Nov 20, 2014

Korban Terakhir.


Assalam dan selamat hari Khamis.

Cepat je masa berlalu harini dah 20hb November 2014. Dah sebulan lebih nak siapkan post ni sampailah ke harini kena siapkan jugak. Mungkin ada sebab kenapa??

....dan mungkin inilah Korban Terakhir??

The back benches. Mummy, emran n cikwah!

Tak pernah PS sambut Hari Raya Haji semeriah tahun ni. Hasrat abang untuk membuat korban di Madrasah Ibrahimiah (rumah pusaka bekas peninggalan mak n bapak) Alhamdulillah terlaksana dan sangatlah meriah. Persiapan semua dah dibuat dan diuruskan sendiri oleh Abang Amat n Kak Ati (abg ipar n kakak yg tinggal di kampung). Sambutan dari orang kampung sangatlah diluar jangka..syukurrrrr sangat.

Bangsal kejobos (rewang)

Persiapan untuk melapah dan mengagihkan daging korban.

Bangsal untuk jemputan.
Seawal Subuh lagi kami dah bangun untuk menyiapkan persiapan akhir sebelum majlis korban bermula. Menyediakan makanan untuk tetamu dan juga orang kampung yang datang membantu. Terima kasih Abg Amat sebab jadi mastermind dalam program ni (taktahu siapa yg boleh ganti abg amat lepas ni!). Selepas je solat sunat AidilAdha, orang kampung dah mula datang. Lagipun kariah kampung PS ni solat sunat di surau kat depan madrasah ni je.


"Tiada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT dariapada Bani Adam a.s ketika Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah kamu dengannya." (Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.)

Orang kampung serta sanak saudara yang datang membantu.

Ustaz Madrasah Ibrahimiah juga turut serta bersama orang kampung.

Sesi melapah. Yang pakai kain pelekat tu mandor! :P

Waklong in action sambil diawasi oleh Emran.

Eh ok..lakonan semata ke real ni en shuben?



Selepas sesi melapah..Alhamdulillah rezeki orang kampung. Banyak jugak daging yang dapat diagih-agihkan.

Diketuai oleh adik.
Kariah perempuan datang untuk membantu menyiapkan hidangan tengahari untuk jemputan dan juga orang kampung yang datang bergotong royong.

Bahagian korban yang dijadikan hidangan tengahari.

Antara orang kuat bahagian dapur termasuklah yang pakai baju merah tu sebok interframe!

Seusai sahaja agihan korban siap, semua jemputan dijemput untuk makan. Semua lauk pauk haritu Ya Allah sedap sedap sampaikan kami pn tak sempat nak rasa lagi-lagi sup tulang. Bayang pn tak nampak. Zass sekelip mata licin.

Korban Terakhir.

Janji Allah itu benar. Yang hidup pasti mati. Betapa Allah sayangkan beliau, diambilnya diusia muda tanpa sebarang tanda. Allah kau ambil lagi seorang dari kalangan kami di saat kami masih memerlukannya. Namun perancanganMu adalah yang terbaik untuk kami. Kau berikanlah kekuatan kepada kakakku untuk terus menjalani kehidupan ini tanpa suami disisi selepas Kau berinya 20tahun kebahagian bersama.

Kamu kuat kakak!

AlFatihah. Semoga arwah Abg Amat ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...