


Masuk je dalam Movie World tuh kami disambut dengan karakter kartun-kartun dari Warner Bros ni haa...semua mengalahkan budak budak weh nak bergambor sakan. Kalau ada anak ni confirm malu malu nak pergi tangkap gambor takpun suruh anak je bergambor dengan diorang.


Lepas sambut kitorang kat main entrance diorang nih temankan kitorang breakfast kat dalam tuh. Sambil makan sambil tangkap gambor..haa ikutle nak makan nak bergambor ke mana-mana pun boleh sebab takde orang lain dalam tuh kitorang jek. 

Marilyn Monroe pun ada..rasa cam nak suruh dia pakai PB jek..hikkks oppss

 Lepas breakfast terus beratur nak tengok show 4D...haaaa kanak kanak kannn tapi tak sengeri yang 9D masa kat Surfers Paradise tuh..yang nih biasa biasa jek..jerit memanja saja..LOL

Lepas tuh kitorang dibawa masuk tengok Stunt Driver nih..actually diorang tak bukak lagi yang nih untuk public masa tuh..so bangga sebab dapat rasmikan dulu..ngehhhh memang aksi aksi ngeri motorsikal dan kereta sangatlah seperti dalam tv action movie gitu!





Sempat posing sebelum masing-masing buat haluan sendiri.


Kat dalam tuh memang banyak betul indoor games yang sangat mencabar jantung dan perasaan. PS masuk yang pertama nih je sebab diorang cakap untuk budak-budak. Bila dah masuk dah takleh nak keluar dah sebab orang dah mula beratur kat penuh kat belakang. Fuhhhhhhh ngeri betul nak diceritakan. Nak menangis pun ada. Dalam tuh gelap wehhhhhh...Tuhan je tahu macam nak tercabut jantung rasanya. Siap reverse, turun la, mengundur la..haishhhh memang tak naik dah la lepas tuh...kitorang sambung main bumper car jek..barula happening!!

 Sementara nak menunggu perarakan kartun kartun..lepak kat padang dalam tuh..redup jek dalam tuh leh duduk tanpa risau sebab memang bersih. Kat tepi tepi tuh semuanya kedai kedai jual souvenir..haa pilih saja dan bayar.


Oklah habis jugak cerita hari ketiga kat Gold Coast ni..sebenarnya banyak lagi nak cerita. Tapi cukuplah takat nih ye dakkkk..Yang penting kita enjoyyyyyy!!

post signature