Follow Us @seri.mahani

Jan 26, 2015

Social Media Expert.


Skop utama bengkel ini adalah untuk mendedahkan para usahawan tentang penggunaan sosial media sebagai mdium pemasaran yang paling berkesan. Pada hari Sabtu yang lepas, PIN Council telah mengadakan satu bengkel khas untuk usahawan usahawan Professional Intelligent Network (PIN) untuk memperbaiki lagi cara-cara pemasaran yang betul serta mendedahkan tentang kegunaan setiap media sosial dalam perniagaan.

Alhamdulillah bengkel berjalan dengan lancar. Sambutan di luar jangka kerana kami hanya mensasarkan hanya kepada beberapa orang newbie sahaja. Bengkel bermula seawal 10.30pagi di stokist B31, Bandar Baru Klang. Terima kasih kepada Miss Joyce yang sanggup datang awal untuk bukak stokist.


Terima kasih pada Fiza yang telah mengacarakan majlis dengan hebat sekali. Bangga mak tau..hikk..Dalam bengkel kali nih kami committee menekankan beberapa media sosial yang menjadi favorite as marketing platform seperti Facebook, Instagram, Fb Ads dan juga Blog.


CikCida telah memberi tanggungjawab kepada PS sendiri untuk memberi talk tentang penggunaan Facebook dan Instagram sebagai medium pemasaran berdasarkan pengalaman yang telah kami lalui. Dengan peningkatan pengguna Facebook hampir 14juta di Malaysia sahaja, secara tak langsung Facebook dipilih sebagai tempat pemasaran yang paling efektif dan mudah dicapai serta bersifat mobile. Namun, menjual di Facebook perlu ada strategi dan cara supaya ianya tidak nampak semak dan serabut.



Kemudian bengkel diteruskan dengan slot Fb Ads oleh Irda dan juga Nadia secara hands on. Fb Ads antara medium pengiklanan yang a bit tricky tapi paling berkesan untuk usahawan yang mempunyai kekangan masa. Penerangan yang jelas tentang kepentingan adanya Fb Page dan Fb Ads oleh kedua dua mereka bukanlah atas dasar teori sahaja. Tested and proven by both of them.


Slot berikutnya adalah tentang apa perlunya BLOG dalam perniagaan online oleh Azizul Razman. Kebanyakkan usahawan online sekarang adalah bermula dengan blog. Dan PS sendiri bermula dengan blog seperti CikCida dan yang lain-lain juga. Blog adalah medium yang mudah dicapai oleh carian google. Disini kami terangkan kepentingan blog dan tips-tips untuk meletakkan blog di page pertama carian google.


Slot penutup adalah ucapan ringkas dari founder PIN sendiri iaitu CikCida. Tak sah kalau setiap program tak mendengar dari mulut CikCida ni. Dan yang paling menariknya CikCida telah mengumumkan tentang next FREE trip Asia...serius best..dengan ONLINE semuanyaaaa mudah..semuanya di hujung jari!!





Till we meet the next training. 
Thanks everyone for coming and support. 

Semoga apa yang telah kami sampaikan sedikit sebanyak membantu dalam mengembangkan biz masing-masing.

Kepada sesiapa sahaja diluar sana yang ingin menyertai kami ataupun mahu memulakan perniagaan online, jangan RISAU kerana kami telah menyediakan semua untuk anda secara PERCUMA!!

Pelan Pemasaran, Training, Strategi, Tanpa Pusingan Modal, Tanpa stok yang melambak
semualahhhh kami ajar satu persatu!!

Lets PIN it.

PIN POWER!!

post signature