Follow Us @seri.mahani

Dec 25, 2014

TERKINI!! Banjir Di Pantai Timur Semakin Buruk!


Harini bangun nampak cuaca kat luar mendung je lagi...hmmm apalah nasib kawan-kawan dan keluarga mereka yang berada di Pantai Timur..dikhabarkan keadaan semakin buruk..banyak tempat-tempat penempatan banjir juga telah dinaiki air..dan kebanyakkan keluarga menyelamatkan diri di atas-atas bukit dalam keadaan gelap gelita dan kesejukan...takleh nak bayangkan..meleleh air mata memikirkan anak-anak kecil yang kesejukan dan kelaparan.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata banjir luar biasa yang melanda kawasan Pantai Timur negara adalah disebabkan fenomena ‘New Moon’. 

banjir di gua musang

Menurut Dr Mohd Hisham, fenomena itu berlaku apabila kedudukan bulan berhampiran dengan bumi menyebabkan air pasang dan mencetuskan banjir luar biasa. Lebih buruk, keadaan itu ditambah pula dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac. “Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena ‘new moon’ yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa. “Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk,” kata Dr Mohd Hisham. Tambahnya, hujan lebat dijangka akan berterusan sehingga awal Januari depan akibat daripada tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu.

Jumlah terkini mangsa banjir yang dilaporkan oleh Astro Awani sehingga malam tadi.


Sebarang aduan anda boleh hubungi nombor pusat kawalan seperti tertera di bawah.



Semoga Allah melindungi mereka dari segala ancaman bahaya dan diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian ini...
 
post signature