Nov 24, 2014

Tempat Tinggal Paling Lama Didiami


[Kita Akan Duduk Lama di Alam Kubur]

Pagi ini hati saya tersentuh dan air mata mengalir mendengar perkongsian Habib guru saya tentang alam barzakh atau alam kubur. 

Semua orang pasti mati dan kematian adalah permulaan satu "kehidupan" yang lama menunggu hari kebangkitan ataupun mahsyar. 

Ada yang menunggu di alam barzakh mungkin 1,000 tahun, mungkin 2,000 tahun dan lebih lama lagi. 

Sedangkan kita menunggu giliran jumpa doktor di klinik beberapa jam pun kita tidak boleh sabar, apatah lagi beribu tahun? 

Ada yang di dalam alam barzakh hidupnya atau kuburnya menjadi seperti taman-taman syurga, ada yang lubang kuburnya menjadi seperti lubang-lubang neraka. Di soal tentang setiap apa yang kita lakukan di dunia yang singkat masanya ini.

Saya terus menangis kerana saya gerun dengan keadaan saya di alam barzakh yang saya sendiri pun tidak tahu bagaimana. 

Saya bertanya Habib, bagaimana saya mahu pastikan keadaan saya di alam barzakh dan di Mahsyar adalah terjamin elok? 

Habib menjawab, keadaan kita di dunia adalah menjadi satu misalan atau contoh bagi mengetahui di mana kita di sana nanti. 

Perhatikan di mana kita biasanya berada atau berkumpul di dunia? Di tempat berkumpulnya orang-orang solihin atau tempat-tempat yang dibenci olehNya? 

Perhatikan kita biasanya bergaul dengan orang yang bagaimana? Orang yang mendekatkan kita ke syurga atau ke neraka? 

Perhatikan berapa kerap kita berhubung dengan Allah swt melalui amalan serta zikir kepadaNya dan hubungan "contact" kita dengan Rasulullah saw melalui Selawat dan Salam kita serta menghidupkan sunnah yang disukainya. 

Perhatikan berapa banyak masa kita melakukan perkara yang memberi manfaat atau kebaikan kepada orang lain. 

Serta, niatkan setiap pekerjaan kita adalah sebagai ibadah untuk mendekatiNya dan mendapat redhaNya. 

Habib juga berpesan, khidmat kepada ibu bapa kita jika masih ada kerana itu juga kunci redha Allah swt kepada kita. 

Di manakah anda rasa keadaan anda di Alam Barzakh nanti? 

Wallahu A'lam.  


P/S: PS suka baca post Dr Azizan di laman facebook nya..dan terus berkongsi disini dengan blog reader tersayang..semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada kita bagaimana kehidupan kita yang abadi nanti!!
post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...