Dec 6, 2014

Panduan Memilih Pusat Terapi Terbaik.


Assalam.

Harini rasa rajin nak berkongsi kisah rumah kedua Emran nih since ramaiiii yg pm/inbox/whatsapp tanya kat mana pusat terapi yang bagus untuk rehabilition. Apa yang PS cerita kat sini adalah berdasarkan pengalaman yg kami sekeluarga lalui sepanjang menjalani rawatan terapi Emran sejak dia berumur 10bulan lagi.


WQ Park ni adalah sebuah pusat terapi yang berpusat di Kelana Jaya yang menjalankan rawatan segala jenis terapi untuk bayi sehinggalah orang dewasa. Masa Emran buat rawatan dulu, Datok K pn ada..ngeeee.. Ok pemilihan pusat terapi nih bergantung kepada kesesuaian/chemistry pesakit/mak ayah dengan pusat terapi dan juga therapist itu sendiri. PS pada mulanya pernah bawak Emran ke pusat terapi yang lain tapi tak rasa feel dan kebetulan Dr. ada suggest WQ Park ni kemudian kami set appointment untuk mencuba di tempat baru.

Alhamdulillah feeling better than before. Sebelum mendapatkan rawatan terapi adalah dinasihatkan untuk mendapat nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengetahu jenis jenis terapi yang perlu dijalankan. Bergantung pada severity pesakit itu sendiri. Tapi PS kalau pergi je ke sini memang kena keraskan hati. Bayangkan kita tengok bermacam jenis penyakit depan mata dengan hiruk pikuk suara tangis anak-anak yang menjalani rawatan. Allah kalau tak kuat korang bergenang je air mata ok.



Therapist untuk setiap jenis rawatan pun kita boleh pilih. Yang ni penting sangat sebab nanti setiap kali rawatan dia yang akan handle dan chemistry antara dia dan pesakit itu sangatlah memainkan peranan. Emran memang sangat memilih. Ada beberapa orang therapist yang dia memang anti. Pernah menangis non-stop sepanjang menjalani rawatan.

Price wise range RM120-200 per session (1hour) lebih kurang. Diorang ada sediakan pakej jugak means few session per package so murah sikitla. Masa memula bawak Emran pergi terapi kami terus amik 2jam pny session. Tapi bila tengok baby ni takleh kita paksa sangat then kitorang buat hanya sejam je per session. Sebab jam ke2 tuh dia dah taknak dah macam kepenatan..crancky! Depends kalau korang rasa anak-anak boleh tahan 2jam session just continue.


Selain menjalankan rawatan terapi, pusat ini ada juga menyediakan program pendidikan awal kanak kanak yang istimewa ni. Kalau korang nak hantar seharian pun boleh half day pun ada. Untuk special case, setiap student memang khas seorang therapist. Bila kanak kanak ini dah boleh manage diri (berjalan sendiri) baru masuk dalam kelas khas secara kumpulan. Sama macam kindy biasa tapi yang kat sini focus lebih la sebab diorg kan special.


Kalau korang ada anak anak yang ada masalah celebral palsy, syndrome down, autism, hyper active and banyak lagi la boleh mencuba untuk membuat rawatan dekat sini. Pernah tengok seorang kanak-kanak celebral palsy mampu berjalan sendiri, rasa nak pergi peluk je.

Tapi apa yang PS belajar kt sini banyakkkk sangat. Sebenarnya pusat terapi hanyalah memberikan pendedahan awal kepada ibu bapa yang mempunyai anak SPECIAL NEEDS nih..yang paling penting ibu bapa tu sendiri untuk memberikan sepenuh perhatian juga kasih sayang serta dorongan kepada anak-anak semasa di rumah.

Alert okeh dengan perkembangan anak-anak kita..do something if you feel UNEASY!


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...