Follow Us @seri.mahani

Dec 22, 2014

NEO 2014 Tanpamu CikCida!


New Entrepreneur Orientation (NEO) 2014 telah diadakan pada 22hb November yang lepas. Majlis ini adalah salah satu inisiatif kumpulan di bawah naungan CikCida kita untuk memberi penjelasan lebih terperinci serta selok belok tentang perniagaan ini terutama kepada usahawan-usahawan baru. Bangga sangat sebab ramai yang datang dari seluruh pelosok negeri juga dari Sarawak untuk sama-sama menuntut ilmu.

Perancangan awal yang pada mulanya melibatkan CikCida sendiri terpaksa diteruskan walaupun beliau terpaksa bertarung di dalam wad bersalin pada masa yang sama. Tapi dalam keadaan begitupn sempat lagi kami berbincang pada saaat-saat akhir walaupun di dalam wad bersalin..hiksss..punyalah dia sangat sangat komited dan mengambil berat tentang program ini supayanya berjalan seperti yang dirancangkan. Ketentuan Allah tidak siapa boleh menduga. Walaupun tanpa tonggak utama, majlis Alhamdulillah dapat berjalan lancar.


Majlis dimulakan seawal jam 9pagi lagi..sekali lagi ianya berjaya memupuk usahawan usahawan PIN untuk menghargai dan menepati masa supaya lebih berdisiplin. Majlis dipengerusikan oleh Irda Idris dan dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Azizul Razman yang datang meninjau kelancaran majlis sebelum bergegas pulang ke hospital semula. 


Slot pertama dimulakan dengan paduan suara dan aura mak buyong kita Puan Najiha Sulaiman..datang dari Kelantan untuk sama-sama berkongsi cerita pengalaman juga ilmu asas bagimanakan memulakan perniagaan ini. Honestly memang PS kagum sangat dengan mek sorang nih. Dah ada syarikat construction sendiri tapi masih doing well dalam biz ni jugak. Sekarang tengah sarat mengandung anak ke3 tapi tak pernah menjadikan itu semua alasan untuk aktif dalam biz ni.


Memang kalau korang dengar mek sorang nih bercakap tak cukup sejam..meremang segala roma yang ada..sangat ber aura..fuhhhhh tak nampak macam pregnant kan??bersemangat waja..

 

Slot seterusnya adalah dari PS sendiri..CikCida telah bagi kepercayaan sepenuhnya kepada PS untuk menerangkan secara tekknikal tentang produk KILLER kami iaitu Premium Beautiful. Alhamdulillah selepas hampir dua tahun dalam biz nih, pengalaman banyak mengajar supaya boleh jadi salah seorang pengajar..dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari kerana ilmu itu takkan pernah cukup pun..semakin lama mencari semakin banyak yang kita tidak ketahui.

 

Selepas lunch break dan solat majlis diteruskan dengan aktiviti kumpulan..objektif utama adalah supaya setiap ahli kumpulan dapat mengenali antara satu sama lain serta ice breaking session lepas makan..hikkk..even it was a spontaneous idea, but it was FUN indeed.very short and catchy sketch..satu kelas gelak non stop..so real!! Glad u did it well Group 1..thats why ramai je lelaki yang boleh jual korset Premium Beautiful nih..they always know where is the HOT BUTTON. 


Dan slot yang ditunggu tunggu adalah slot dari kak Emma Raja Premium Beautiful. Kak Emma ni telah buktikan dengan hanya menjual Premium Beautiful dia boleh jadi Jutawan. hanya menggunakan internet sahaja boleh menjual berpuluh-puluh set sehari.  Can you imagine that?? Memang sangat menerujakan dan kami memang ambil semua tips yang Kak Emma bagi pada haritu untuk kami apply..n it really works..myself can close deal for PB buyer less than 30minutes!!thankssss kak emma for the useful tips..so inspired to be just like you.


Sebelum majlis berakhir, kami adakan satu slot khas bagi mengiktiraf pencapaian terbaik ahli-ahli kumpulan sepanjang 2014. We feel honored bila CDM Azlan Deraman sudi meluangkan masa datang memberi sepatah dua kata kata semangat serta menyampaikan anugerah kepada semua achiever!!


Sebelum majlis bersurai seperti biasa group photo session. Syukur sangat majlis berjalan dengan lancar. Harap segala kekurangan itu dapat kami perbaiki dari masa ke semasa. Semoga apa yang kami cuba sampaikan sedikit sebanyak dapat membantu usahawan di luar sana untuk terus berusaha bersama.

Bukti sudah ada di depan mata.
Jalan telah dibina.
Hanya perlu doa dan percaya.
Takkan berjaya kita tanpa usaha!!
P/S: gambar semua dari penangkap2 gambar yang amatur..hikkkss
post signature