Follow Us @seri.mahani

Oct 23, 2014

Kisah Wang dan Kehidupan.




Sedang saya membaca buku ini tentang bagaimana membina kekayaan dengan pengurusan kewangan peribadi berkesan, penulis ada menulis tentang kisah kewangan dan bagaimana ianya mempengaruhi kehidupan kita. Walaupun kita menafikan bahawa duit tidak boleh beli segalanya namun biarlah persoalan-persoalan dibawah merungkai sendiri kisah kehidupan kita.


Soalan pertama:
Bagaimana wang mempengaruhi zaman kanak-kanak dan remaja kita???

Ada diantara kita yg lahir tanpa kedua org tua..malah ada yang tidak mengenal siapa mereka. Namun persekitaran tetap mempengaruhi kehidupan samada gelandangan, saudara mara, mahupun rumah perlindungan serta anak yatim.

Namun ramai juga yg bertuah. Dilahirkan dengan serba serbi cukup malah berlebihan tanpa perlu meminta itu dan ini. Rutin hariannya mestilah terbawa-bawa sehingga mereka dewasa. Bercuti dan membeli belah bersama adalah sebahagian rutin mereka.


Soalan kedua:
Dari segi kewangan, bagaimana pengalaman zaman kanak-kanak dan remaja mempengaruhi cara hidup kita?

Kita mesti mempunyai rakan-rakan yang memiliki permainan terbaru apatah lg zaman sekarang generasi Y yang terdedah dengan gadget dan mainan komputer yang canggih canggih. Ada juga yang sering pergi melancong ke luar negara..check in sana sini.

Dalam hati mesti kita terdetik "apalah nasib anak aku nanti bila melalui zaman mereka jika aku tidak memikirkannya dari sekarang."

Pengalaman suka duka memberikan saudara pandangan yang berbeza mengenai wang.

Soalan ketiga:
Bagaimana ibu bapa dan adik-beradik kita berkomunikasi berkenaan wang?

Persoalan yang sukar diterangkan kerana bergantung kepada didikan dan pengalaman yang dialami sendiri.

Mungkin ada yang membesar dalam keluarga bermasalah kewangan kerana sering kesempitan wang. Pengalaman itu membawa perasaan sedih, marah, kecew dan dendam dalam hati. Dari segi negatifnya ialah kita beranggapan wang itu membawa masalah yang menyebabkan timbulnya hasad dengki, tamak haloba serta perasaan pentingkan diri sendiri. Kita akan beranggapan wang itu tidak berguna sama sekali. Dari pandangan positif, pengalaman itu menjadikan kita lebih matang dan bijak serta meletakkan wawasan untuk memiliki kehidupan selesa dengan kuasa kewangan di tangan kita.

Jika kita menebesar dalam keluarga yang sedar akan kepentinan wang pada masa hadapan anak-anaknya secara tidak langsung kita juga mempunyai komunikasi yang cukup mesra dengan wang. Sejak kecil lagi kita sudah diajar untuk menyimpan wang, berjimat cermat dan membelanjakan wang saku sebaiknya.


Soalan keempat:
Apakah titik perubahan yang menyebabkan kita menghargai kuasa wang?

Dalam menghadapi liku-liku kehidupan, pasti ada saat suka dan duka yang perlu ditempuhi oleh setiap insan. Setiap orang pasti menghadapi krisis, malapetaka dan kecemasan dalam hidupnya. Kadangkala kita sedar bahawa wang yang dimiliki tidak semestinya membantu kita mengharungi atau menyelesaikan kesulitan itu. Tapi sebahagian besar dari kesulitan itu dapat diselesaikan ataupun dikurangkan kesannya jika kita membuat persedian awal.

Keadaan sebegini boleh menyebabkan kita mengalami tekanan emosi, kekecewaan, marah dan kemurungan. Sebagai manusia, pada kebiasaanya pengalaman pahit seperti ini memberikan kesan psikologi ataupun trauma sepanjang hayat dan menjadi kenabgan pahit sampai bila bila.

Mungkin inilah Turning Point berkenaan kepentingan kuasa wang di dalam hidup kita!!!
post signature