Follow Us @seri.mahani

Nov 3, 2014

MMR

MINDA MAGNET REZEKI

Dipetik dari kata kata Datok Azizan Osman. Ada 5 perkara yang mesti kita UBAH dan PERBAIKI setiap masa.


Pertama: KEBAHAGIAAN

Hidup ini bahagia bila merasa tenang. Setenang air. Bukan seperti air yang berkocak-kocak. Hidup ini adalah drama lakonan kita. Hanya kita yang berhak pilih drama mana yang kita suka..derita atau bahagia semuanya ada di tangan kita.


Kedua: KESIHATAN

Sihat sebelum sakit. Kesihatan adalah aset utana dalam diri. Menurut DAO lagi, bahagian dalam badan kita yang paling penting untuk kita jaga adalah hati. Berhati-hati menguruskan hati.

Apabila hati hitam, kita sudah mati walaupun hidup.
Apabila hati jernih, semua yang berlaku kita berlapang dada dan sentiasa berfikiran positif.


Ketiga: KEWANGAN

Antara bahagian terpenting dalam kehidupan manusia. Pernah dengar istilah duit melekat? DAO menjelaskan bahawa sindrom duit melekat hanya berlaku pada golongan manusia yang tidak mempunyai masalah kebocoran kewangan.

Beliau juga berkata, "apa yang kita tahu, menentukan tahap kewangan kita."

Untuk berjaya dalam aspek kewangan, sentiasa pergi menuntut ilmu berkaitan duit. Tanpa ilmu, kita akan terus kekal pada tahap satu.


Keempat: KEJAYAAN

Semua manusia yang mencipta kejayaan luar biasa mempunyai IMPIAN. Impian itu, mereka jayakan bersungguh-sungguh. Jika kita juga mempunyai impian, teruskan berjuang. Buat sampai dapat walaupun lelah dan penat. Apabila peroleh hasilnya, semua penat lelah dan tenat itu kita lupa.

"Setiap kejayaan bermula dengan PENGORBANAN." - Dr. Azizan Osman.


Kelima: KEBERKATAN

Bagi kita yang beragama Islam, apa sahaja yang kita lakukan hari ini kita mengharapkan keberkatan daripada Allah S.W.T. Tanpa keberkatan, semua usaha kita adalah sia-sia.

Cara paling senang memperoleh keberkatan dalam setiap perkara yang kita buat adalah: BERSYUKUR.



========================
Rahsia buat rezeki seronok melekat
========================

Apabila kita berjaya menambah baik kelima-lima aspek ini secara konsisten, kita sebenarnya sedang kuatkan magnet tarikan rezeki.

post signature