Follow Us @seri.mahani

Nov 4, 2014

Tempat Tempat Menarik Di Gold Coast Part 1


So kemana kita nak pergi di benua yang terkecil ini?? Awas entry ni banyak gambar!

Setibanya di Coolangatta Airport, Queensland Australia seawal 11pagi  kami terus menaiki bas menuju ke Paradise Country Farm. Keterujaan menjejakkan kaki di negara luar, semalaman perjalanan tak tidur pn mata masih lagi segar bugar. Oh ye, PS memang pakai premium beautiful all day long..n YES memang best travel companion especially long hours flight sebab badan-badan dan pinggang tak rasa sakit langsung.


Ok muka maintain je gitu walaupun tak mandi lagi..muahahahahah LOL. Sila ikuti kisah rombongan cik kiah ni pergi ke zoo haiwan (padahal zoo negara pn tak jejak lagi). Panas ok..sangat panas!!




Kalau korang bawak family dan anak-anak tempat ni antara tempat yang sesuai jugak sebab boleh mengenali haiwan-haiwan yang tiada kat Malaysia macam kangaroo dan koala bear. 


Kat sini konsep zoo lebih terbuka dan tak banyak pn haiwan yang ada..eh ke PS yang tak notice...kuikui.. Antara haiwan yang paling sinonim dengan Australia mestilah kangaroo kan. PS ni sangatlah penggeli. Orang lain rilek je bagi makan kat tapak tangan, PS suh kangaroo tuh makan sendiri atas kertas..akakakkaa. memang tak arrr nak suh makan kat tapak tangan, nanti ada yang melompat lompat kat situ.




Ada sekor lagi binatang yang semua orang duk bergambar sama..si koala bear. Mula mula konon macam berani la nak dukung...masa nak pegang tuh...ahahahahhaa memang dah menjerit kegelian..terpaksala cikcida yang pegang...kuikuikui. Duk terbayang si koala tuh nanti mencakar cakar la apala...memang takleh nak buat apa. PS is tak suka haiwan.


Kat sini ada pertunjukan yang cukur bulu kambing tuh. Sian kan kambing tuh tapi takpe nanti bulu tu tumbuh balik. Persediaan untuk musim sejuk. Musim panas bulu-bulunya kena shave siap-siap. Lepas je tgk semua haiwan-haiwan kitorang makan tengahari pn kat situ. Semuanya dah disediakan dan ditanggung HALAL. Lepas je makan kami sambung aktiviti berjalan bergambar berjalan bergambar berjalan bergambar. Itu jek lah kerjanya.









Selepas seharian di tengah panas ni, barulah kami pulang ke tempat istirehat...kat mana kami stay sepanjang di Gold Coast tunguuuuuuuuu next entry ok!!
post signature