Follow Us @seri.mahani

Nov 13, 2014

Pelam Asam Boi Paling Sedap.


Disebabkan oleh pelam asam boi nih dah jadi viral..penuh newsfeed dengan dia saja..those yang pandai ambil peluang siap buat biz lagi..

Sebelum ni tak sempat pn nak cuba buat pelam asam boi ni..lagipun PS memang dah biasa buat bezanya PS punya rendam dalam air gula dan garam..resipi tetap sama tapi tanpa menggunakan air!


Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Mempelam muda - ikut banyak mana nak makan
Garam - 1sudu makan
Gula - 6sudu makan
Cili padi - ikut tahap kepedasan masing masing
Asam boi - PS guna serbuk..beli kt MBG jek confirm sedap sbb tak masin



Kupas kulit semua buah mempelam tadi dan toskan. Supaya pelam tadi tak mudah basi.


Inila rupa serbuk asam boi MBG. Selalu ramai yang guna yang bijik bijik tuh tp PS selalu terbeli yang masin yang amat. So untuk elakkan daripada beli asam boi yang tidak diyakini beli jek serbuk ni haaa confirm rasa pn dah tahu cemana.


Ok yang nih PS dah nisbahkan gula n garam. Kena lebihkan gula dari garam, nanti termasin la pulak pelam asam boi kita ye. Cili tuh ikutla nak banyak mana. 5bijik ni pn dah pedas ya ampunnnn..lakiku siap berulang ke toilet ekekekkee (sapa suh habiskan kan kan kan)!


Ta daaaaa dah siap pn..senang jek dah gaul semua buh dalam peti ais. Dalam sejam dua pn dah boleh makan. krup krap krup krap rangup je bila dimakan..ecewahhhh

Selamat mencuba!

post signature