Dec 26, 2014

PIN POWER!!


2014 tinggal beberapa hari sahaja lagi nak melabuhkan tirai..betapa getirnya 2014 yang begitu banyak meninggalkan kesan-kesan hitam pada rakyat Malaysia, apapun terjadi hidup perlu diteruskan..entah bagaimana rupa 2015 pun we never know..hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik..kita sebagai manusia hanya mampu merancang..selebihnya berserah kepadaNya kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.

Untuk sama-sama menghadapi 2015 yang lebih mencabar (always prepare for the worst) kami beberapa orang leaders PIN (Professional Intelligent Network) telah bersepakat untuk mengadakan perjumpaan untuk mengkaji dan merangka semula aktiviti sepanjang tahun 2015. Perjumpaan telah diadakan di D'Rimba ClubHouse Kota Damansara.



Apa yang menariknya PS nak kongsikan disini adalah perbezaan latar belakang (professional background) setiap dari kami..Alhamdulillah ditemukan orang-orang yang hebat untuk sama-sama berbincang semeja..yang jelas bila tahap pemikiran kita adalah sama, mesej yang hendak disampaikan adalah lebih mudah dan komunikasi secara berjamaah ini lebih banyak memberikan input-input yang bernas dan menarik.




Untuk berniaga apatah lagi secara talian, kita perlu sentiasa cepat ke depan. Zaman teknologi adalah zaman yang terlalu pantas..kalau leka maka tercicirlah kita. Sentiasa upgrade ilmu sebab ilmu yang kita ada sahaja sekarang sangat-sangat tidak cukup untuk menghadapi 2015 yang ternyata jauh lebih mencabar.



Tak pernah ada istilah one man show dalam biz ni..semuanya dijalankan secara berkumpulan. Kan bekerja bersama-sama itu banyak meringankan beban dan ternyata jauh lebih hebat. Banyak aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang telah dirancangkan..muka semua sangat teruja nak berkongsi dengan partner-partner yang lain. Semoga apa yang telah kami rancangkan InsyAllah dipermudahkan. Semuanya adalah untuk kebaikan ahli kumpulan bersama....wiiiiiiii ai is tak sabar hokeiii!!

Of course nak ucap setinggi terima kasih pada CikCida yang selama ini memberikan komitmen yang sangat tinggi pada kumpulan walaupun masih dalam tempoh berpantang. Tak pernah pun bagi alasan untuk sentiasa bersama dan membantu. Buah fikiran dan perancangan yang keluar dari mulutnya adalah semata untuk kebaikan ahli kumpulan bersama.




Beberapa orang committee members yang dapat menghadirkan diri. Projek 2015 ni memang sangat awesome kebabommmm. Semoga 2015 ini menjadi titik mula kita terus maju ke depan bersama PIN!!


PIN POWER!!

post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...