Follow Us @seri.mahani

Nov 26, 2014

PROMOSI HEBAT CUTI SEKOLAH!

9:26 AM 0 Comments
Oklah lama dah tak buat promosi nihhh..

tapi sangatttttlah limited kepada yang bertuah sahaja!!

....

.....

......

.......

 

Disebabkan permintaan yang sangat tinggi pada bulan ini..

PS nak OFFER....jenggg


Dengan setiap pembelian 

4HELAI Pelapik Tilam Super Power

Bio Velocity Sleep Mate 

anda dapat

Sehelai lagi pelapik tilam ini secara PERCUMA

Dannnnn keahlian PERCUMA juga

Dannnnn CASHBACK RM500..

phewwwwwwww



BELI 4helai 
  
PERCUMA 1helai

PERCUMA KEAHLIAN  
 
CASHBACK RM500 
 
 
Untunggggg berganda gandaaaaa...
 
meh pakat ngan kawan2, adik beradik dan keluarga mehhhh!
 
 
limited sangattttt siapa cepat dia yang dapat! 




Apa istimewanya BVSM ni???

Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.

post signature

Nov 24, 2014

Tempat Tinggal Paling Lama Didiami

8:38 AM 0 Comments

[Kita Akan Duduk Lama di Alam Kubur]

Pagi ini hati saya tersentuh dan air mata mengalir mendengar perkongsian Habib guru saya tentang alam barzakh atau alam kubur. 

Semua orang pasti mati dan kematian adalah permulaan satu "kehidupan" yang lama menunggu hari kebangkitan ataupun mahsyar. 

Ada yang menunggu di alam barzakh mungkin 1,000 tahun, mungkin 2,000 tahun dan lebih lama lagi. 

Sedangkan kita menunggu giliran jumpa doktor di klinik beberapa jam pun kita tidak boleh sabar, apatah lagi beribu tahun? 

Ada yang di dalam alam barzakh hidupnya atau kuburnya menjadi seperti taman-taman syurga, ada yang lubang kuburnya menjadi seperti lubang-lubang neraka. Di soal tentang setiap apa yang kita lakukan di dunia yang singkat masanya ini.

Saya terus menangis kerana saya gerun dengan keadaan saya di alam barzakh yang saya sendiri pun tidak tahu bagaimana. 

Saya bertanya Habib, bagaimana saya mahu pastikan keadaan saya di alam barzakh dan di Mahsyar adalah terjamin elok? 

Habib menjawab, keadaan kita di dunia adalah menjadi satu misalan atau contoh bagi mengetahui di mana kita di sana nanti. 

Perhatikan di mana kita biasanya berada atau berkumpul di dunia? Di tempat berkumpulnya orang-orang solihin atau tempat-tempat yang dibenci olehNya? 

Perhatikan kita biasanya bergaul dengan orang yang bagaimana? Orang yang mendekatkan kita ke syurga atau ke neraka? 

Perhatikan berapa kerap kita berhubung dengan Allah swt melalui amalan serta zikir kepadaNya dan hubungan "contact" kita dengan Rasulullah saw melalui Selawat dan Salam kita serta menghidupkan sunnah yang disukainya. 

Perhatikan berapa banyak masa kita melakukan perkara yang memberi manfaat atau kebaikan kepada orang lain. 

Serta, niatkan setiap pekerjaan kita adalah sebagai ibadah untuk mendekatiNya dan mendapat redhaNya. 

Habib juga berpesan, khidmat kepada ibu bapa kita jika masih ada kerana itu juga kunci redha Allah swt kepada kita. 

Di manakah anda rasa keadaan anda di Alam Barzakh nanti? 

Wallahu A'lam.  


P/S: PS suka baca post Dr Azizan di laman facebook nya..dan terus berkongsi disini dengan blog reader tersayang..semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada kita bagaimana kehidupan kita yang abadi nanti!!
post signature

Nov 20, 2014

Korban Terakhir.

9:00 AM 0 Comments

Assalam dan selamat hari Khamis.

Cepat je masa berlalu harini dah 20hb November 2014. Dah sebulan lebih nak siapkan post ni sampailah ke harini kena siapkan jugak. Mungkin ada sebab kenapa??

....dan mungkin inilah Korban Terakhir??

The back benches. Mummy, emran n cikwah!

Tak pernah PS sambut Hari Raya Haji semeriah tahun ni. Hasrat abang untuk membuat korban di Madrasah Ibrahimiah (rumah pusaka bekas peninggalan mak n bapak) Alhamdulillah terlaksana dan sangatlah meriah. Persiapan semua dah dibuat dan diuruskan sendiri oleh Abang Amat n Kak Ati (abg ipar n kakak yg tinggal di kampung). Sambutan dari orang kampung sangatlah diluar jangka..syukurrrrr sangat.

Bangsal kejobos (rewang)

Persiapan untuk melapah dan mengagihkan daging korban.

Bangsal untuk jemputan.
Seawal Subuh lagi kami dah bangun untuk menyiapkan persiapan akhir sebelum majlis korban bermula. Menyediakan makanan untuk tetamu dan juga orang kampung yang datang membantu. Terima kasih Abg Amat sebab jadi mastermind dalam program ni (taktahu siapa yg boleh ganti abg amat lepas ni!). Selepas je solat sunat AidilAdha, orang kampung dah mula datang. Lagipun kariah kampung PS ni solat sunat di surau kat depan madrasah ni je.


"Tiada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT dariapada Bani Adam a.s ketika Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah kamu dengannya." (Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.)

Orang kampung serta sanak saudara yang datang membantu.

Ustaz Madrasah Ibrahimiah juga turut serta bersama orang kampung.

Sesi melapah. Yang pakai kain pelekat tu mandor! :P

Waklong in action sambil diawasi oleh Emran.

Eh ok..lakonan semata ke real ni en shuben?



Selepas sesi melapah..Alhamdulillah rezeki orang kampung. Banyak jugak daging yang dapat diagih-agihkan.

Diketuai oleh adik.
Kariah perempuan datang untuk membantu menyiapkan hidangan tengahari untuk jemputan dan juga orang kampung yang datang bergotong royong.

Bahagian korban yang dijadikan hidangan tengahari.

Antara orang kuat bahagian dapur termasuklah yang pakai baju merah tu sebok interframe!

Seusai sahaja agihan korban siap, semua jemputan dijemput untuk makan. Semua lauk pauk haritu Ya Allah sedap sedap sampaikan kami pn tak sempat nak rasa lagi-lagi sup tulang. Bayang pn tak nampak. Zass sekelip mata licin.

Korban Terakhir.

Janji Allah itu benar. Yang hidup pasti mati. Betapa Allah sayangkan beliau, diambilnya diusia muda tanpa sebarang tanda. Allah kau ambil lagi seorang dari kalangan kami di saat kami masih memerlukannya. Namun perancanganMu adalah yang terbaik untuk kami. Kau berikanlah kekuatan kepada kakakku untuk terus menjalani kehidupan ini tanpa suami disisi selepas Kau berinya 20tahun kebahagian bersama.

Kamu kuat kakak!

AlFatihah. Semoga arwah Abg Amat ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
post signature

Nov 19, 2014

6 Tips Menabung Hasil Pendapatan Yang Berkesan.

9:45 AM 0 Comments

Assalam dan selamat pagi rabu :)).

Harini PS nak kongsi cara-cara nak menabung hasil pendapatan kita. Tapi kalau yang ada side income lagi BEST tau nak apply tips ni sebabnya duit yang dapat dr hasil pendapatan sampingan tu boleh masukkan ke dalam tabung simpanan jangka masa panjang ataupun amount untuk setiap tabung itu akan bertambah.


TABUNG PERTAMA

55% untuk keperluan atau perbelanjaan


TABUNG KEDUA

10% untuk simpanan jangkamasa panjang (kecemasan ataupun untuk sesuatu tujuan seperti membeli aset)


TABUNG KETIGA

10% untuk pembelajaran anak-anak


TABUNG KEEMPAT

10% untuk bergumbira (holiday, family trip etc.)


TABUNG KELIMA

10% untuk kebebasan kewangan (tabung ni tak boleh usik walau apapn terjadi)


TABUNG KEENAM

5% untuk charity 


Selamat menabung!!

post signature

Nov 18, 2014

Tips Menurunkan Berat Badan Paling Mudah.

11:18 AM 0 Comments

Nak kurus takkk?
Sila baca sampai habis :P
....
......
.........

Dari 66kg, kini hanya 58kg! 

Puan Wan Nazrina
30 tahun

Seperti kebanyakan wanita, saya berputus asa dan merasa rendah diri dengan bentuk badan yang kurang menarik selepas melahirkan anak malah saya kelihatan lebih berumur dari usia sebenar. Saya merasa tercabar apabila rakan-rakan, saudara-mara terutama suami menegur mengenai perubahan bentuk badan. Sebaik sahaja kembali dari Amerika Syarikat, saya berazam untuk melakukan apa sahaja untuk mengembalikan bentuk badan. Masalah saya selesai apabila saya diperkenalkan kepada pakaian pembentukan badan berjenama Premium Beautiful.

Setelah mencuba selama 5 bulan, tubuh badan saya yang kurang menarik telah mula terbentuk semula seperti zaman remaja dahulu. Daripada berat 66kg, kini berat badan saya hanya 58kg sahaja, Yang paling membanggakan ialah suami telah memuji bentuk badan saya sekarang dan ini mengeratkan hubungan antara suami isteri dalam menempuh alam berumahtangga. Selain memiliki bentuk badan lebih menarik, saya kini berasa lebih cergas, sihat dan berkeyakinan kerana penyakit yang dihidapi seperti lelah, migrain, gastrik, tonsil dan sengal-sengal sendi semakin berkurangan dan mulai sembuh.

Dari pengalaman saya, untuk memiliki bentuk tubuh yang menarik dan kesihatan fizikal berpanjangan merupakan aset yang paling berharga dan tidak ternilai jika dibandingkan dengan wang ringgit.


p/s:
Tenkiu mek danis for testimonial.
post signature

Nov 14, 2014

If youre a WOMAN, you have to wear corset!

8:30 AM 0 Comments


Not all corsets are created equal. While all corsets have a common purpose of giving an hour-glass shape to a woman’s body, it has developed into a powerful tool which guides the wearer’s body to take its shape permanently. This may sound ridiculous to some people but a lot of women attest to the corset’s effectiveness in giving their bodies a beautiful shape with all the curves at the right places.


Body Beautiful: Physical Benefits

There are numerous reasons why women should wear Premium Beautiful Corset. It helps women with 
  • posture problems, 
  • it eases back pains/slip disc,
  • it prevents further bone structure damage for Scoliosis patients, 
  • avoid skeletal problems, 
  • it lessens frequency and intensity of headaches, 
  • it avoids back injuries, 
  • lessens the chances and intensities of menstrual cramps, 
  • avoids abdominal hernia cases, and 
  • it aids in the weight loss process.
  •  

Beauty and Brains: Cognitive and Affective Benefits

Based on professional studies, there are also mental and emotional reasons why women should wear Premium Beautiful Corset. 
  1. There are women who were able to overcome their eating disorders through consistent wearing of corsets. 
  2. It also helps women be more confident about their figure. This is actually therapeutic for women who have been victims of abuse. 
  3. There are also some women who wear corsets to prevent anxiety attacks, panic attacks, and to prevent depression. 
  4. This is also an effective way of keeping people with ADHD (Attention deficit hyperactivity disorder) focused at the present as they feel some sort of a structure that keeps them grounded.


What a Wonderful World: Psychosocial Benefits

Corsets help women maintain their poise no matter what. It gives them an air of confidence and authority. 

It also allows women to look and feel more feminine and attractive. A lot of women also confess that they feel empowered and in control whenever they wear a corset. 

This is one of the reasons why women should wear Premium Beautiful Corset.





Choosing the Best Corset

There are different kinds of corsets. Each kind has specific purposes which sets it apart from the other kinds of corsets.  One should consider her body figure and what she wants to achieve in choosing the perfect corset for her.

  • Long Brassiere. This is perfect for women who need extra push, extra support, and extra chest firmness. It maximizes one’s chest while flattening the abdomen. It also makes a woman’s body look slimmer and contours the body beautifully. 
  • Waist Nipper. Premium Beautiful Corset waist nippers feature the smart technology wires which provide comfortable support for a woman’s body. It makes a woman’s waist look a lot slimmer.
  • Long Girdle. This helps put displaced fats back to its original position, giving a woman’s body the beautiful shape that it should have. It features strategically designed cuts which make one’s buttocks, hips, waist, abdomen, and legs slimmer and look more feminine.


post signature

Nov 13, 2014

Pelam Asam Boi Paling Sedap.

6:00 PM 0 Comments

Disebabkan oleh pelam asam boi nih dah jadi viral..penuh newsfeed dengan dia saja..those yang pandai ambil peluang siap buat biz lagi..

Sebelum ni tak sempat pn nak cuba buat pelam asam boi ni..lagipun PS memang dah biasa buat bezanya PS punya rendam dalam air gula dan garam..resipi tetap sama tapi tanpa menggunakan air!


Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Mempelam muda - ikut banyak mana nak makan
Garam - 1sudu makan
Gula - 6sudu makan
Cili padi - ikut tahap kepedasan masing masing
Asam boi - PS guna serbuk..beli kt MBG jek confirm sedap sbb tak masin



Kupas kulit semua buah mempelam tadi dan toskan. Supaya pelam tadi tak mudah basi.


Inila rupa serbuk asam boi MBG. Selalu ramai yang guna yang bijik bijik tuh tp PS selalu terbeli yang masin yang amat. So untuk elakkan daripada beli asam boi yang tidak diyakini beli jek serbuk ni haaa confirm rasa pn dah tahu cemana.


Ok yang nih PS dah nisbahkan gula n garam. Kena lebihkan gula dari garam, nanti termasin la pulak pelam asam boi kita ye. Cili tuh ikutla nak banyak mana. 5bijik ni pn dah pedas ya ampunnnn..lakiku siap berulang ke toilet ekekekkee (sapa suh habiskan kan kan kan)!


Ta daaaaa dah siap pn..senang jek dah gaul semua buh dalam peti ais. Dalam sejam dua pn dah boleh makan. krup krap krup krap rangup je bila dimakan..ecewahhhh

Selamat mencuba!

post signature

Nov 11, 2014

Asbab Rezeki atau Pemberi Rezeki?

2:37 PM 0 Comments

Bila keyakinan (IMAN) betul, makan tindakan pun betul......

Hasilnya.....?

Pun betullah..

------------------------------------------------------------

TIPS ISTIMEWA UTK YANG BERNIAGA (seperti PS)

1. Customer itu Allah yang hantar. Nampak macam kita yang cari.

2. Sebagaimana, KESEMBUHAN itu Allah yang beri. Nampak macam ubat yang beri.

------------------------------------------------------------

Mari kita amati....

1. Andai customer itu kita yang cari; mengapa sukar mendapatkannya?

2. Andai ubat itu yang menyembuhkan; nescaya setiap yang makan ubat pasti sembuh.

------------------------------------------------------------

KESIMPULAN:

1. Kedai, ladang, kilang, pejabat itu adalah ASBAB ASBAB rezeki.

2.Begitu juga dengan namanya doktor, peguam, nelayan, kerani, guru dan lain lain. Terdapat berjuta asbab rezeki di dunia ini.

3. Namun pemberi rezeki hanya SATU....iaitu ALLAH.

------------------------------------------------------------

Maka, kini sudah fahamlah kita kemana sepatutnya tumpuan kita..

Kepada asbab asbab rezeki atau kepada Pemberi Rezeki...?

------------------------------------------------------------

Sedikit sahaja kita ubah....,maka berubahlah keadaan rezeki kita.

Kalau banyak yang kita ubah...?

Masya-Allah...



Dikongsi daripada facebook Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Ustaz Fathuri.



post signature

Nov 7, 2014

Penginapan PERCUMA di Surfers Paradise.

9:00 AM 0 Comments

 Setelah penat seharian eh hampir dua hari since perjalanan dari KLIA - Singapore - Queensbay Airport - Paradise Country Farm..and finally going to our temporary crib in Gold Coast. Tak sabarnya nak merebahkan badan (mandi juga :P).


Sepanjang 4hari 3malam di sana kami menginap di Outrigger Surfers Paradise Hotel. Memang 1st class treatment. Hotel betul-betul mengadap pantai. Rasa macam VVIP pn ada, takyah nak fikir apa. Semua dah tersedia. Jalan makan tidur..huhu

Masuk bilik, bukak je tingkap boleh nampak pantai. Saujana kebiruan mata memandang. Apatah lagi di negara orang. Feeling awesomeness...penat letih semua pn boleh hilang.


Meet my new ROOMATE for 3nights!!ahaksss


Lepas refresh semua..haha jangan harapla nak bergolek golek..rugila dah sampai tempat orang tapi nak duk dalam bilik je kan..ngeeeee. Hotel tuh memang strategik betul. Just walking distance je nak pergi mana-mana. Petang tu sebelum pergi makan malam, kitorang amik angin petang dulu. Lain rupanya rasa angin kay negara orang ni..haha LOL. 



Yang pasti, memang sangat bersih. Tak nampak pun sebarang sampah sarap. Traffic pun ok je. Lagipun kat sana diorang habis keje awal dan tutup kedai awal juga huhu. Kul 5pm tuh dah hampir semua kedai tutup. Tinggal kedai-kedai tepi jalan je yang buka.




Lepas je dinner (company sediakan..halalan toyyiban!!) terus sambung berjalan. HUH diorang ni memang sangatlah adventure. Singgah kat kedai cinema 7D. Ingatkan kedai wayang ke hapa..I is tak pernah pn tahu wujudnya benda ni. Nak merasa pny pasal join jugakla kan. Was actually a bit pricey almost 15AUD each person. Dahla diorang amik yang paling best katanya. hamikkkkkkk tobat wehhh nak masuk lagi..perghhhh ketor urat lutut semua...nak nangis pn ada..huwaaaaaa!!



Selepas diorang amik mood katanya sebelum nak pergi theme park esok, kitorang sambung berjalan. Gold Coast bukanlah tempat shopping pn. Kebanyakan kedai kat kawasan hotel tuh kebanyakkan jual barang-barang sports dan surfing macam Quicksilver, Roxy, Hurley n etc. Tapi kedai kat tepi-tepi jalan je..hiksss
Were heading to Surfers Paradise!!



Sampai je kat pantai memang sangat best ok. Pasir dia halus sangat. Ni bergambar dulu sebelum semua lupa diri berlarian kat pantai tuh. Kejar burung la melompat bintang bagai. Dan setiap malam sepanjang berada di Gold Coast ni kitorang pergi night walk berjalan jalan kat tepi pantai. First night ni tak adala shopping apapn lagi sebab banyak hari lagi. Cuci cuci mata jek dulu.




Surfers paradise beach.
 The three-kilometer strip of golden sand between Surfers Paradise and the Pacific Ocean is Australia's iconic beach, a postcard-perfect locale that conjures up 'paradise' to millions. 

Cantik kan??



Kat bawah ni antara kedai-kedai yang kitorang pergi. Sebenarnya banyak lagi. Tapi yang nih antara yang menarik untuk dipergi..ekekekke

The best churros ever. Before this dah try makan kt Malaysia tapi memang rasa sangat lain. Yang nih memang oil-free dan sangat yummeh. Masa beli tuh rasa macam banyak je tapi sekali makan memang tak cukup.



Makanan yang korang kena cuba bila pergi Gold Coast tadaaaa ni haaaa kebab. PS memang tak pernah teringin pn nak makan kebab kat Malaysia. Tapi since diorang cakap shud try kebab, cuba jek lah kan. Memang superb delicious juicy semua lahhhh.


 

Antara kedai yang kena pergi kalau berada di Australia ialah kedai Pandora. Sebelum ni tak amik tahu pn pasal accessories pandora ni. Bila dah sampai sini baru tahu memang sangat murah dari Malaysia (am taking orders too). Kedai pn haha macam kedai-kedai tepi jalan jek kalau tak pasan takde pn special kedai untuk pandora. Kami je lah yang memenuhi dalam tuh pergi borong pandora.


Kedai lain yang kena pergi macam biasala Hard Rock. Souvenir kan. Tapi masa ni tak banyak choice sangat tapi yang penting dapat special diskaun..hikkk



Semua kedai kedai ni dekat tepi hotel je. Last kedai yang kitorang pergi temankan mak kita ni haaa shopping LV. Harga murah jugakla compare to Malaysia sebab dapat tax semua kan.


Oklah nanti kita sambung lagi dengan taman taman tema yang kitorang pergi sepanjang kat Gold Coast. 

Nanti jumpa lagi ok..ta daaaa!

post signature

Nov 4, 2014

Tempat Tempat Menarik Di Gold Coast Part 1

9:00 AM 0 Comments

So kemana kita nak pergi di benua yang terkecil ini?? Awas entry ni banyak gambar!

Setibanya di Coolangatta Airport, Queensland Australia seawal 11pagi  kami terus menaiki bas menuju ke Paradise Country Farm. Keterujaan menjejakkan kaki di negara luar, semalaman perjalanan tak tidur pn mata masih lagi segar bugar. Oh ye, PS memang pakai premium beautiful all day long..n YES memang best travel companion especially long hours flight sebab badan-badan dan pinggang tak rasa sakit langsung.


Ok muka maintain je gitu walaupun tak mandi lagi..muahahahahah LOL. Sila ikuti kisah rombongan cik kiah ni pergi ke zoo haiwan (padahal zoo negara pn tak jejak lagi). Panas ok..sangat panas!!




Kalau korang bawak family dan anak-anak tempat ni antara tempat yang sesuai jugak sebab boleh mengenali haiwan-haiwan yang tiada kat Malaysia macam kangaroo dan koala bear. 


Kat sini konsep zoo lebih terbuka dan tak banyak pn haiwan yang ada..eh ke PS yang tak notice...kuikui.. Antara haiwan yang paling sinonim dengan Australia mestilah kangaroo kan. PS ni sangatlah penggeli. Orang lain rilek je bagi makan kat tapak tangan, PS suh kangaroo tuh makan sendiri atas kertas..akakakkaa. memang tak arrr nak suh makan kat tapak tangan, nanti ada yang melompat lompat kat situ.




Ada sekor lagi binatang yang semua orang duk bergambar sama..si koala bear. Mula mula konon macam berani la nak dukung...masa nak pegang tuh...ahahahahhaa memang dah menjerit kegelian..terpaksala cikcida yang pegang...kuikuikui. Duk terbayang si koala tuh nanti mencakar cakar la apala...memang takleh nak buat apa. PS is tak suka haiwan.


Kat sini ada pertunjukan yang cukur bulu kambing tuh. Sian kan kambing tuh tapi takpe nanti bulu tu tumbuh balik. Persediaan untuk musim sejuk. Musim panas bulu-bulunya kena shave siap-siap. Lepas je tgk semua haiwan-haiwan kitorang makan tengahari pn kat situ. Semuanya dah disediakan dan ditanggung HALAL. Lepas je makan kami sambung aktiviti berjalan bergambar berjalan bergambar berjalan bergambar. Itu jek lah kerjanya.









Selepas seharian di tengah panas ni, barulah kami pulang ke tempat istirehat...kat mana kami stay sepanjang di Gold Coast tunguuuuuuuuu next entry ok!!
post signature