Oct 24, 2014

Madrasah Ibrahimiah adalah kisah wang dan kehidupan kami.



Assalamualaikum dan selamat pagi.


Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita harini berjumpa lagi di Tahun Baru Islam ini..tak ada yang lebih berharga daripada nafas dan udara yang kita hirup kerana ianya memang tidak boleh dibeli.

Pagi ini PS nak sambung bagaimana kisah wang dan kehidupan saya. Ya dilahirkan dalam keluarga serba sederhana banyak memberi kesan kepada kehidupan kami. Sebelum PS teruskan pertamanya nak sedekahkan Alfatihah kepada kedua orang tua PS yang sedang tenang di alam sana. Semoga apa yang kami lakukan ini sebagai bekalan mereka di sana.


Rumah yang dulunya tempat kami bermain dan membesar kami wakafkan keseluruhannya kepada asnaf dan anak yatim untuk dijadikan Madrasah Tahfiz. Dari dibiarkan kosong biarlah ianya setiap tanpa penghuni kita pulangkan semula kepada pemiliknya dengan jariah yang tak pernah putus InsyAllah.

Dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana walaupun tanpa peninggalan satupn harta dan satu-satunya harta pusaka adalah rumah ini. Kami jadikan lambang cinta kami supaya ianya lebih bermakna tampa nilaian. Benar kuasa wang dan kehidupan banyak mencorak kehidupan kami adik beradik hari ini. Betapa mata ini melihat jerih perih mereka memerah keringat mencari nafkah, diajar berusaha dan berdikari sejak dari kecil. Alhamdulillah tak pernah adapn sekelumit dendam malah berterima kasih kerana kisah lampau menjadikan kami orang yang insyAllah tidak rapuh dgn cabaran dunia.

Terima kasih abang untuk semua ini. Benarlah walaupun niat yang baik tapi tanpa kuasa wang mana mungkin semua ini menjadi kenyataan. Perlaksanaan dan perbelanjaan memerlukan modal yang agak besar. PS teringat kata kata seseorang "benarlah duit tak boleh bawak masuk kubur tapi dengan duitlah kita boleh infakkan kepada yang lebih memerlukan."

Madrasah Ibrahimiah (diambil dr nama Ibrahim - bapak kami) adalah ringkasan dari cerita wang dan kehidupan kami. Bagaimana kehidupan kami dicorakkan sehingga kini. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana lahirkan aku dlm keluarga ini. Dengan rasa  rindu dan sayang kami bangunkan madrasah ini bersama...


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...